Penama KWSP elak makan duit haram, bahagikan ikut faraid.

MUNGKIN ada dalam kalangan orang awam yang menganggap urusan meletakkan penama akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu difikirkan kerana akan diuruskan waris yang tinggal, malah tidak mustahil ada beranggapan ia akan diwarisi isteri atau suami secara automatik. Bagaimanapun, ia sebenarnya menyusahkan waris yang tinggal apatah lagi proses tuntutan akan mengambil masa.

Sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 peratus yang membuat penamaan akaun mereka, sekali gus menjelaskan ketidakfahaman masyarakat terhadap kepentingan penamaan waris khususnya dalam aspek agama.

Menurut kenyataan daripada KWSP, dua senario terpakai untuk ahli beragama Islam, iaitu jika menamakan individu, penama bukan penerima mutlak, tetapi bertindak sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan si mati kepada waris yang berhak mengikut undang-undang Islam.

“Jika akaun memang langsung tiada penama, waris terdekat atau pentadbir pusaka ahli layak membuat permohonan mengeluarkan simpanan ahli.

“Bagaimanapun, jika ahli mahu membuat penama, letakkanlah nama waris yang benar-benar layak,” katanya.

Sementara itu, pendakwah, Imran Angullia, berkata wang KWSP ialah harta pusaka yang perlu ditadbir mengikut hukum faraid.

Beliau berkata, ia disebut secara jelas dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-49 pada 19 September 2000, iaitu wang KWSP dan yang disimpan ialah pusaka mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Fatwa sama turut menyebut penama KWSP ialah wasi atau pentadbir harta sebelum ia dibahagikan mengikut hukum faraid.

Selain wang KWSP, bentuk harta lain yang boleh dibahagikan mengikut hukum faraid ialah tanah, bangunan seperti rumah atau kilang, barang kemas, insuran, saham dan wang tunai serta binatang ternakan.

“Justeru, wang KWSP tidak boleh diwarisi sesuka hati, sebaliknya mesti dibahagikan kepada waris yang berhak.

“Misalnya jika ibu dijadikan penama, dia perlu memegang amanah untuk membahagikan mengikut pembahagian yang sepatutnya,” katanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan salah (tipu, judi dan sebagainya).” (An-Nisa’: 29)

Tambah Imran, selepas kematian seseorang Muslim, wujud hak tertentu terhadap harta ditinggalkannya yang perlu dibuat berdasarkan hukum faraid.

“Hukumnya berdosa kepada orang yang mengambil harta milik individu lain, apatah lagi pembahagian mengikut faraid juga perlu untuk mengelakkan dosa seperti memakan harta anak yatim.

Allah SWT berfirman: “Allah mensyariatkan bagimu mengenai (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua pertiga daripada harta ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperoleh separuh harta.

“Dan untuk dua ibu bapa, bagi masing-masing satu perenam daripada harta ditinggalkan jika orang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam.

“(Pembahagian itu di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Mengenai) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’: 11)

Tegas Imran, harta pusaka seperti KWSP bukan harta sepencarian seperti dipercayai atau dijadikan alasan oleh ramai orang.

“Misalnya dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, Seksyen 2 (1) mentafsirkannya sebagai harta diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.

“Sementara itu, di bawah Seksyen 122, isteri yang tidak bekerja atau bersama-sama membantu suami memperoleh sesuatu harta dalam perkahwinan boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan bahagiannya.

“Pandangan ini adalah pendapat sesetengah orang dalam usaha untuk memudahkan tuntutan seorang isteri yang diceraikan.

“Apatah lagi jika isteri tidak bekerja dan membuat kerja rumah yang dianggap sebagai bekerja untuk suaminya, tetapi syariat tidak menyebutkan harta pusaka sebagai harta sepencarian,” katanya.

Sumber: Penama KWSP elak makan duit haram, bahagikan ikut faraid | Berita Harian (bharian.com.my)


Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Amanah Tunai

Apakah dia Amanah Tunai?

  • Amanah Tunai Individu
    Menyediakan sumber kewangan segera kepada benefisiari selepas kematian penderma sementara menunggu pusaka penderma selesai diurus dan diagihkan sepertimana tertakluk kepada undang-undang atau penderma hendak mengagihkan Dana Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu kepada penerima/benefisiari.
  • Amanah Tunai (Korporat)
    Amanah yang berpunca daripada institusi/perbadanan/agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat atau koperasi yang menyediakan tabung amanah unyuk dana amanah diagihkan kepada penerima/benefisiari untuk tujuan dan hasrat tertentu.

Apakah ciri-ciri Amanah Tunai?

Dana Amanah Tunai
Penderma– Individu
– Korporat
Penerima/ Benefisiari– Individu
-Korporat

Bagaimana perlaksanaan Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Amanah ini terlaksana menurut terma dan syarat Surat Ikatan Amanah. Contohnya setelah Penderma meninggal dunia atau Penerima/Benefisiari cukup umur.
    ii) Pemegang Amanah akan melaksanakan tugas seperti yang termaktub di dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Korporat
    i) Tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terkandung dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Penerima/benefisiari dinamakan dalam Surat Ikatan Amanah dengan jumlah amanah yang telah diwujudkan mengikut tujuan dan hasrat Institusi/ Perbadanan/ Agensi Kerajaan/ Yayasan/ Kelab/ Syarikat/ Persatuan/ Badan Korporat atau koperasi yang menyertainya.

Berapa minima Dana Amanah untuk Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Modal dengan jumlah minima RM5,000 dan tiada had maksima.
    ii) Wang tunai melebihi RM 25,000 dan ke atas tertakluk kepada Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi wang tunai sahaja.
  • Korporat
    i) Modal minima RM50,000 dan tiada had maksima atau
    ii) Dana Amanah tertakluk kepada kerjasama, surat tawaran di antara Korporat yang terlibat dan MAAB.

Bilakah tempoh matang Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Penderma dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Dana Amanah diserahkan kepada Penerima/ Benefisiari setelah tempoh matang, sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.
    iii) Penerima/ Benefisiari boleh membuka amanah yang baharu.
  • Korporat
    i) Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Penderma dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Dana Amanah akan diserahkan kepada tujuan dan hasrat yang dipersetujui oleh penderma dan MAAB.
    iii) Penderma mempunyai pilihan samada membuat pengeluaran penuh atau melabur semula setelah tempoh matang tertakluk kepada terma yang tergunapakai pada ketika itu.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Penderma/ Penjaga Harta boleh membuat pengeluaran sepertimana dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Pengeluaran Dana Amanah akan ditadbir mengikut Surat Ikatan Amanah.
    iii) Fi Pengeluaran dikenakan bagi setiap pengeluaran dibuat.
  • Korporat
    i) Pengeluaran berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.
    ii) Fi Pengeluaran dikenakan bagi setiap pengeluaran dibuat.

Bagaimana jika Penderma hendak membuat penambahan tunai Dana Amanah?

Penambahan tunai Dana Amanah boleh dibuat mengikut budi bicara penderma.

Apakah Kebaikan / Faedah Amanah Tunai?

  • Memastikan Penerima/ Benefisiari dilindungi dan terpelihara daripada masalah kewangan yang membebankan mereka di kemudian hari.
  • Dana Amanah ini tidak termasuk dalam pembahagian Harta Pusaka.
  • Sesuai untuk kepentingan anak angkat dan individu yang mempunyai pertalian kekeluargaan secara sah atau tidak.
  • Penderma boleh mengubah terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Amanah pada bila-bila masa (sebelum tempoh matang) melalui Surat Ikatan Amanah tambahan.
  • Membolehkan institusi/perbadanan/ agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat atau koperasi menguruskan Dana Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu melalui pelantikan pemegang amanah/ MAAB.

Bagaimana cara pindaan/ pembatalan Amanah Tunai?

  • Penderma dibenarkan dan boleh meminda syarat/terma peramanahan dan membatalkan Surat Ikatan Amanah semasa hayatnya berdasarkan keperluan penderma.
  • Penderma juga boleh menarik diri daripada Amanah Tunai sekiranya telah dinyatakan dalam terma dan syarat Surat Ikatan Amanah. Pembatalan dan penarikan diri dibenarkan setelah MAAB mengambil fi yang berkaitan daripada harta amanah.
  • Tempoh perlaksanaan pembatalan dan penarikan diri akaun amanah adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima di MAAB.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Amanah Tunai?

  • Individu
    a) Borang Pembukaan Akaun Amanah- (Amanah Tunai)
    b) Salinan Kad Pengenalan Penderma
    c) Salinan Kad Pnegenalan atau Sijil Kelahiran Penerima
    d) Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika perlu)
  • Korporat
    a) Surat Jawapan Rasmi Surat Tawaran
    b) Borang Permohonan Akaun Amanah (Amanah Tunai)
    c) Perlantikan jawatankuasa untuk mengurus, mengendali, menerima atau mengeluar wang yang perlu mematuhi Surat Ikatan Amanah beserta kad pengenalan dan contoh tandatangan.
    d) Dokumen-dokumen penubuhan yang berkaitan
    e) Lampiran Resolusi Lembaga Pengarah / Minit Mesyuarat yang meluluskan Pembukaan Akaun Amanah.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Wasiat

Apakah Itu Wasiat?

  • Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya, ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlakunya kematian.
  • Merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.
  • Wasiat berkuatkuasa selepas kematian. Oleh itu, wasiat boleh dipinda seberapa kali oleh pewasiat.

Kelayakan Berwasiat

  • Telah mencapai umur 18 tahun (21 tahun untuk negeri Sabah)
  • Orang sempurna akal (waras)
  • Bertindak sukarela dan tidak dipaksa

Syarat Harta Diwasiatkan

  • Sesuatu boleh dijadikan harta pusaka
  • Sesuatu yang bernilai
  • Sesuatu yang boleh dipindahmilik selepas kematian
  • Sesuatu yang wujud dan milik pewasiat

Perkhidmatan Wasiat MAAB

Islam

  • Dengan adanya Wasiat, 1/3 daripada harta dapat diberikan kepada Bukan Waris
  • Kaedah pembahagian secara muafakat boleh digunapakai setelah mendapat persetujuan semua waris

Konvensional

  • Akta Pembahagian 1958 digunapakai sekiranya tiada dokumentasi Wasiat bukan Islam
  • Bebas mengagihkan kepada mana mana waris, bukan waris dan organisasi

Fasa Pelaksanaan Wasiat MAAB

Fasa 1: Pemakluman Kematian
Fasa 2: Pembacaan / Persetujuan Wasiat
Fasa 3: Pengesahan Aset & Geran Probet (Mahkamah)
Fasa 4: Penghasilan / Pembahagian / Perintah Pembahagian
Fasa 5: Pusaka Selesai


Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Hibah Saham Koperasi (Khas)

Apakah yang dimaksudkan Hibah Saham Koperasi (Khas)?

MAAB menjalinkan kerjasama dengan Koperasi yang berminat bagi menawarkan satu instrumen Perancangan Harta Pusaka bagi Saham Koperasi yang berlandaskan Syariah yang mana menerapkan konsep Hibah dan Amanah berbanding konsep Penamaan sebelum ini.

Hibah Amanah Saham Koperasi yang ditawarkan MAAB, yang mana pemilik saham/penghibah akan menghibahkan saham koperasinya kepada Penerima Hibah dan akan dipindah milik kepada Penerima Hibah selepas kematian Penghibah. Walaubagaimanapun jalinan kerjasama ini memerlukan pihak keperasi untuk menyemak dan meminda Undang-undang Kecil Koperasi perlaksanaan hibah ini jika perlu.

Apakah rukun dan syarat Hibah Saham Koperasi (Khas)

1. Penghibah
– Beragama Islam
– Pemegang saham mutlak yang berumur 18 tahun ke atas
– Mempunyai baki unit saham minimum RM 1,000
– Tertakluk kepada terma – terma dan syarat – syarat di bawah Suratikatan Hibah/ Amanah dan Surat Kuasa Wakil
– Tidak bankrap / muflis

2. Penerima Hibah
– Individu sahaja
– Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun. Penjaga sah perlu di kalangan:-
i. Ibu atau bapa
ii. Datuk atau nenek
iii. Abang atau kakak
iv. Penjaga berdaftar yang dibenarkan MAAB dan berdasarkan undang – undang berkaitan;
– Terhad kepada 5 orang sahaja*
*bergantung undang – undang kecil koperasi

3. Harta
– RM 1,000 perlu dikekalkan sepanjang tempoh perjanjian Hibah Amanah bagi semua/setiap Saham Koperasi yang dihibahkan
– Dihibahkan kesemua unit (100%) Saham Koperasi

4. Sighah (ijab dan qabul) dan Qabd (penerimaan)
Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah

Bagaimana perlaksanaan Hibah Saham Koperasi (Khas)

  • Hibah akan terlaksana apabila keempat empat rukun Hibah diapatuhi
  • Penghibah dan Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah /Hibah dan Surat Kuasa Wakil
  • Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah/ Hibah untuk melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah Gantian

Apakah jenis Saham Koperasi yang boleh dihibahkan?

  • Saham Koperasi milik mutlak Penghibah dan boleh dihibahkan (tertakluk kepada Undang- undang Kecil Koperasi)
  • Baki Saham Koperasi minimum RM1,000.00

Bilakah tempoh matang Hibah Saham Koperasi (Khas)

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah
  • Harta Hibah akan dipindahmilik kepada Penerima Hibah setelah tempoh matang
    (*Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu)

Apakah Kebaikan / Faedah Hibah Saham Koperasi (Khas)?

  • Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah (saham) yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
  • Pemberian Hibah (saham) adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima Harta Hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid dan tidak memerlukan perlaksanaan Pentadbiran Harta Pusaka.
  • Penghibah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap saham tersebut semasa hidup.

Bagaimana jika Penghibah hendak membatalkan/meminda Hibah Saham Koperasi?

  • Pembatalan dan Pindaan boleh dibuat dengan persetujuan Penghibah dan Penerima Hibah secara reda meredai
  • Pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya pemberian Hibah antara keluarga seperti ibu/bapa kepada anak datuk/nenek kepada cucu
  • Perintah Mahkamah / Keputusan Hakim Mahkamah

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Hibah Saham Koperasi (Khas)?

  • Borang Permohonan Akaun Amanah dan Hibah- hibah Saham Koperasi (khas)
  • Salinan Kad Pengenalan Penghibah
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima Hibah
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan)
  • Penyata Saham dan Maklumat Saham Koperasi terkini;

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!