RUMAH BUKAN PELABURAN?

Eh betul ke? Ramai yang tak ada ilmu pelaburan menganggap rumah itu sebuah aset dan pelaburan.

Rumah yang kita beli dan kita tinggal di situ bukan merupakan pelaburan. Ia adalah LIABILITI. Kerana kita terpaksa menanggung kos utiliti, penyelenggaraan, pembiayaan dan sebagainya tanpa memberikan apa-apa pendapatan untuk kita.

Paling menyedihkan ada yang sanggup menghabiskan puluhan malah ratusan ribu untuk renovasi dan hiasan dalaman sedangkan nilai hutang rumah masih lagi belum selesai.

Saya ada kenal individu yang jual rumah lama kemudian beli rumah baru. Duit keuntungan jualan rumah lama digunakan untuk membuat renovasi rumah baru. Pada masa yang sama tidak ada simpanan mencukupi di dalam akaun simpanan dan pelaburan. Belanja terpaksa jimat cermat tapi rumah gah…

Bagaimana pula beli rumah sebagai aset pelaburan?

Kalau nak gunakan hartanah sebagai pelaburan, belilah rumah yang tidak mahal, kemudian sewakan. Hasil wang sewa tu pastikan dapat cover atau offset bayaran pembiayaan bulanan bank tanpa perlu tambah komitmen baru. Maka dari situ kita akan dapat pendapatan pasif. Rumah yang tak mahal senang untuk dijual kalau kita memerlukan wang suatu masa nanti.

Paling utama kita perlu ada simpanan yang besar setiap masa yang dapat memberikan KECAIRAN ketika kita memerlukan tunai.

Kita tak akan jual rumah yang kita tinggal kalau nak guna duit terutamanya apabila jumlah yang diperlukan tidak terlalu besar. Contohnya, kita takkan nak jual bahagian ‘dapur’ sahaja, atau tingkat atas sahaja untuk guna duit. Kalau nak jual mesti jual sebuah rumah. Ianya juga mengambil masa untuk cari pembeli, dapatkan pembiayaan baru dan proses pertukaran hakmilik.

Saya ada kenal juga individu yang tinggal di taman perumahan biasa, rumah teres satu tingkat. Akaun ASB diri sendiri, anak, isteri semua dah penuh limit. Melabur pula dalam unit amanah dengan saya. Dua buah lagi rumah dibuat sewa, malah rumah tersebut lebih besar dari rumah yang beliau tinggal sekarang. Bukan itu saja, beliau ada perniagaan kargo, car wash, construction dan lain lain.

Jadi ingat, rumah yang kita tinggal itu adalah liabiliti. Mungkin kita boleh berbangga tetapi tidak kepada orang yang bijak ilmu kewangan.

Rancang simpanan & pelaburan dengan mempelbagaikan potfolio pelaburan kita seperti ASB, TH, PRS, Private Mandate, Unit Amanah, emas, saham, hartanah dan lain-lain. Pastikan tahap KECAIRAN adalah tinggi.

Jeff AJ
Group Financial Consultant
Phillip Mutual Berhad

Chief Takaful Consultant
Hong Leong MSIG Takaful Berhad

#HLMT #HongLeongMSIGTakaful #HLMTakaful #JeffAJ #JeffAJGroup #PhillipCapital #PhillipMutual #Medical #IncomeReplacement #Insurans #Takaful #MedicalCard #Hibah #Savings #UnitTrust #PrivateMandate #ManagedFunds #ManagedUT #EliteFinancialGroup #EFG #EliteFG