Siapa yang tak gembira bila pencen atau bersara segala hutang semua dah tak ada. Boleh hidup dengan tenang dan santai tanpa terikat dengan mana-mana komitmen dan kerjaya.
Ketika ini duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan untuk meneruskan kehidupan seharian.
Namun kadang kala jumlah duit dalam KWSP ratusan ribu dilihat banyak membuatkan kita gelap mata hingga berbelanja dengan boros. Malah sudah tentu ada yang merancang ubah suai rumah atau memiliki kenderaan baru.
Cukup merisaukan apabila tanpa sedar kita membuat liabiliti terutama pembelian kenderaan baru. Duit ratus ribu pasti cepat habis, tanpa sedar bahawa itulah duit yang akan menjadi saraan hidup semasa kita sudah berusia.
Sebagaimana nasihat Pakar Kewangan ini, Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di facebooknya setelah seorang warganet meluahkan duit pencen suaminya sebanyak RM200,000 telah habis digunakan untuk pelbagai tujuan.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua agar menguruskan kewangan dengan yang baik. Seterusnya ikuti perkongsian beliau:
- Sebelum pencen, rancang agar semua hutang selesai pada usia 55 tahun. Elakkan ada hutang selepas usia 55 tahun.
- Jangan buat hutang baru menjelang usia persaraan. “Rugilah saya tak manfaatkan loan saya sbelum pencen”. Kita rugi atau bank yang sedang untung.
- Jual sahaja rumah lama dan biar ada satu rumah sahaja. Jika sewa berbaloi, sewakan sahaja.
- Jika dapat ganjaran pencen bawah RM250k, Jangan ghairah nak renovasi rumah, beli kereta baru, buat rumah idaman, kahwin lagi satu. Jangan! Duit akan cepat habis.
- Jangan ada impian buat rumah lepas bersara, belilah rumah dari zaman kita bekerja. Banyak belanja dan risiko duit akan hilang nantinya.
Sumber: Duit KWSP 200K Cepat Habis Sebenarnya Jika Tak Buat 5 Ini Sebelum Pencen. – KELUARGA
Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disni!