fbpx

Pilihan Pelan Pelaburan Untuk Anda

Sesuaikan Pelan Pelaburan Mengikut Keperluan anda.

Banyakkan Menabung

Kami menasihatkan anda supaya banyakkan menabung sepanjang musim PKP ini untuk mengambil peluang keadaan pasaran yang rendah.  Ambil peluang ketika orang lain lebih bersifat berjaga-jaga dalam pelaburan.

Skim Pelaburan Ahli

Anda boleh menggunakan wang simpanan dari Akaun 1 KWSP untuk menabung di dalam dana unit amanah terpilih melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP atau EPF MIS. Hubungi Perunding Unit Amanah kami untuk membuat pilihan dana yang sesuai dengan objektif pelaburan anda.

Pelaburan Tunai Berkala

Terdapat beberapa dana yang hebat untuk anda membuat pelaburan secara berkala melalui debit terus dari akaun simpanan anda di bank. Anda boleh memilih dana yang memberikan dividen dan kadar volatiliti yang menarik samada dana patuh syariah atau dana konvensional yang membuat pelaburan di dalam dan luar negara.

Pelaburan Tunai Sekaligus

Sekiranya anda mempunyai sejumlah wang yang besar dan ingin membuat pelaburan tunai sekaligus, anda boleh memilih berbagai jenis dana yang mungkin sesuai dengan citarasa dan objektif pelaburan anda. 

Mungkin anda boleh pilih dana yang membuat pelaburan di Amerika seperti Facebook, Microsot, Alphabet atau dana yang melabur dalam sektor artificial intelligence dan sektor perubatan. Dapatkan khidmat rundingan dari Perunding Unit Amanah kami.

Pelaburan Sektor Korporat

Sekiranya anda mencari peluang pelaburan yang sesuai untuk perniagaan atau institusi anda, dapatkan khidmat rundingan dari Perunding Unit Amanah kami untuk memberikan cadangan pelaburan yang sesuai dengan polisi syarikat anda.

Skim Persaraan Swasta

Tabung simpanan KWSP anda sahaja mungkin tidak mencukupi. Ambil peluang melabur dalam dana-dana Skim Persaraan Swasta (PRS) kami.

Dapatkan pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun sekiranya anda mencarum di dalam skim ini. Hubungi Perunding PRS kami untuk maklumat lanjut.

Pembiayaan ASB

Mohon pembiayaan pelaburan ASB untuk masa hadapan anda atau sebagai tabung pendidikan anak-anak anda.

Memaksimumkan pelaburan anda di dalam ASB secara patuh syariah dan kadar pembiayaan yang sangat menarik serta juga tempoh pembiayaan paling panjang. 

Tiada penalti untuk serahan semula dan pembiayaan anda boleh disertakan dengan perlindungan takaful untuk dijadikan hadiah kepada keluarga sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda.

Tips Pelaburan

"Berjaga-jaga ketika semua orang dalam kegairahan dan tingkatkan kegairahan melabur apabila semua orang sedang dalam berjaga-jaga."
warren buffet
Pelabur Paling Berjaya

Pilih Perunding Berdekatan Anda