Sejak akhir-akhir ini wabak Coronavirus ini semakin menjadi-jadi. Ianya bermula di Wuhan, China dan semakin lama semakin menular ke negara-negara lain. Pagi tadi dalam berita mengesahkan jumlah mangsa kematian dan yang dijangkiti oleh Coronavirus ini sudah melepasi angka wabak SARS yang melanda dunia pada tahun 2003 dahulu.Keadaan ini menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat Malaysia kerana setakat hari ini iaitu 31 Jan 2020, sudahpun terdapat 8 orang yang dijangkiti wabak ini dikesan namun mereka semua adalah berasal dari negara China. Disebabkan ini merupakan wabak yang baru, kita semua tertanya-tanya adakah wabak ini dapat dilindungi menggunakan kad perubatan takaful dan insurans sekiranya kita dimasukkan ke dalam hospital akibat dari jangkitan Coronavirus?
Alhamdulillah, pihak HLM Takaful dan HLA telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa pemegang sijil dan polisi dakan dilindungi oleh pihak syarikat sekiranya mereka dimasukkan ke dalam wad di hospital swasta untuk menerima rawatan akibat virus berbahaya ini.
Pada hari ini pula sebuah kenyataan telahpun dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) mengenai perlindungan insurans dan takaful terhadap pemegang sijil dan polisi yang dijangkiti oleh virus ini dan memerlukan rawatan di hospital, meskipun terdapat pengecualian tentang penyakit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang Malaysia. Ini sudah tentunya memberikan kelegaan buat semua dan tahniah diucapkan kepada semua yang bertindak bijak untuk melindungi diri mereka dengan mengambil kad perubatan atau medical card dari syarikat insurans dan takaful.