Apa yang akan berlaku jika anda kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba?
Apa akan terjadi jika anda mendapatkan penyakit serius yang memaksa anda untuk berhenti bekerja atau mempunyai ahli keluarga yang memerlukan penjagaan jangka panjang?
Jika anda segera memerlukan rawatan perubatan di hospital swasta, mampukah anda membayar bil-bil dari poket anda sendiri? Jika tidak, sudah tiba masanya untuk melihat dengan lebih dekat keperluan kesihatan anda serta keluarga terdekat anda.
Bagi kelompok masyarakat tertentu, kerisauan mereka bertambah dengan persoalan seperti cukupkah simpanan mereka untuk memenuhi keperluan harian, apatah lagi memperuntukkan sebahagian simpanan untuk membayar premium sijil takaful dan polisi insurans.
Kepada yang masih bujang, mungkin anda berfikir apakah relevannya perlindungan takaful dan insurans ketika kesihatan anda masih berada di tahap yang baik?
Mungkin ada juga yang berfikir manfaat takaful dan insurans yang disediakan majikan mencukupi sehingga sampai umur persaraan. Atau, anda mungkin bekerja sampingan atau secara freelance bersendirian.
Bagi yang sudah berkeluarga pula, mungkin tertanya-tanya apakah perlindungan takaful atau insurans anda cukup untuk membuat pembayaran bil hospital dan memastikan kelangsungan kualiti hidup anak-anak yang masih bergantung kepada anda dan pasangan?
Kita juga perlu beringat bahawa situasi yang tidak diduga dan di luar kawalan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Apa yang dalam kawalan kita ialah bagaimana kita bersedia untuk menghadapi situasi-situasi tersebut.
Apabila anda memiliki sijil takaful atau polisi insurans, perlindungan tersebut akan membantu kita untuk membayar, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripada bil hospital pada waktu kecemasan.
Manfaat ini sangat membantu dalam situasi di mana dana kecemasan kita tidak mencukupi. Dan jika berlaku musibah kematian, manfaat insurans dan takaful anda akan menanggung waris anda dan memastikan hidup mereka dapat diteruskan.
Jika anda sudah memiliki sijil takaful atau polisi insurans, syabas! Anda adalah seorang pengguna kewangan berhemah dan nyata sekali perjalanan kewangan dalam kawalan anda!
Selain mengenali produk takaful atau insurans anda, anda juga perlu tahu tentang perlindungan yang disediakan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk pemilik sijil takaful dan polisi insurans.
Perkara terakhir yang patut anda fikirkan ialah untuk menyerah balik sijil takaful atau polisi insurans sekiranya anda mengalami masalah kewangan berikutan pandemik Covid-19.
Produk
Ketahuilah sekiranya anda melakukan penyerahan sekarang, anda akan dikenakan caj premium yang lebih tinggi apabila anda ingin membeli produk takaful atau insurans dengan manfaat serupa pada umur yang lebih lanjut.
Sebagai alternatif, anda boleh berbincang dengan pengendali takaful atau syarikat insurans tentang opsyen untuk meneruskan perlindungan takaful atau insurans anda.
Sebagai contoh, anda mungkin boleh mengurangkan bayaran premium tetapi ini juga akan mengurangkan manfaat perlindungan yang diberikan.
Terdapat juga produk insurans yang menawarkan caj premium rendah yang lebih bersesuaian dengan kemampuan kewangan kini.
Bilangan pemilik polisi yang tidak meneruskan perlindungan insurans pada tahun 2022 juga merupakan yang terendah dalam tempoh lima tahun yang terdekat.
Laporan seperti ini amat menggalakkan kerana ia menunjukkan bahawa pemegang polisi insurans sedar akan kepentingan meneruskan perlindungan insurans dalam keadaan tidak menentu seperti ini.
Manfaat
Dalam persekitaran yang penuh dengan ketidaktentuan ini, sangatlah membantu jika anda mengetahui opsyen yang ada supaya anda dapat membuat pilihan kewangan yang bijak. Kita mungkin tidak dapat mengawal persekitaran kita, tapi kita pasti boleh mengawal reaksi kita dalam apa jua keadaan.
PIDM, menurut mandat yang diberikan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, melindungi manfaat takaful dan insurans anda sehingga RM500,000 di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
Sekiranya pengendali takaful atau syarikat insurans menjadi muflis, PIDM akan memastikan manfaat takaful dan insurans anda dapat diteruskan walaupun pengendali takaful atau syarikat insurans anda sudah tidak dapat memenuhi tuntutan takaful atau insurans anda.
Perlindungan PIDM diberikan secara automatik dan tidak memerlukan sebarang permohonan serta pembayaran.
Antara manfaat takaful dan insurans yang dilindungi oleh PIDM termasuklah manfaat kematian, hilang upaya kekal dan pendapatan hilang upaya, penyakit kritikal, perbelanjaan kos rawatan/perubatan, kehilangan atau kerosakan harta benda, nilai serahan, dan nilai matang.
Namun, ingin diberi pencerahan bahawa perlindungan PIDM tidak termasuk manfaat kematangan, serahan dan pendapatan yang dibayar daripada bahagian unit sijil takaful dan polisi insurans yang berkaitan pelaburan (investment linked).
Untuk pengiraan perlindungan, serta maklumat lanjut berkaitan skop dan had-had perlindungan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, anda boleh layari laman sesawang www.pidm.gov.my/TIPS-BM.
Sekiranya anda semua berminat untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya boleh lah join group info kewangan secara percuma. Klik disini.
Kemalangan tidak dijangka, lindungi diri anda setiap masa!
Kehidupan boleh berubah di luar jangkaan apabila kemalangan boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. HLM Takaful i-AcciPlus adalah pelan perlindungan kemalangan komprehensif selama 20 tahun yang melindungi anda jika berlaku koma, kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) akibat kemalangan, melindungi anda di saat hari sukar.
Tambahan pula, memandu telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan berada di jalan raya adalah sebahagian daripada rutin harian. Sama ada memandu ke tempat kerja, menghantar anak-anak ke sekolah, “balik kampung” semasa musim perayaan atau dalam perjalanan untuk percutian, anda akan sentiasa dilindungi dengan HLM Takaful i-AcciPlus, membolehkan anda mengembara dengan minda yang tenang.
01
Perlindungan Kemalangan Komprehensif Untuk Anda.
Dapatkan perlindungan dengan pelan yang sesuai! Anda boleh memilih daripada 3 pelan pilihan untuk memenuhi keperluan anda.
02
100% Bayaran Balik Sumbangan semasa Kematangan.
Terima 100% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar apabila sijil anda matang, dengan syarat tiada tuntutan pernah dibuat semasa tempoh perlindungan.
03
Tiada Pemeriksaan Perubatan
Kelulusan permohonan anda tanpa perlu melakukan pemeriksaan kesihatan.
04
Tempoh Sumbangan Fleksibel
Anda boleh memilih tempoh sumbangan 10 atau 20 tahun.
05
Perkhidmatan Nilai Tambahan
Anda boleh memilih perkhidmatan di bawah di mana amaunnya akan ditolak daripada manfaat yang akan dibayar di bawah sijil anda sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau TPD dan dibayar kepada penyedia perkhidmatan yang dilantik.
YURAN DAN CAJ
Yuran Wakalah
Yuran Wakalah adalah yuran pentadbiran yang ditolak daripada sumbangan untuk membayar perbelanjaan pengurusan dan kos pengedaran langsung, termasuk komisen. Peratusan Yuran Wakalah berbeza mengikut tahun sijil seperti yang ditunjukan di bawah:
Tabarru’
Tabarru’ yang telah ditentukan berdasarkan tempoh pembayaran sumbangan dan tahun sijil akan ditolak daripada sumbangan. Kadar Tabarru’ adalah tidak kekal pada tahap yang sama dan tidak dijamin. Jumlah Tabarru’ adalah bersamaan dengan sumbangan ditolak Yuran Wakalah.
Caj Serahan
Caj serahan berikut adalah terpakai bagi semua tempoh sumbangan yang ditawarkan di bawah pelan ini:
Ingin tahu lebih lanjut mengenai HLM Takaful i-AcciPlus? Boleh lah download brochure lengkap mengenai pelan yang hebat ini. Klik disini. Untuk keterangan lanjut, sila layari https://www.hlmtakaful.com.my/
Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.
Termasuk Harta Pusaka
Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
Simpanan KWSP berpenama / tiada penama;
Penama Takaful; dan
Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat.
Bukan Harta Pusaka
Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah;
Khairat kematian;
Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
Imbuhan, pampasan dan sagu hati;
Pencen terbitan; dan
Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)
Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Nisa’: 11)
Yang bermaksud: “Dan bagi kamu (suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak, jika isteri kamu mempunyai anak maka kamu mendapat satu perempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi mereka pula (isteri) memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak, jika mempunyai anak, maka isteri memperoleh satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat dan sesudah dibayar hutangnya. Jika seseorang mati baik lelaki atau perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak tetapi mempunyai seorang saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu, maka bagi masing-masing ialah satu perenam harta. Tetapi jika saudara seibu itu lebih daripada seorang maka mereka bersekutu dalam sepertiga, sesudah dipenuhi wasiat dibuatnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat kepada ahli waris. Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai syariat yang benar dari Allah.” (Surah Al-Nisa’: 12)
Yang bermaksud: “Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah, Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki mewarisi (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak. Tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara laki-laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah Al-Nisa’: 176)
Al-Hadis
Daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Yang bermaksud: “Hendaklah kamu berikan fardu-fardu kepada ahli-ahlinya, apa yang berbaki maka untuk lelaki yang lebih utama.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam hal yang berkaitan gugurnya hak faraid, hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
القاتلُ لا يَرِثُ
Yang bermaksud: “Pembunuh tidak akan mewarisi harta pusaka.” (Riwayat at-Tirmizi)
Hak faraid juga boleh gugur dalam keadaan di mana waris si mati berlainan agama sebagaimana hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا يرِثُ المسلمُ الكافرَ ولا الكافِرُ المُسْلِمَ
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Islam menetapkan kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan sebagai faraid. Ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia yang meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dilunaskan hutang-piutangnya (hutang dengan Allah (zakat, haji, fidyah dan kaffarah) dan hutang dengan manusia) dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada).
RUKUN PUSAKA
Si mati > orang yang diwarisi hartanya selepas kematian;
Waris > orang yang berhak menerima pusaka; dan
Harta > apa-apa kepunyaan si mati yang boleh diwarisi
SEBAB-SEBAB MEMPUSAKAI HARTA
Perkahwinan
Keturunan
Islam
HALANGAN MENERIMA PUSAKA
Membunuh
Berlainan Agama
Murtad
SYARAT-SYARAT MEMPUSAKAI HARTA
Pemilik harta mati
Waris hidup ketika pemilik harta mati
WARIS-WARIS DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
Waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka dibahagikan kepada waris lelaki dan perempuan seperti berikut:
Cara mewarisi harta pusaka sama ada seseorang waris itu berhak atau tidak berhak adalah tertakluk kepada golongan-golongan waris seperti berikut:
1. Ashab al-Furud Waris ashabul-furud menerima harta pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6, 1/8 atau 1/3 baki. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah Asabah adalah waris yang tidak mendapat bahagian secara fardu yang ditetapkan. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Bi al-Nafsi (b) Asabah Bi al-Ghairi (c) Asabah Ma’a al-Ghairi.
(a) Asabah Bi al-Nafsi Asabah dengan diri sendiri iaitu seseorang menjadi asabah tanpa memerlukan kepada orang lain untuk mengasabahkannya. Kadar bahagian mereka tidak menentu. Adakalanya mereka mewarisi kesemua harta atau mengambil baki setelah diberi bahagian waris fardu dan adakalanya tidak mendapat bahagian langsung kerana telah dihabiskan oleh waris fardu. Mereka yang mewarisi secara asabah bi al-nafsi ialah semua waris lelaki kecuali suami dan saudara seibu. Namun, jika terdapat ramai waris yang boleh mewarisi harta pusaka secara asabah bi al-nafsi ini, maka yang diutamakan adalah waris yang paling hampir dengan si mati. Waris yang lebih jauh akan terdinding atau gugur.
(b) Asabah Bi al-Ghairi Asabah bersama dengan orang lain iaitu seseorang mewarisi harta pusaka apabila si mati meninggalkan waris lelaki dan waris perempuan yang sama darjat di mana bahagian mereka telah ditetapkan iaitu bahagian waris lelaki adalah dua kali lebih daripada bahagian perempuan. Mereka terdiri daripada 4 golongan, iaitu: anak lelaki dan perempuan, cucu lelaki dan cucu perempuan, saudara seibu sebapa lelaki dan saudara seibu sebapa perempuan dan saudara sebapa lelaki dan saudara sebapa perempuan.
(c) Asabah Ma’a al-Ghairi Asabah berserta dengan orang lain bermaksud waris perempuan iaitu saudara seibu sebapa perempuan atau saudara sebapa perempuan menjadi asabah apabila si mati meninggalkan bersertanya anak perempuan atau cucu perempuan dengan syarat tidak ada saudara seibu sebapa lelaki atau saudara sebapa lelaki yang mengasabahkan saudara-saudara perempuan tersebut menjadi asabah bi al-ghairi.
3. Dhawi al-Arham Dhawi al-arham ialah waris yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati selain daripada waris fardu dan waris asabah. Ulama’ telah berselisih pendapat tentang kedudukan mereka, sama ada mereka boleh mewarisi harta pusaka atau tidak. Golongan pertama berpendapat mereka berhak mewarisi sekiranya si mati tidak meninggalkan waris asabah yang dapat menghabisi harta pusaka, atau tidak ada waris fardu boleh diradkan baki harta kepada mereka. Golongan kedua pula berpendapat mereka tidak berhak mewarisi. Oleh itu, sekiranya si mati tidak meninggalkan waris asabah atau meninggalkan waris fardu yang tidak dapat menghabiskan harta pusaka, baki harta pusaka si mati hendaklah diserahkan ke Baitulmal walaupun si mati meninggalkan ramai waris dhawi al-arham.
KEDUDUKAN BAITULMAL DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA
Harta pusaka merupakan salah satu sumber Baitulmal yang telah ditetapkan mengikut hukum faraid di mana Baitulmal merupakan tempat rujukan terakhir sekiranya sesuatu harta pusaka itu tiada pewaris atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-waris yang berhak. Ia berdasarkan kitab Raudah al-Talibin karangan Imam An-Nawawi jilid 5, halaman 6-7: “Sekiranya si mati tidak meninggalkan waris fardu, dan tidak meninggalkan waris asabah, maka hendaklah diwarisi oleh dhawi al-arham. Pada pandangan kami, sesungguhnya pendapat yang sahih dhawi al-arham itu tidak mewarisi dan tidak juga dipulangkan lebihan harta, iaitu dalam keadaan bilamana urusan baitulmal ditadbir dengan baik dengan diperintah oleh pemimpin yang adil.”
Dalam kitab al-Mawarith fi al-Syariah al-Islamiyyah fi Dhauil Kitab wa al-Sunnah, karangan al-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni, cetakan ke-5, tahun 1407H/1987M menyatakan, pendapat Imam Malik dan Imam Syafi’e bahawa dhawi al-arham atau para kerabat tidak berhak mendapat waris. Lebih jauh mereka mengatakan bahawa bila harta pusaka bagi waris yang tidak ada ashab al-furud atau asabah yang mengambilnya, maka hendaklah dilimpahkan kepada Baitulmal kaum muslimin untuk disalurkan demi kepentingan masyarakat Islam pada umumnya. Dengan demikian, tidak dibenarkan jika harta tersebut diberikan kepada dhawi al-arham. Di antara mereka yang berpendapat demikian ialah Zaid bin Thabit r.a. dan Ibnu Abbas r.a. dalam sebahagian riwayat darinya.
Dalil yang dijadikan landasan oleh Imam Malik dan Syafi’e ialah:
Asal pemberian hak waris atau asal penerimaan hak waris adalah dengan adanya nas syar’ie dan qat’ie dari al-Qur’an atau al-Sunnah. Dalam hal ini tidak ada satu pun nas yang pasti dan kuat yang menyatakan wajibnya dhawi al-arham untuk mendapat waris. Jadi, bila kita memberikan hak waris kepada mereka (dhawi al-arham) bererti kita memberikan hak waris tanpa berpandukan kepada dalil yang pasti dan kuat. Hal seperti ini menurut syariat Islam adalah batil.
Rasulullah S.A.W. ketika ditanya tentang hak waris ibu saudara baik dari sebelah bapa ataupun ibu, baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa dari keduanya tidak ada hak menerima waris sedikit pun.” Memang sangat jelas betapa dekatnya kekerabatan saudara perempuan bapa ataupun saudara perempuan ibu dibandingkan kerabat lainnya. Maka jika keduanya tidak berhak untuk menerima harta waris, kerabat lain pun demikian. Sebabnya tidak mungkin dan tidak dibenarkan kita memberikan hak waris kepada kerabat lain, sedangkan ibu saudara tidak layak mendapatkannya. Berdasarkan kaedah fiqh ianya dikenali sebagai tarjih bilaa murajjih yang bererti batil.
Harta peninggalan, bila ternyata tidak ada ahli warisnya secara sah dan benar, baik dari ashab al-furud ataupun para asabah bila diserahkan ke Baitulmal akan dapat mewujudkan kemaslahatan umum, sebab umat Islam akan ikut merasakan faedah dan kegunaannya. Namun sebaliknya, bila diserahkan kepada kerabatnya, maka kegunaan dan faedahnya akan sangat minimum, dan hanya kalangan mereka saja yang merasakannya. Padahal dalam kaedah usul fiqh telah ditegaskan bahawa kemaslahatan umum harus lebih diutamakan daripada kemaslahatan peribadi.
BAGAIMANA BAITULMAL MEWARISI HARTA PUSAKA
Baitumal mewarisi harta pusaka seseorang si mati melalui keadaan-keadaan seperti berikut:
i. Sekiranya si mati tidak mempunyai waris yang berhak mewarisi harta pusaka mengikut hukum faraid. Dalam keadaan ini, semua harta si mati dikembalikan kepada Baitulmal.
Contoh:
Si mati sebatang kara. Tidak mempunyai suami atau isteri, ibu bapa dan tidak pula mempunyai saudara mara, semua harta pusakanya diserahkan kepada Baitulmal.
ii. Sekiranya si mati meninggalkan waris, tetapi mereka tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka atau terhalang daripada menerima pusaka seperti waris dhawi al-arham atau berlainan agama, maka kesemua harta pusaka itu diserahkan kepada Baitulmal.
Contoh:
(a) Si mati tidak mempunyai waris lain kecuali anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa yang mati dahulu. Anak saudara ini tergolong dalam kategori waris dhawi al-arham dan tidak mewarisi. Oleh itu kesemua harta pusaka diserahkan kepada Baitulmal.
(b) Si mati tidak mempunyai waris lain kecuali anak saudara lelaki daripada adik beradik seibu sebapa perempuan yang mati dahulu. Anak saudara ini tergolong dalam kategori waris dhawi al-arham dan tidak mewarisi. Oleh itu kesemua harta pusaka diserahkan kepada Baitulmal.
(c) Si mati seorang muallaf. Ibu bapa dan semua saudara mara bukan beragama Islam. Oleh itu semua harta pusakanya dikembalikan kepada Baitulmal kerana berlainan agama menghalang seseorang itu daripada mewarisi harta pusaka.
iii. Sekiranya si mati meninggalkan waris yang berhak menerima pusaka, namun mereka hanya mewarisi sebahagian sahaja daripada harta pusaka itu. Maka bakinya diserahkan kepada Baitulmal.
Contoh:
(a) Si mati seorang muallaf dan meninggalkan seorang isteri tanpa anak. Waris lain seperti ibu bapa dan adik beradik tidak beragama Islam. Dalam kes ini, isteri hanya layak mewarisi sebanyak 1/4 bahagian sahaja manakala bakinya 3/4 bahagian diserahkan kepada Baitulmal.
(b) Si mati hanya meninggalkan seorang anak perempuan sahaja. Waris lain seperti ibu bapa, adik beradik, bapa saudara dan lain-lain lagi waris asabah tidak ada. Seorang anak perempuan layak mewarisi secara fardu sebanyak 1/2 bahagian sahaja manakala bakinya 1/2 bahagian lagi diserahkan kepada Baitulmal.
(c) Si mati meninggalkan suami dan ibu. Lain-lain waris tidak ada. Suami mewarisi secara fardu sebanyak 1/2 bahagian manakala ibu si mati juga mewarisi secara fardu sebanyak 1/3 bahagian. Bakinya sebanyak 1/6 bahagian diserahkan kepada Baitulmal.
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU FARAID
Menyelesaikan tanggungjawab fardu kifayah dalam masyarakat supaya ilmu ini tidak dilupakan dan tidak pupus ditelan zaman;
Menghindarkan kita daripada memakan harta secara batil sama ada dengan merampas atau memiliki harta kepunyaan orang lain terutamanya saudara sendiri;
Menghindarkan salah faham dan pertelingkahan dalam kalangan waris yang boleh membawa kepada putusnya tali silaturrahim dan porak peranda dalam institusi keluarga; dan
Menyedarkan waris-waris untuk segera menyelesaikan pembahagian harta pusaka, sekaligus mengelakkan penangguhan pembahagian sehingga bertahun-tahun.
INSTITUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA
PERKHIDMATAN HARTA PUSAKA DI MAIS
MAIS menyediakan perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam seperti berikut:
Permohonan Tebus Pusaka Bahagian Baitulmal
Permohonan Mengurus Pembahagian Harta Pusaka Si Mati
Runding Cara Pengurusan Harta Pusaka
Ceramah, Kursus dan Seminar Pengurusan Harta
Tuntutan Harta Pusaka Bahagian Baitulmal kepada Agensi Berkaitan
Terimaan Pelbagai Harta Pusaka Alih dan Tak Alih
Penjualan Harta Pusaka Bahagian Baitulmal
Permohonan Mengurus Pembahagian Harta Pusaka Si Mati
Perkhidmatan ini disediakan kepada mana-mana waris atau pihak berkepentingan untuk melantik MAIS selaku pentadbir kepada harta pusaka seseorang si mati.
Jadual Fi Bayaran
KENAPA MENGURUS HARTA PUSAKA DI MAIS?
MAIS melalui Baitulmal adalah tempat rujukan terbaik pengurusan harta umat Islam;
MAIS berbidangkuasa di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”;
MAIS mempunyai jaringan dan persefahaman yang baik dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Pejabat Daerah dan Tanah, Amanahraya Berhad (ARB), Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Syariah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan agensi-agensi amanah swasta; dan
MAIS mempunyai akses ke atas institusi Islam lain seperti masjid, surau, rumah anak yatim, Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor.
……………………………………………………………………………………………………………………………
HUBUNGI KAMI Unit Faraid, Bahagian Harta Baitulmal Sektor Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor Tingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5514 3773 atau 3772 Faks: 03-5512 4042 Email: pro@mais.gov.my
PERKONGSIAN | Agihan Dividen EPFAlhamdulillah, walaupun negara kita dan dunia amnya dilanda pandemik tetapi EPF masih memberikan kita agihan dividen yang memuaskan hati demi persaraan kelak.
HLMT Fit CI merupakan sebuah pelan penyakit kritikal stand alone yang sangat hebat. Ia melindungi pencarum bagi pelan ini dari 10 jenis penyakit kritikal yang paling kerap dihidapi oleh orang ramai di Malaysia.
Perlindungan untuk penyakit kritikal adalah agak mahal terutamanya apabila ianya ditambah sebagai perlindungan tambahan di dalam pelan – pelan takaful. Manakala perlindungan penyakit kritikal yang ‘accelerated’ adalah lebih murah kerana jumlah perlindungan akan ditolak dari jumlah perlindungan hayat pencarum.
Walaubagaimanapun, pelan Fit CI ini adalah pelan yang bukan dari jenis accelerated dan carumannya pula hanyalah RM100 untuk setiap peringkat umur. Di bawah ini disertakan jadual caruman untuk pelan ini.
Peserta untuk pelan HLMT Fit CI ini akan diberikan fitness tracker yang mana akan merekodkan aktiviti – aktiviti kecergasan kita dan diberikan point untuk kita tukarkan dalam bentuk voucher membeli belah, tiket wayang dan sebagainya. Menarik bukan? Kita bersenam, kita dapat reward. Kalau kita rajin, jumlah RM100 yang kita carum setiap bulan dapat semula dalam bentuk voucher kan.
Paling penting tempoh menunggu hanyalah 30 hari sahaja. Bukan 2 tahun seperti kebanyakan pelan lain untuk mereka yang terkena penyakit kritikal.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai HLMT Fit CI? Boleh lah download brochure lengkap mengenai pelan yang hebat ini. Klik di sini. Sekiranya anda berminat boleh saja hubungi kami untuk temujanji di http://elitefin-group.com/hubungikami/
Kita seringkali mendengar perkataan bonus, dividen, income distribution dalam unit amanah. Selalunya ini dipanggil bayaran dividen. Namun begitu ramai yang tidak tahu apa itu agihan pendapatan atau income distribution yang sebenarnya.
Perlu diketahui bahawa income distribution atau nama popular nya dividen ini tidak dibayar oleh semua dana atau syarikat. Kita kena tahu adakah dana yang kita akan laburkan itu membuat pembayaran dividen melalui Product Disclosure Sheet atau Fund Fact Sheet. Di bawah ini saya tunjuk contoh di mana informasi mengenai pembayaran dividen ditulis.
Ok kalau anda perhatikan, pada bahagian kanan dan paling bawah dinyatakan tarikh dan jumlah dividen yang diberikan bagi setiap unit dalam bentuk RM dan dalam bentuk peratusan pelaburan yang diberikan pada ketika agihan pendapatan dibayar.
Pembayaran agihan pendapatan ini dibayar tidak kira berapa lama pelaburan itu dimasukkan. Contoh, sekiranya pembayaran agihan dibayar pada 30 Jul 2020, sekiranya anda baru melabur pada 28 Jul 2020 anda tetap akan mendapat jumlah agihan yang sama seperti mereka yang melabur lebih lama dari anda. Tidak seperti ASB yang mana bayaran agihan pendapatan akan dibayar mengikut kadar purata.
Namun begitu jangan terkeliru dan merasa pelaburan dalam unit amanah ini lebih untung sekiranya anda memasukkannya dekat-dekat dengan tarikh pembayaran dividen. Ini kerana ASB mempunyai harga unit yang tetap iaitu RM1 pada setiap masa. Jadi setiap pembayaran dividen yang dibayar dan sekiranya dicampurkan dengan setiap unit yang berharga RM1, maka nilai pelaburan anda akan bertambah.
Berlainan dengan agihan pendapatan unit amanah yang mempunyai harga yang turun naik atau volatility. Harga unit akan turunkan sejurus selepas pembayaran agihan pendapatan. Contohnya seperti di bawah. Seandainya pembayaran dividen pada 30 Jul 2020 dengan harga 3.5 sen seunit.
Pelaburan sedia ada 100,000 unit pada kadar RM1.035. Nilai pelaburan:
100,000 unit x RM1.035 = RM103,500
Selepas agihan pendapatan, harga seunit akan diturunkan sebanyak 3.5 sen sejurus selepas agihan. Jadi pelaburan anda akan jadi begini.
100,000 unit x RM0.035 = RM3,500
Harga selepas agihan akan menjadi RM1.00. Nilai agihan RM3,500 akan dilaburkan semula dalam pelaburan dan ditukarkan menjadi unit.
Jumlah unit yang anda dapat adalah RM3,500 / RM1.00 = 3,500 unit.
Pelaburan anda selepas agihan pendapatan:
100,000 unit + unit percuma 3,500 = 103,500 unit.
Nilai pelaburan baharu: 103,500 unit x RM1.00 = RM103,500.
Anda mempunyai dua pilihan untuk agihan pendapatan ini iaitu untuk melaburkan semula seperti di atas atau meminta pihak syarikat unit amanah untuk membuat pembayaran kepada anda. Seperti yang saya nyatakan, sekiranya anda membuat pengeluaran dengan meminta syarikat membuat pembayaran kepada anda, maka nilai pelaburan anda akan berkurangan.
Jadi, seandainya anda melabur sebelum atau selepas agihan pendapatan, jumlah nilai pelaburan anda tidak akan berubah. Kelebihan yang anda dapat sekiranya anda melabur ketika agihan pendapatan adalah harga unit akan diturunkan jadi anda akan mendapat unit yang banyak tidak kira sebelum atau selepas agihan. Sekiranya anda melabur sebelum agihan, anda akan mendapat unit percuma melalui agihan pendapatan. Sekiranya anda melabur selepas agihan, anda akan membeli unit dengan harga yang murah.
Jadi bila anda akan dapat keuntungan dari agihan pendapatan ini? Anda akan mendapat keuntungan dari agihan ini apabila harga mula naik selepas harga diturunkan (readjusted). Setiap unit unit percuma yang anda dapat akan mula memberikan kenaikan modal.
Sekiranya anda melabur untuk tempoh yang lama dalam dana yang memberikan agihan ini, unit anda akan bertambah tanpa anda sedari dan apabila harga naik ketika itu anda dapat menjual unit unit anda dan mendapatkan keuntungan. lagi lama anda membuat pelaburan, lagi banyak unit anda akan berkembang dan lagi banyak anda akan mendapat keuntungan apabila harga naik.
Andainya anda melabur dalam dana yang tidak memberikan agihan pendapatan, anda perlu membuat tambahan pelaburan sekiranya nilai pelaburan jatuh untuk melakukan DCA atau Dollar Cost Averaging iaitu menambah nilai pelaburan ketika harga unit jatuh bagi mempercepatkan proses mendapatkan keuntungan.
Namun, dengan dana yang mempunyai agihan pendapatan ini, anda dapat unit unit percuma tanpa perlu membuat pelaburan tambahan. Sekiranya anda membuat pelaburan tambahan ketika harga unit murah maka itu akan menjadi lebih baik untuk meningkatkan nilai DCA pelaburan anda.
Ingin bertanya mengenai pelaburan atau memilih dana yang sesuai untuk pelaburan? Jom hubungi kami.
Sejak pertengahan 2020, pihak Hong Leong MSIG Takaful dan Hong Leong Assurance telah melancarkan permohonan takaful tanpa bersemuka untuk mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan dan mengelakkan para pelanggan berjumpa dengan perunding takaful bagi mengekang jangkitan Covid-19.
Untuk menggantikan tandatangan, para pelanggan takaful hanya perlu berswafoto sambil memegang kad pengenalan NRIC, surat beranak, passport dan pengenalan diri yang diperlukan.
Ruangan tandatangan akan digantikan dengan perkataan SPECIAL EVENTS. Walaubagaimanapun, selepas berakhirnya PKP, pelanggan tetap diminta untuk mengisi borang dan menandatangani borang permohonan untuk rekod simpanan pihak Hong Leong MSIG Takaful.
Selain dari itu pelanggan juga boleh mengisi borang takaful secara manual dan menandatangani nya menggunakan applikasi Adobe Acrobat Reader Fill and Sign di komputer ataupun menggunakan applikasi Fill & Sign di smartphone.
Jadi, tidak ada halangan untuk anda mendapatkan perlindungan takaful semasa musim covid dan PKP. Saya nasihatkan supaya anda mengambil perlindungan takaful kerana ada beberapa sebab seperti berikut.
Sekiranya kita ditimpa Covid 19 dan meninggal dunia, kemungkinan besar simpanan kita masih belum cukup untuk keluarga kita meneruskan kehidupan mereka tanpa ada nya kita disisi.
Anda dapat faedah tambahan iaitu RM200 sehari untuk Covid-19 sekiranya anda dikuarantinkan di hospital atau mana-mana pusat kuarantin (kecuali di rumah).
Jangkitan Covid-19 yang teruk boleh menyebabkan penyakit – penyakit lain seperti masalah paru-paru dan organ yang lain. Apabila anda sudah mempunyai penyakit, agak sukar untuk memohon kad perubatan kemudian hari.
Tidak ada tempoh menunggu untuk mendapatkan faedah Covid-19 sekiranya anda terkena jangkitan dan terpaksa dimasukkan ke kuarantin.
Anda boleh memilih untuk membuat hibah sahaja serendah RM50 sebulan sebagai bekal untuk keluarga tersayang atau sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, boleh tambahkan medical card dalam pelan tersebut.
Dalam keadaan ekonomi semasa yang agak tidak menentu disebabkan oleh pandemik ini, ramai yang sangat terkesan. Kehilangan pekerjaan malah terpaksa mencari jalan lain untuk mencari rezeki bagi menampung sara hidup diri dan keluarga.
Ramai juga yang risau sekiranya apa-apa berlaku kepada diri mereka seperti kematian disebabkan oleh jangkitan Covid-19, mereka tidak sempat untuk meninggalkan sejumlah wang untuk keluarga mereka meneruskan hidup dengan sempurna.
Jangan risau, anda masih lagi boleh menyediakan hibah yang agak besar iaitu RM100,000 untuk keluarga anda dengan caruman yang sangat-sangat rendah.
Hibah di Hong Leong MSIG Takaful atau HLMT melalui produk terbaru kami iaitu i-Flexi Protect adalah sangat-sangat murah dan mampu milik. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pakej ini, jangan lupa hubungi kami untuk mendapatkan quotation anda. Klik di sini untuk senarai perunding kami.
Di sini kami sediakan jadual caruman untuk hibah mampu milik RM100,000 untuk rujukan anda. Jangan lupa hubungi kami.
Ramai diantara kita yang mempunyai aset serta hutang dari segi hartanah, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit dan sebagainya. Ini sangat-sangat penting kerana apabila sesuatu yang tidak diingin terjadi kepada kita, maka harta yang ditinggalkan semasa kita meninggal akan dituntut oleh pihak bank untuk membayar segala hutang piutang bersama mereka. Sekiranya kita hilang upaya dan terlantar, hutang akan tetap dituntut. Harta kita akan diambil oleh pihak bank termasuk rumah yang kita tinggal, untuk menjelaskan hutang tersebut. Jadi perlindungan yang mencukupi adalah sangat penting untuk kita ada supaya dapat melindungi harta kita dari segala hutang piutang.
Ada juga diantara kita yang mengambil pelan MRTA atau MRTT untuk melindungi hutang rumah. Itu antara salah satu langkah yang bagus. Namun begitu ramai yang tidak sedar bahawa MRTT itu selalunya tidak mempunyai nilai setelah jumlah pembiayaan rumah habis dibayar dan jumlah yang anda bayar adalah agak tinggi kerana harganya selalunya di caj secara lump sum, iaitu 10% dari harga rumah yang dimasukkan terus ke dalam pembiayaan. Cuba kira berapa sebenarnya jumlah yang kita bayar.
Sebagai anggaran, bayangkan harga rumah yang kita beli itu bernilai RM500,000 dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Harga MRTT untuk melindungi pembiayaan itu adalah RM50,000 untuk perlindungan selama 30 tahun iaitu 10% dari jumlah pembiayaan. Jom kira berapa jumlah bayaran balik sekiranya jumlah RM50,000 tersebut dimasukkan terus ke dalam jumlah pembiayaan rumah tersebut yang menjadikan jumlah pembiayaan menjadi RM550,000 untuk rumah dan MRTT pada kadar pembiayaan 5% setahun.
Ok, melalui Financial Calculator ini, iaitu fungsi Loan Calculator, kita dapat melihat bahawa jumlah sebenar yang kita bayar adalah RM96,627.60 bagi tempoh 30 tahun. Ini bersamaan dengan RM264.40 sebulan, dan selepas habis tempoh pembiayaan tiada nilai simpanan yang kita dapat dari jumlah RM96,627.60 yang kita keluarkan.
i-Heritage Protector memberikan perlindungan yang tinggi dengan caruman yang rendah iaitu bermula dengan perlindungan dari kematian RM500,000 dan kematian akibat kemalangan dua kali ganda iaitu RM1,000,000. Perlindungan ini menjadi 3 kali ganda sekiranya berlaku kematian ketika mengerjakan haji mahupun umrah, iaitu RM1,500,000. Anda boleh memilih untuk membuat caruman selama 5, 10, 15, 20 tahun terpulang kepada bajet anda. Perlindungan maksimum sehingga umur 90 tahun dan minimum pada umur 70 tahun.
Berikut adalah simulasi perbezaan antara MRTT dan i-Heritage Protector. Anda boleh lihat di sini jumlah perlindungan i-Heritage Protector yang semakin bertambah, manakala jumlah perlindungan MRTT semakin berkurangan mengikut nilai pembiayaan. Lebih menguntungkan bukan?
i-Heritage Protector mempunyai nilai matang sekiranya tiada apa-apa berlaku dan nilai serahan sekiranya sijil takaful ini ingin diserahkan lebih awal dari tempoh matang.
Nilai perlindungan bertambah sebanyak 10% setiap tahun, berbeza dengan perlindungan MRTT yang semakin berkurangan mengikut jumlah pembiayaan rumah anda. Pada akhir tempoh pembiayaan, anda boleh menyerahkan sijil ini atau meneruskannya sehingga tempoh matang atau boleh digunakan untuk melindungi pembiayaan rumah yang baru atau simpan sahaja sebagai hibah untuk yang tersayang.
Di bawah ini merupakan jadual anggaran caruman i-Heritage Protector dan nilai simpanan yang anda akan dapat dalam tempoh 30 tahun atau 20 tahun (dalam kotak kelabu). Jadual ini adalah berdasarkan tempoh matang pada umur 70 tahun. Bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas, nilai simpanan dikira pada tahun ke 20 sijil kerana tempoh matang yang lebih singkat.
Anda boleh memilih untuk meningkatkan nilai simpanan yang dianggarkan, dengan menaikkan jumlah caruman bulanan. Sila berhubung dengan perunding kami untuk cadangan dan jumlah yang lengkap berdasarkan umur anda, pekerjaan, jantina dan sebagainya. Jadual ini hanyalah merupakan anggaran supaya anda boleh agak berapa jumlah yang perlu dicarum.
Hubungi perunding kami hari ini untuk penerangan lanjut mengenai i-Heritage Protector ini…
Anda pasti tertanya-tanya, penyedia manakah yang paling halal. Ada yang menilai dari segi nama syarikat, yang mana lebih kemelayuan atau keislaman.
Namun, jangan menilai buku itu dari kulitnya. Banyak aspek yang dinilai dari segi penganugerahan halal ini oleh jawatankuasa penasihat syariah.
Sekiranya kita mengunjungi restoran atau membeli makanan, tidak semestinya keluaran Melayu itu halal. Halal mestilah merangkumi kesemua aspek yang mencakupi produk dan operasi.
Alhamdulillah, Hong Leong MSIG Takaful Berhad sememangnya telah diiktiraf sebagai penyedia takaful Terulung dalam kategori Halal yang diiktiraf The Brand Laureate sebagai World Halal Brand of The Year bagi kategori Insurans.
Kami di HLM Takaful sangat yakin dan merasa bertuah apabila memberikan produk-produk takaful ini kepada pelanggan kami.
Teruskan menyokong kami dalam memberikan yang terbaik untuk semua. Insyaallah.