Baru-baru ini saya menghantar team saya yang baru ke KLIA sempena pencapaian cemerlang mereka dalam CWA.
Penghargaan khas ini ditawarkan khusus bagi mereka yang baru berkecimpung sebagai penasihat kewangan dengan CWA dengan kriteria yang sangat minimum sesuai bagi orang-orang baru dalam industri ini.
Teringat ketika saya mula-mula berkecimpung dalam bidang ini, dengan pengalaman yang langsung tidak ada dalam bidang sales tetapi disebabkan keinginan yang membuak-buak untuk berjaya, saya layak mencapai sasaran yang diberikan untuk mendapatkan percutian percuma ke Chiang Mai.
Ketika percutian tersebut saya amat teruja dengan layanan yang disediakan oleh syarikat, dengan penerbangan full service dan hotel Le Meridian yang cukup mewah… Saya rasa amat bersyukur kerana tidak pernah mendapat pengiktirafan seperti itu walaupun sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara.
Tidak cukup setakat itu, syarikat juga menempah restoran-restoran mewah untuk santapan kami sepanjang berada di sana. Saya tidak pernah menjangkakan layanan cukup high class seperti itu apatah lagi buat kami orang-orang baru. Kalau kita bekerja dalam sektor korporat, layanan seperti itu pastinya hanya untuk orang-orang atasan sahaja.
Kali ini pemenang untuk Star Challenge ke Bali diberikan penginapan percuma di Hard Rock Hotel Bali dan lain-lain layanan yang cukup hebat. Mereka juga berpeluang untuk makan malam di tepi pantai bersama CEO CIMB Principal Asset Management Berhad yang turut serta meraikan mereka.
Mereka juga dipersembahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Indonesia di Bali yang cukup unik dan memukau.
Sesungguhnya kami merasa amat bertuah menjadi seorang penasihat kewangan bertauliah dengan syarikat terkemuka negara, peluang untuk menjalankan perniagaan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar, malah latihan yang cukup lengkap, padat dan intensif juga disediakan terus dari mereka yang berpengalaman dan berkaliber.
Sekali lagi, sekalung tahniah buat semua pemenang Star Challenge to Bali 2015.