Sesuaikan Pelan Simpanan Mengikut Keperluan anda.
Pelan Simpanan & Hibah i-Flexi Protect 2
i-Flexi Protect merupakan pelan simpanan takaful keluarga asas yang bermula dari RM60 sebulan dan perlindungan minima RM10,000.
Sesuai untuk mereka yang ingin meninggalkan hibah yang besar untuk keluarga kerana tiada had perlindungan hibah yang ditetapkan atau untuk mereka yang ingin memulakan perlindungan asas dengan caruman yang rendah.
Pelan ini boleh menjadi komprehensif dengan menambah rider-rider seperti perlindungan kemalangan peribadi, kad perubatan Medi Shifa, perlindungan penyakit kritikal dan lain-lain.
Pelan Simpanan Hibah
& Simpanan Tabung Haji
i-Tulus
Pelan ini sesuai untuk anda yang inginkan perlindungan dan simpanan simpanan berkala. i-Tulus memberikan bayaran balik sebanyak 3% setiap tahun atau 10% untuk setiap 3 tahun dari jumlah caruman tahunan, yang kemudiannya akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anda secara automatik.
Anda juga akan diberikan bayaran bonus kesetiaan ketika tempoh matang. Disamping itu, pelan ini memberikan perlindungan untuk hilang upaya kekal dan kematian yang boleh dihibahkan untuk orang yang tersayang.
Anda juga akan menerima Elaun Haji & Umrah sebanyak RM2,000 untuk Haji yang pertama dan RM1,000 setiap 3 tahun untuk menunaikan umrah. Perlindungan sehingga 300% diberikan untuk kematian akibat kemalangan semasa mengerjakan Haji atau Umrah.
Pelan Simpanan
i-Care Hasanah
Pelan yang memenangi anugerah ini merupakan simpanan paling diminati ramai. Pelan simpanan ini sesuai untuk mereka yang mahu menyimpan bagi tempoh masa yang sederhana, memberikan bayaran tunai tahunan secara tetap dan terjamin dan perlindungan hibah yang besar.
i-Care Hasanah memberikan anda peluang untuk menabung selama 3, 8 atau 10 tahun sambil menerima rebat tunai sehingga 50% selama 20 tahun dari jumlah simpanan tahunan anda.
Sesuai untuk simpanan berjumlah RM500 sebulan dan ke atas.
Perlindungan Aset
i-Heritage Protector
i-Heritage Protector merupakan satu perlindungan khas yang dibuat khas untuk mencipta aset segera atau hibah dalam jumlah yang besar tetapi caruman yang pendek dan sederhana serta kadar pemeriksaan perubatan yang agak tinggi. Jadi anda tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan sekiranya anda mengambil pelan ini sehingga RM2 juta ringgit.
Pelan ini juga memberikan perlindungan untuk kematian akibat kemalangan sehingga 2 kali ganda dan kematian semasa mengerjakan haji dan umrah sehingga 3 kali ganda.
Pakej ini sesuai untuk dijadikan MLTA / MLTT atau gantian kepada MRTA / MRTT
Kad Perubatan
Kad Perubatan Medi-Auni merupakan satu-satunya kad perubatan untuk individu yang memberikan perlindungan tanpa had seumur hidup.
Perlindungan termasuk untuk kesihatan mental, kanser berbilang, rawatan pesakit luar untuk 6 penyakit terpilih, serta elaun imunisasi vaksin untuk mengerjakan Haji dan Umrah.
Perlindungan minimum RM1.15 – RM1.5 juta setahun dengan Milllion Plus dan pilihan untuk mendapat rawatan pakar di luar negara dengan tambahan Rawatan Luar Negara.
i-Kasih Care
Sekiranya anda sudah didiagnosis dengan penyakit kritikal termasuklah kanser, masih belum terlambat untuk membuat hibah.
Anda boleh memilih i-Kasih Care yang dibuat khas untuk orang telah berpenyakit dan berumur 18 tahun sehingga 70 tahun. Perlindungan diberikan sehingga umur maksima 80 tahun.
Pelan ini memberikan hibah dan juga nilai simpanan. Hibah serendah RM35,000 sehingga maksima RM250,000.
Hubungi perunding kami untuk menentukan jenis pelan simpanan dan hibah yang sesuai untuk anda.
Booster Kad Perubatan
Sekiranya anda bekerja, sudah pasti anda merasa rugi mengambil kat perubatan kerana perubatan anda sudahpun disediakan oleh majikan. Kami mempunyai kad perubatan khas untuk menambah had tahunan yang diberikan oleh majikan anda dan memastikan anda tetap mempunyai perlindungan selepas anda bersara. Jadi anda tidak perlu berbelanja lebih dan mempunyai ketenangan fikiran untuk perancangan perubatan selepas persaraan.
Pelan ini juga sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai kad perubatan sedia ada dengan had tahunan yang rendah tanpa perlu anda menghentikan pelan yang sedia ada!
Perlindungan Kemalangan
Musim Perayaan
Kita sering mendengar kisah kemalangan maut sepanjang musim perayaan.
HLMT menyediakan perlindungan kemalangan yang memberikan perlindungan untuk kemalangan dan perlindungan berganda untuk kemalangan yang berlaku pada musim.
Sekiranya tiada tuntutan dibuat, segala caruman anda akan dikembalikan 100%. Anggaplah sahaja anda menabung sambil mendapatkan perlindungan dengan pelan i-Acci Plus ini.
Penyakit Kritikal
Kos perlindungan penyakit kritikal sememangnya mencabar tahap kemampuan kita. Jangan risau, hanya dengan RM100 untuk setiap peringkat umur anda mampu untuk melindungi diri dari bebanan akibat dari penyakit kritikal.
Anda juga akan diberikan Mi Band Fitness Tracker untuk memastikan anda kekal cergas dan diberikan pelbagai baucar menarik untuk usaha anda.
Hibah Takaful
Sekiranya anda berniat untuk memberikan hibah, semua simpanan takaful membolehkan anda meninggalkan sejumlah wang yang mencukupi kepada keluarga dan juga bukan waris.
Anda boleh memilih beberapa pelan mengikut bajet dan matlamat simpanan anda. Tinggalkan hibah untuk orang yang tersayang serendah RM60 sahaja sebulan. Anda mampu untuk mengubah masa hadapan keluarga.
Hubungi perunding kami untuk menentukan jenis pelan simpanan dan hibah yang sesuai untuk anda.
Pelan Medical Card Terbaru - Medi Shifa