RUMAH BUKAN PELABURAN?

Eh betul ke? Ramai yang tak ada ilmu pelaburan menganggap rumah itu sebuah aset dan pelaburan.

Rumah yang kita beli dan kita tinggal di situ bukan merupakan pelaburan. Ia adalah LIABILITI. Kerana kita terpaksa menanggung kos utiliti, penyelenggaraan, pembiayaan dan sebagainya tanpa memberikan apa-apa pendapatan untuk kita.

Paling menyedihkan ada yang sanggup menghabiskan puluhan malah ratusan ribu untuk renovasi dan hiasan dalaman sedangkan nilai hutang rumah masih lagi belum selesai.

Saya ada kenal individu yang jual rumah lama kemudian beli rumah baru. Duit keuntungan jualan rumah lama digunakan untuk membuat renovasi rumah baru. Pada masa yang sama tidak ada simpanan mencukupi di dalam akaun simpanan dan pelaburan. Belanja terpaksa jimat cermat tapi rumah gah…

Bagaimana pula beli rumah sebagai aset pelaburan?

Kalau nak gunakan hartanah sebagai pelaburan, belilah rumah yang tidak mahal, kemudian sewakan. Hasil wang sewa tu pastikan dapat cover atau offset bayaran pembiayaan bulanan bank tanpa perlu tambah komitmen baru. Maka dari situ kita akan dapat pendapatan pasif. Rumah yang tak mahal senang untuk dijual kalau kita memerlukan wang suatu masa nanti.

Paling utama kita perlu ada simpanan yang besar setiap masa yang dapat memberikan KECAIRAN ketika kita memerlukan tunai.

Kita tak akan jual rumah yang kita tinggal kalau nak guna duit terutamanya apabila jumlah yang diperlukan tidak terlalu besar. Contohnya, kita takkan nak jual bahagian ‘dapur’ sahaja, atau tingkat atas sahaja untuk guna duit. Kalau nak jual mesti jual sebuah rumah. Ianya juga mengambil masa untuk cari pembeli, dapatkan pembiayaan baru dan proses pertukaran hakmilik.

Saya ada kenal juga individu yang tinggal di taman perumahan biasa, rumah teres satu tingkat. Akaun ASB diri sendiri, anak, isteri semua dah penuh limit. Melabur pula dalam unit amanah dengan saya. Dua buah lagi rumah dibuat sewa, malah rumah tersebut lebih besar dari rumah yang beliau tinggal sekarang. Bukan itu saja, beliau ada perniagaan kargo, car wash, construction dan lain lain.

Jadi ingat, rumah yang kita tinggal itu adalah liabiliti. Mungkin kita boleh berbangga tetapi tidak kepada orang yang bijak ilmu kewangan.

Rancang simpanan & pelaburan dengan mempelbagaikan potfolio pelaburan kita seperti ASB, TH, PRS, Private Mandate, Unit Amanah, emas, saham, hartanah dan lain-lain. Pastikan tahap KECAIRAN adalah tinggi.

Jeff AJ
Group Financial Consultant
Phillip Mutual Berhad

Chief Takaful Consultant
Hong Leong MSIG Takaful Berhad

#HLMT #HongLeongMSIGTakaful #HLMTakaful #JeffAJ #JeffAJGroup #PhillipCapital #PhillipMutual #Medical #IncomeReplacement #Insurans #Takaful #MedicalCard #Hibah #Savings #UnitTrust #PrivateMandate #ManagedFunds #ManagedUT #EliteFinancialGroup #EFG #EliteFG

Bagaimana Kapitalis Menjerat Kita Berhutang

Kapitalis secara umumnya menggunakan konsep ‘orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin’ dan konsep ‘membela golongan korporat 1 peratus’. Orang kaya atau korporat yang ingin mengekalkan kekayaannya selain daripada monopoli, ialah dengan hutang. Monopoli dikenali dengan dua jenis, sama ada dengan maksud الاحتكار iaitu monopoli barang, atau monopoli tanah الحمى. Kedua-dua ini diharamkan di dalam Islam kerana menindas golongan bawahan. 

Satu lagi kaedah kapitalism ialah Debt Trap فخ الديون iaitu menjadikan hutang sebagai perangkap untuk kepentingan orang kaya, ahli politik atau sebagainya. Konsep hutang diharuskan dalam Islam, yang dibahaskan dalam قرض الحسن dan bertentangan dengan sistem kapitalis yang diselit unsur riba di dalam hutang tadi. Bahkan konsep hutang + riba ini diamalkan sejak sekian lama oleh bank-bank besar dunia:

مَّن ذَا ٱلَّذِی یُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا فَیُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥۤ أَضۡعَافࣰا كَثِیرَةࣰۚ وَٱللَّهُ یَقۡبِضُ وَیَبۡصُۜطُ وَإِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ 

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” 

(al-Baqarah: 245)

Debt Trap sebelum kedatangan Nabi S.A.W 

Konsep kapitalis dengan cara الحمى pernah diamalkan sebelum kedatangan Baginda S.A.W ke Madinah. Syeikh Sofiurrahman al Mubarakfuri menceritakan di dalam ar Rahiq al Makhtum bahawa orang-orang Yahudi asalnya adalah pelarian, masuk ke Madinah (Yathrib) dalam keadaan sebatang kara. Mereka membuka pasar-pasar mereka untuk saling menguatkan ekonomi sendiri. Setelah memiliki ‘modal’ yang agak kukuh, mereka mula membuka peluang kepada orang-orang tempatan Yathrib untuk membuat pinjaman. 

Konsep pinjaman (loan)  yang diamalkan ialah berasaskan riba yang dikenali sebagai bunga atau ‘interest’. Orang Yathrib yang terpegun dengan tawaran pinjaman cash yang tinggi nilainya, mula berpusu-pusu membuat pinjaman dengan orang-orang Yahudi Kapitalis tadi. Riba yang disediakan menanti mangsa. Apabila di saat nak membayar hutang, perlu dibayar lebih. Maka, tempoh pembayaran hutang jadi ‘drag’ disebabkan interestnya bertambah. 

Apabila bertambah masa untuk membayarnya, bertambahlah nilai yang perlu dibayar. Lama kelamaan, duit pinjaman yang sikit jadi ‘beranak’ dan semakin banyak. Orang Yathrib yang terikat dengan hutang mula jatuh ke dalam perangkap Yahudi. Lantas apabila hutang + riba sudah mencecah tahap ‘gaban’, orang Yahudi tadi akan datang kepada peminjam tersebut dan membuat tawaran. 

Antara tawaran yang ditawarkan kepada orang Yathrib untuk langsaikan hutang mereka ialah menggantikannya dengan tanah yang dimiliki oleh peminjam itu. Kaedahnya ialah, berikan tanah, hutang pun langsai. Terma ini membuatkan tanah-tanah orang Yathrib mula tergadai kepada orang Yahudi. Asalnya mereka itu pelarian, akhirnya sudah memiliki tanah dengan cara mudah. Hanya bermodalkan sedikit duit untuk diberi pinjaman, dan diberanakkan dengan riba. 

Pengharaman riba dalam Islam

Ketika Nabi Muhammad S.A.W di Makkah, turunnya ayat al-Quran menceritakan dasar-dasar Islam, antaranya mencela riba. Ketika itu belum lagi disyariatkan zakat. Allah S.W.T berfirman;

وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ 

“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”

(ar-Rum: 39)

Tak lama selepas penurunan ayat ini, Allah S.W.T menceritakan pula di dalam Surah An-Nisa 160-161 bahawa riba ini pernah diharamkan oleh Allah S.W.T bagi Bani Israel. Seterusnya Allah S.W.T menurunkan wahyu pengharaman riba:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰۤا۟ أَضۡعَـٰفࣰا مُّضَـٰعَفَةࣰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya”

(Ali Imran: 130)

Setelah itu Allah S.W.T menurunkan lagi ayat-ayat kutukan terhadap sistem riba, Surah al-Baqarah ayat 275-279. Apabila sistem riba yang diamalkan oleh orang Yahudi di Madinah (Yathrib) diharamkan oleh Allah, menjadikan monopoli mereka mula tergugat. Apatah lagi Nabi S.A.W mengharamkan monopoli barang atau tanah, menggalakkan pemugaran tanah  dan memperkenalkan sistem zakat serta sistem jual beli yang lebih memelihara hak-hak orang bawahan. Ekonomi Madinah dapat dijana dengan baik. 

Kemunculan keluarga Rostchild 

Setelah banyak tanah tergadai di Yathrib hasil angkara orang Yahudi, Nabi Muhammad S.A.W datang ke Madinah dan mengharamkan riba. Usaha Yahudi menjelmakan sistem kapitalis terhalang dengan Undang-undang Islam. Namun hal ini kembali diteruskan setelah mana mereka mula bangkit pasca Reainassance hinggalah era ke-19. Antaranya kita boleh lihat bagaimana kemunculan Rostchild dan Rockeffelers. 

Kemunculan kedua dua geng ini membawa dunia ke kancah kapitalis dengan penuh strategi. Antara yang menjadi inti kepada sistem ekonomi mereka ialah berbisnes dengan hutang. Rostchild contohnya, bermula dengan perniagaan barangan antik kemudian mewarisi kekayaan mertuanya. Kekayaan ini dikembangkan dengan mewujudkan ‘bank’ yang bersedia memberi pinjaman kepada sesiapa dengan kaedah riba. 

Bermula daripada kecil-kecilan akhirnya membesar sehingga kerajaan turut meminjam duit daripadanya. Hasil untung riba daripada peminjam-peminjam kecil dikembangkan sehingga berjaya memiliki aset aset yang luar biasa. Keuntungan pinjaman kerajaan pastinya lebih besar berbanding pinjaman oleh rakyat biasa. Seterusnya pada era 1800 anak-anaknya meneruskan ‘perjuangan’ ayahnya dengan membuka cawangan-cawangan bank yang lebih besar. 

Dengan menggunakan sistem kapitalis, mereka beroleh keuntungan berlipat kali ganda. Bimbangkan hartanya berkurangan, jadi Mayer Rostchild mewasiatkan supaya anak-anaknya tidak berkahwin dengan ‘orang luar’. Lalu mereka berkahwin sesama saudara mereka. Daripada keluarga inilah terbinanya empayar bank yang besar yang dimonopoli oleh mereka melalui sistem riba. 

Khilafah Uthmaniah terjerut dengan hutang

Persaingan Barat dan Islam yang berterusan sejak sekian lama khususnya dilihat dari sudut imperialism, infiltration dan perang ekonomi. Kalau di Tanah Melayu, munculnya Sarekat Islam (Sarekat Dagang Islam) yang bersaing dengan Syarikat Timur Hindi. Kemodenan Barat menyilaukan mata Uthmaniah untuk mengubah dunia Islam ke arah berkiblatkan Barat di era 18-an [5]. Antara kata-kata John Adam (1735-1826) yang masyhur; 

“There are two ways to conquer and enslave a nation. One is by the sword. The other is by debt” 

“Di sana ada dua cara untuk menguasai dan menghambakan sesebuah negara. Pertama dengan gunakan pedang. Satu lagi dengan hutang”. 

Khilafah Uthmaniah mengalami era kemerosotan bermula sekitar 1828 hinggalah kejatuhannya pada 1918-1924. Kebangkitan di Barat seolah-olah ‘memaksa Uthmaniah untuk ‘mengcopy-paste‘ kemodenan Barat, termasuklah sistem perbankan. Idea pembaratan yang dilihat satu kemodenan diimport masuk di era Sultan Abdul Majid (1823-1861) sehingga mempengaruhi anak-anak muda Turki untuk melanjutkan pelajaran ke Barat. 

Di Barat, ada yang terpengaruh dengan Kebangkitan Young Italy yang digagaskan oleh Giuseppe Mazzini pada 1931. Kepulangan anak-anak muda Turki membawa idea Barat termasuk sistem ekonomi Barat ke dalam Khilafah Uthmaniah sehingga mewujudkan Perlembagaan Baru Turki 1876 dan Geng Ittihad wat Taraqqi pada 1889 seterusnya Kebangkitan Young Turks pada 1908. Antara yang kita boleh saksikan, pembinaan sebuah istana mewah di Basfour, Turki dengan menggunakan teknologi Barat mula dibina dan sempat dinikmati oleh 4 generasi Uthmaniah kecuali Sultan Abd Hamid II. 

Pembinaan istana mewah dengan kos yang tinggi melangit, terpaksa ditanggung melalui pinjaman dengan cara Barat yang mengamalkan riba. Akhirnya pinjaman ini menjerut tengkuk Uthmaniah, apabila ia dijadikan bahan untuk menggulingkan Khalifah 100 tahun kemudian. Pada 1910 agenda Yahudi ke arah menguasai ekonomi dunia dengan mengkomersialkan duit kertas berbanding emas. Semenangnya mereka ingin menguasai dunia khususnya dalam bidang kewangan. 

Bank Dunia dan IMF 1944/45

Pada 1944, muncul pula Perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas. Di sinilah tertubuhnya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang juga dikenali sebagai Kumpulan Wang. Ia merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang berpangkalan di Washington DC, yang mana hari ini terdiri daripada 189 buah negara. 

Antara ‘alasan manis’ penubuhannya ialah berusaha untuk memupuk kerjasama kewangan global, menjamin kestabilan kewangan, perdagangan antarabangsa, menggalakkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan. Hasil daripada agenda ini, adalah memerangkap negara-negara dengan sistem kapitalis. 

Selain daripada IMF, terdapat juga Bank Dunia yang ditubuhkan seiringan dengannya. Di sinilah kita boleh lihat sistem kapitalis yang berasaskan cukai, monopoli dan riba mula diterapkan secara rasmi di banyak negara. Negara-negara akan ditawarkan dengan bantuan kewangan dalam jumlah yang besar untuk membangun. Apabila duit sudah digunakan, negara tersebut akan kembali mundur kerana terikat dengan hutang yang ada interest. 

Jika dilihat dalam realiti hari ini, bukan sahaja IMF atau Bank Dunia mengamalkan sistem Kapitalis, akan tetapi negara-negara lain, seperti China. Mereka mendanai negara lain, kemudian memeras interestnya sehingga negara tersebut terikat dan jatuh miskin. Malaysia juga tidak lari daripada sistem kapitalis ini apabila memberi pinjaman PTPTN kepada para mahasiswa/wi, kemudian setelah mana beroleh kerja, wang mereka akan dikikis. 

China dan perangkap hutangnya

Antara negara-negara yang terlibat dalam memasang perangkap hutang ialah China. Sejak 1978 mereka mengamalkan dasar ‘reform and opening’ disebabkan strategi ‘Infrastructure-based development’. Di dalam buku China’s 40 Years of Reform and Development: 1978–2018 yang diterbitkan oleh Australian National University Press menyatakan  bahawa dasar ‘reform and opening’ tadi dianggap sebagai ‘perangkap hutang’. Ini kerana apabila negara yang berhutang gagal membayar pinjaman mereka, mereka dikatakan dipaksa untuk menyokong kepentingan geo-strategik China 

Antara contoh yang dakwaan perangkap hutang oleh China ialah pinjaman yang diberikan kepada Kerajaan Sri Lanka oleh Exim Bank of China untuk membina Pelabuhan Magampura Mahinda Rajapaksa dan juga pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala Rajapaksa. Syarikat China Harbour Engineering Company dan Syarikat Sinohydro Corporation telah dibayar untuk membina Pelabuhan Magampura dengan kos sebanyak USD361 juta. 

85 peratus daripada pembiayaan tersebut dibiayai oleh Bank Eksport-Import milik China dengan interest tahunan sebanyak 6.3 peratus. Oleh kerana ketidakmampuan Sri Lanka untuk membayar hutang tersebut, pelabuhan itu disewakan kepada Syarikat China Merchants Port Holdings Company Limited dengan pajakan selama 99 tahun. Jelas bahawa China menguasai laluan itu dengan perangkap hutang yang dipasang. 

Penguasaan laluan laut tersebut dilihat selaras dengan ‘Agenda BRI’ yang pernah saya ceritakan sebelum ini [6]. Iaitu menguasai laluan darat dan laut yang dirancang sejak 2013. Manakala Debt Trap yang dipasang oleh China di Negara-negara Africa juga tidak boleh dipandang ringan. Boleh lihat dalam gambar, memaparkan jumlah billion perangkap hutang China terhadap benua Afrika dari tahun 2000 hingga 2016. 

Hasil tulisan Izwan Halim – Harakah Daily 22 Oktober 2019

[1] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1212187678974703/

[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1204798673046937&id=251201991739948

[3] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1201475513379253/

[4] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1199421013584703/

[5] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1207259036134234/

[6] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1212187678974703/ – 

HARAKAHDAILY 22/10/2019 

Penama KWSP elak makan duit haram, bahagikan ikut faraid.

MUNGKIN ada dalam kalangan orang awam yang menganggap urusan meletakkan penama akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu difikirkan kerana akan diuruskan waris yang tinggal, malah tidak mustahil ada beranggapan ia akan diwarisi isteri atau suami secara automatik. Bagaimanapun, ia sebenarnya menyusahkan waris yang tinggal apatah lagi proses tuntutan akan mengambil masa.

Sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 peratus yang membuat penamaan akaun mereka, sekali gus menjelaskan ketidakfahaman masyarakat terhadap kepentingan penamaan waris khususnya dalam aspek agama.

Menurut kenyataan daripada KWSP, dua senario terpakai untuk ahli beragama Islam, iaitu jika menamakan individu, penama bukan penerima mutlak, tetapi bertindak sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan si mati kepada waris yang berhak mengikut undang-undang Islam.

“Jika akaun memang langsung tiada penama, waris terdekat atau pentadbir pusaka ahli layak membuat permohonan mengeluarkan simpanan ahli.

“Bagaimanapun, jika ahli mahu membuat penama, letakkanlah nama waris yang benar-benar layak,” katanya.

Sementara itu, pendakwah, Imran Angullia, berkata wang KWSP ialah harta pusaka yang perlu ditadbir mengikut hukum faraid.

Beliau berkata, ia disebut secara jelas dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-49 pada 19 September 2000, iaitu wang KWSP dan yang disimpan ialah pusaka mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Fatwa sama turut menyebut penama KWSP ialah wasi atau pentadbir harta sebelum ia dibahagikan mengikut hukum faraid.

Selain wang KWSP, bentuk harta lain yang boleh dibahagikan mengikut hukum faraid ialah tanah, bangunan seperti rumah atau kilang, barang kemas, insuran, saham dan wang tunai serta binatang ternakan.

“Justeru, wang KWSP tidak boleh diwarisi sesuka hati, sebaliknya mesti dibahagikan kepada waris yang berhak.

“Misalnya jika ibu dijadikan penama, dia perlu memegang amanah untuk membahagikan mengikut pembahagian yang sepatutnya,” katanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan salah (tipu, judi dan sebagainya).” (An-Nisa’: 29)

Tambah Imran, selepas kematian seseorang Muslim, wujud hak tertentu terhadap harta ditinggalkannya yang perlu dibuat berdasarkan hukum faraid.

“Hukumnya berdosa kepada orang yang mengambil harta milik individu lain, apatah lagi pembahagian mengikut faraid juga perlu untuk mengelakkan dosa seperti memakan harta anak yatim.

Allah SWT berfirman: “Allah mensyariatkan bagimu mengenai (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua pertiga daripada harta ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperoleh separuh harta.

“Dan untuk dua ibu bapa, bagi masing-masing satu perenam daripada harta ditinggalkan jika orang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam.

“(Pembahagian itu di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Mengenai) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’: 11)

Tegas Imran, harta pusaka seperti KWSP bukan harta sepencarian seperti dipercayai atau dijadikan alasan oleh ramai orang.

“Misalnya dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, Seksyen 2 (1) mentafsirkannya sebagai harta diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.

“Sementara itu, di bawah Seksyen 122, isteri yang tidak bekerja atau bersama-sama membantu suami memperoleh sesuatu harta dalam perkahwinan boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan bahagiannya.

“Pandangan ini adalah pendapat sesetengah orang dalam usaha untuk memudahkan tuntutan seorang isteri yang diceraikan.

“Apatah lagi jika isteri tidak bekerja dan membuat kerja rumah yang dianggap sebagai bekerja untuk suaminya, tetapi syariat tidak menyebutkan harta pusaka sebagai harta sepencarian,” katanya.

Sumber: Penama KWSP elak makan duit haram, bahagikan ikut faraid | Berita Harian (bharian.com.my)


Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Amanah Tunai

Apakah dia Amanah Tunai?

  • Amanah Tunai Individu
    Menyediakan sumber kewangan segera kepada benefisiari selepas kematian penderma sementara menunggu pusaka penderma selesai diurus dan diagihkan sepertimana tertakluk kepada undang-undang atau penderma hendak mengagihkan Dana Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu kepada penerima/benefisiari.
  • Amanah Tunai (Korporat)
    Amanah yang berpunca daripada institusi/perbadanan/agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat atau koperasi yang menyediakan tabung amanah unyuk dana amanah diagihkan kepada penerima/benefisiari untuk tujuan dan hasrat tertentu.

Apakah ciri-ciri Amanah Tunai?

Dana Amanah Tunai
Penderma– Individu
– Korporat
Penerima/ Benefisiari– Individu
-Korporat

Bagaimana perlaksanaan Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Amanah ini terlaksana menurut terma dan syarat Surat Ikatan Amanah. Contohnya setelah Penderma meninggal dunia atau Penerima/Benefisiari cukup umur.
    ii) Pemegang Amanah akan melaksanakan tugas seperti yang termaktub di dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Korporat
    i) Tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terkandung dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Penerima/benefisiari dinamakan dalam Surat Ikatan Amanah dengan jumlah amanah yang telah diwujudkan mengikut tujuan dan hasrat Institusi/ Perbadanan/ Agensi Kerajaan/ Yayasan/ Kelab/ Syarikat/ Persatuan/ Badan Korporat atau koperasi yang menyertainya.

Berapa minima Dana Amanah untuk Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Modal dengan jumlah minima RM5,000 dan tiada had maksima.
    ii) Wang tunai melebihi RM 25,000 dan ke atas tertakluk kepada Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi wang tunai sahaja.
  • Korporat
    i) Modal minima RM50,000 dan tiada had maksima atau
    ii) Dana Amanah tertakluk kepada kerjasama, surat tawaran di antara Korporat yang terlibat dan MAAB.

Bilakah tempoh matang Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Penderma dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Dana Amanah diserahkan kepada Penerima/ Benefisiari setelah tempoh matang, sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.
    iii) Penerima/ Benefisiari boleh membuka amanah yang baharu.
  • Korporat
    i) Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Penderma dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Dana Amanah akan diserahkan kepada tujuan dan hasrat yang dipersetujui oleh penderma dan MAAB.
    iii) Penderma mempunyai pilihan samada membuat pengeluaran penuh atau melabur semula setelah tempoh matang tertakluk kepada terma yang tergunapakai pada ketika itu.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Penderma/ Penjaga Harta boleh membuat pengeluaran sepertimana dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Pengeluaran Dana Amanah akan ditadbir mengikut Surat Ikatan Amanah.
    iii) Fi Pengeluaran dikenakan bagi setiap pengeluaran dibuat.
  • Korporat
    i) Pengeluaran berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.
    ii) Fi Pengeluaran dikenakan bagi setiap pengeluaran dibuat.

Bagaimana jika Penderma hendak membuat penambahan tunai Dana Amanah?

Penambahan tunai Dana Amanah boleh dibuat mengikut budi bicara penderma.

Apakah Kebaikan / Faedah Amanah Tunai?

  • Memastikan Penerima/ Benefisiari dilindungi dan terpelihara daripada masalah kewangan yang membebankan mereka di kemudian hari.
  • Dana Amanah ini tidak termasuk dalam pembahagian Harta Pusaka.
  • Sesuai untuk kepentingan anak angkat dan individu yang mempunyai pertalian kekeluargaan secara sah atau tidak.
  • Penderma boleh mengubah terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Amanah pada bila-bila masa (sebelum tempoh matang) melalui Surat Ikatan Amanah tambahan.
  • Membolehkan institusi/perbadanan/ agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat atau koperasi menguruskan Dana Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu melalui pelantikan pemegang amanah/ MAAB.

Bagaimana cara pindaan/ pembatalan Amanah Tunai?

  • Penderma dibenarkan dan boleh meminda syarat/terma peramanahan dan membatalkan Surat Ikatan Amanah semasa hayatnya berdasarkan keperluan penderma.
  • Penderma juga boleh menarik diri daripada Amanah Tunai sekiranya telah dinyatakan dalam terma dan syarat Surat Ikatan Amanah. Pembatalan dan penarikan diri dibenarkan setelah MAAB mengambil fi yang berkaitan daripada harta amanah.
  • Tempoh perlaksanaan pembatalan dan penarikan diri akaun amanah adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima di MAAB.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Amanah Tunai?

  • Individu
    a) Borang Pembukaan Akaun Amanah- (Amanah Tunai)
    b) Salinan Kad Pengenalan Penderma
    c) Salinan Kad Pnegenalan atau Sijil Kelahiran Penerima
    d) Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika perlu)
  • Korporat
    a) Surat Jawapan Rasmi Surat Tawaran
    b) Borang Permohonan Akaun Amanah (Amanah Tunai)
    c) Perlantikan jawatankuasa untuk mengurus, mengendali, menerima atau mengeluar wang yang perlu mematuhi Surat Ikatan Amanah beserta kad pengenalan dan contoh tandatangan.
    d) Dokumen-dokumen penubuhan yang berkaitan
    e) Lampiran Resolusi Lembaga Pengarah / Minit Mesyuarat yang meluluskan Pembukaan Akaun Amanah.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Wasiat

Apakah Itu Wasiat?

  • Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya, ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlakunya kematian.
  • Merupakan dokumen Undang-Undang yang menyatakan arahan bagaimana aset anda ingin diuruskan selepas kematian.
  • Wasiat berkuatkuasa selepas kematian. Oleh itu, wasiat boleh dipinda seberapa kali oleh pewasiat.

Kelayakan Berwasiat

  • Telah mencapai umur 18 tahun (21 tahun untuk negeri Sabah)
  • Orang sempurna akal (waras)
  • Bertindak sukarela dan tidak dipaksa

Syarat Harta Diwasiatkan

  • Sesuatu boleh dijadikan harta pusaka
  • Sesuatu yang bernilai
  • Sesuatu yang boleh dipindahmilik selepas kematian
  • Sesuatu yang wujud dan milik pewasiat

Perkhidmatan Wasiat MAAB

Islam

  • Dengan adanya Wasiat, 1/3 daripada harta dapat diberikan kepada Bukan Waris
  • Kaedah pembahagian secara muafakat boleh digunapakai setelah mendapat persetujuan semua waris

Konvensional

  • Akta Pembahagian 1958 digunapakai sekiranya tiada dokumentasi Wasiat bukan Islam
  • Bebas mengagihkan kepada mana mana waris, bukan waris dan organisasi

Fasa Pelaksanaan Wasiat MAAB

Fasa 1: Pemakluman Kematian
Fasa 2: Pembacaan / Persetujuan Wasiat
Fasa 3: Pengesahan Aset & Geran Probet (Mahkamah)
Fasa 4: Penghasilan / Pembahagian / Perintah Pembahagian
Fasa 5: Pusaka Selesai


Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Hibah Saham Koperasi (Khas)

Apakah yang dimaksudkan Hibah Saham Koperasi (Khas)?

MAAB menjalinkan kerjasama dengan Koperasi yang berminat bagi menawarkan satu instrumen Perancangan Harta Pusaka bagi Saham Koperasi yang berlandaskan Syariah yang mana menerapkan konsep Hibah dan Amanah berbanding konsep Penamaan sebelum ini.

Hibah Amanah Saham Koperasi yang ditawarkan MAAB, yang mana pemilik saham/penghibah akan menghibahkan saham koperasinya kepada Penerima Hibah dan akan dipindah milik kepada Penerima Hibah selepas kematian Penghibah. Walaubagaimanapun jalinan kerjasama ini memerlukan pihak keperasi untuk menyemak dan meminda Undang-undang Kecil Koperasi perlaksanaan hibah ini jika perlu.

Apakah rukun dan syarat Hibah Saham Koperasi (Khas)

1. Penghibah
– Beragama Islam
– Pemegang saham mutlak yang berumur 18 tahun ke atas
– Mempunyai baki unit saham minimum RM 1,000
– Tertakluk kepada terma – terma dan syarat – syarat di bawah Suratikatan Hibah/ Amanah dan Surat Kuasa Wakil
– Tidak bankrap / muflis

2. Penerima Hibah
– Individu sahaja
– Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun. Penjaga sah perlu di kalangan:-
i. Ibu atau bapa
ii. Datuk atau nenek
iii. Abang atau kakak
iv. Penjaga berdaftar yang dibenarkan MAAB dan berdasarkan undang – undang berkaitan;
– Terhad kepada 5 orang sahaja*
*bergantung undang – undang kecil koperasi

3. Harta
– RM 1,000 perlu dikekalkan sepanjang tempoh perjanjian Hibah Amanah bagi semua/setiap Saham Koperasi yang dihibahkan
– Dihibahkan kesemua unit (100%) Saham Koperasi

4. Sighah (ijab dan qabul) dan Qabd (penerimaan)
Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah

Bagaimana perlaksanaan Hibah Saham Koperasi (Khas)

  • Hibah akan terlaksana apabila keempat empat rukun Hibah diapatuhi
  • Penghibah dan Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah /Hibah dan Surat Kuasa Wakil
  • Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah/ Hibah untuk melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah Gantian

Apakah jenis Saham Koperasi yang boleh dihibahkan?

  • Saham Koperasi milik mutlak Penghibah dan boleh dihibahkan (tertakluk kepada Undang- undang Kecil Koperasi)
  • Baki Saham Koperasi minimum RM1,000.00

Bilakah tempoh matang Hibah Saham Koperasi (Khas)

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah
  • Harta Hibah akan dipindahmilik kepada Penerima Hibah setelah tempoh matang
    (*Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu)

Apakah Kebaikan / Faedah Hibah Saham Koperasi (Khas)?

  • Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah (saham) yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
  • Pemberian Hibah (saham) adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima Harta Hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid dan tidak memerlukan perlaksanaan Pentadbiran Harta Pusaka.
  • Penghibah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap saham tersebut semasa hidup.

Bagaimana jika Penghibah hendak membatalkan/meminda Hibah Saham Koperasi?

  • Pembatalan dan Pindaan boleh dibuat dengan persetujuan Penghibah dan Penerima Hibah secara reda meredai
  • Pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya pemberian Hibah antara keluarga seperti ibu/bapa kepada anak datuk/nenek kepada cucu
  • Perintah Mahkamah / Keputusan Hakim Mahkamah

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Hibah Saham Koperasi (Khas)?

  • Borang Permohonan Akaun Amanah dan Hibah- hibah Saham Koperasi (khas)
  • Salinan Kad Pengenalan Penghibah
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima Hibah
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan)
  • Penyata Saham dan Maklumat Saham Koperasi terkini;

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Amanah Insurans

Apakah dia Amanah Insurans?

Kaedah terbaik untuk memastikan pampasan insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Insurans, dimana pemegang polisi akan melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Bagaimanakah Pemegang Polisi melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD sebagai Pemegang Amanah?

Pemegang Polisi melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan insurans mereka dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat insurans masing-masing.

Bagaimana perlaksanaan Amanah Insurans?

Perlaksanaan Amanah Insurans melalui 2 (dua) peringkat iaitu:-

i) Penyerahan Hak Mutlak Polisi
Pemegang Polisi akan melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan insurans mereka dengan melangkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat insurans masing-masing.

ii) Arahan Pemegang Amanah
MAAB akan menyediakan dokumen yang dikenali sebagai Surat Ikatan Amanah yang mesti dilengkapkan oleh kedua-dua pihak iaitu MAAB dan Pemegang Polisi. Surat Ikatan Amanah ini akan mengandungi terma dan syarat pengmanahan dan pemegang polisi dibenarkan unutk membuat pindaan kepada terma dan syarat tersebut berdasarkan keperluan.

Apakah jenis polisi yang dibenarkan untuk Amanah Insurans ini?

Polisi Insurans Hayat yang dibenarkan untuk Amanah Insurans seperti dibawah ini:

  • Insurans Berkaitan Pelaburan
  • Insurans “Endowment”
  • Insurans Hayat
  • Insurans Bertempoh

Bilakah tempoh matang Amanah Insurans?

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Pampasan insurans diserahkan kepada Penerima/Benefisiari setelah tempoh matang sepertimana arahan/ terma/ syarat peramanahan di dalam Surat Ikatan Amanah.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran Amanah Insurans?

  • Pemegang Amanah/ MAAB akan menjalankan tanggungjawab membuat pengeluaran/pembayaran sepertimana arahan/terma/syarat pengamanahan.
  • Jika benefisiari masih dibawah umur 18 tahun, Pemegang Amanah/ MAAB akan membuat bayaran kepada Penjaga Harta yang dilantik.
  • Pampasan Insurans tersebut akan ditadbir dan diurus mengikut Surat Ikatan Amanah.
  • Fi pengeluaran adalah tertakluk kepada nilai pengeluaran.

Apakah Kebaikan /Faedah Amanah Insurans?

  • Pengagihan pampasan insurans tidak tertakluk kepada Harta Pusaka. Boleh diberikan kepada mana-mana penerima/benefisiari yang dipilih.
  • Pembayaran pampasan insurans melalui Amanah Insurans dibuat kepada Pemegang Amanah. Wujudnya unsurkawalan dipercayai terhadap pengagihan dan pengeluaran wang.
  • Pemegang Amanah akan membahagikan wang insurans kepada benefisiari serta menguruskannya mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah yang disediakan oleh MAAB.
  • Di dalam Surat Ikatan Amanah, Pemegang Polisi berhak menentukan dan mengawal cara wang tersebut dibelanjakan serta dibahagikan kepada benefisiari. Pemegang Amanah (MAAB) adalah badan pelaksana kawalan tersebut.
  • Walaupun benefisiari di bawah umur haknya masih lagi terjamin dan akan segera mendapat manfaat daripada pampasan insurans tersebut mengikut terma dan syarat dalam Surat Ikatan Amanah.

Apakah terma produk untuk Amanah Insurans?

  • Amanah Insurans hanya boleh dilanggan oleh Pemegang Polisi yang sah dan masih aktif.
  • Pemegang Polisi/Penderma boleh membatalkan atau meminda Surat Ikatan Amanah, Amanah Insurans semsa hayatnya/ sebelum polisi matang.
  • Hanya kepada bukan muslim sahaja.
  • Pemegang Polisi boleh menetapkan arahan pembayaran secara berkala mengikut keperluan penerima khususnya bagi penerima yang tidak berkeupayaan mengurus jumlah wang yang besar yang mana dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Amanah Insurans dan Surat Ikatan Amanah ini akan terbatal jika polisi tidak aktif, lucut hak atau dibatalkan oleh pihak Syarikat Insurans.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Amanah Insurans?

  • Borang Pembukaan Akaun Amanah dan Hibah – (Amanah Insurans)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemegang Polisi/Penderma
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan)
  • Polisi Insurans Asal;
  • Borang Serah Hak Mutlak Polisi Insurans

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Amanah Takaful

Apakah dia Amanah Takaful?

Kaedah terbaik untuk memastikan pampasan takaful diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful, di mana pemegang polisi akan melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Bagaimanakah Pemegang Polisi melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD sebagai Pemegang Amanah?

Pemegang Polisi melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan takaful mereka dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat takaful masing-masing.

Bagaimanakah perlaksanaan Amanah Takaful?

Perlaksanaan Amanah Takaful melalui 2(dua) peringkat iaitu:-

  • Penyerahan Hak Mutlak Polisi (Absolute Assignment)
    Pemegang Polisi akan melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan takaful mereka dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat takaful masing -masing.
  • Arahan Pemegang Amanah
    MAAB akan menyediakan dokumen yang dikenali sebagai Surat Ikatan Amanah yang mesti dilengkapkan oleh kedua-dua pihak iaitu MAAB dan Pemegang Polisi. Surat Ikatan Amanah ini akan mengandungi terma dan syarat pengamanahan dan pemegang polisi dibenarkan untuk membuat pindaan kepada terma dan syarat berdasarkan keperluan.

Apakah jenis polisi yang dibenarkan untuk Amanah Takaful ini?

Polisi takaful keluarga yang dibenarkan untuk Amanah Takaful ini.

Bilakah tempoh matang Amanah Takaful?

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Harta Amanah diserahkan kepada Penerima/Benefisiari setelah tempoh matang sepertimana arahan/ terma/ syarat peramanahan di dalam Surat Ikatan Amanah.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran Amanah Takaful?

  • Pemegang Amanah / MAAB akan menjalankan tanggungjawab membuat pengeluaran / pembayaran sepertimana arahan / terma / syarat pengamanahan.
  • Jika benefisiari masih dibawah umur 18 tahun, Pemegang Amanah / MAAB akan membuat bayaran kepada Penjaga Harta yang dilantik.
  • Pampasan Takaful tersebut akan ditadbir dan diurus mengikut Surat Ikatan Amanah.
  • Fi pengeluaran adalah tertakluk kepada nilai pengeluaran.

Apakah Kebaikan / Faedah Amanah Takaful?

  • Pengagihan pampasan takaful tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Boleh diberikan kepada mana – mana penerima / benefisiari yang dipilih.
  • Pembayaran pampasan takaful melalui Amanah Takaful dibuat kepada Pemegang Amanah. Ada unsur kawalan dipercayai terhadap pengagihan dan pengeluaran wang.
  • Pemegang Amanah akan membahagikan kepada benefisiari serta menguruskannya mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah yang disediakan oleh MAAB.
  • Di dalam Surat Ikatan Amanah, Pemegang Polisi berhak menentukan dan mengawal cara wang tersebut dibelanjakan serta dibahagikan kepada benefisiari. Pemegang Amanah (MAAB) adalah badan pelaksana kawalan tersebut.
  • Walaupun benefisiari di bawah umur, haknya masih lagi terjamin dan akan segera mendapat manfaat daripada pampasan takaful tersebut mengikut terma dan syarat dalam Surat Ikatan Amanah.

Apakah terma produk untuk Amanah Takaful?

  • Amanah Takaful hanya boleh dilanggan oleh Peserta Takaful yang sah dan masih aktif.
  • Peserta (Takaful / penderma) Amanah Takaful boleh membatalkan atau meminda Surat Ikatan Amanah, Amanah Takaful semasa hayatnya / sebelum polisi takaful matang.
  • Pelanggan Amanah Takaful boleh menetapkan agar MAAB membuat bayaran pampasan secara berkala mengikut keperluan penerima khususnya bagi penerima yang tidak berkeupayaan mengurus jumlah wang yang besar yang mana dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Amanah Takaful dan Surat Ikatan Amanah ini akan terbatal jika polisi tidak aktif, lucut hak atau dibatalakan oleh pihak Syarikat Takaful.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Amanah Takaful?

  • Borang Permohonan Akaun Amanah – (Amanah Takaful)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemegang Polisi / Penderma
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan)
  • Polisi Takaful Asal;
  • Borang Serah Hak Mutlak Polisi Takaful

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Hibah Hartanah

Apakah yang dimaksudkan Hibah?

Hibah ialah memberi milik tanpa balasan harta yang dipunyai oleh Penghibah ketika masih hidup secara sukarela. Suatu akad/kontrak pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan balasan.

Apakah rukun dan syarat Hibah?

Penghibah

  • Mana- mana individu yang beragama Islam, dewasa yang berakal, telah mencapai akil baligh dan golongan rushd, dimana individu ini mampu berfikir dan bertindak untuk membuat keputusan sendiri.
  • Pemilik aset dan mempunyai kuasa penuh ke atasnya.
  • Tidak muflis

Penerima Hibah

  • Mana-mana individu yang beragama Islam atau bukan Islam, mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf.
  • Mampu menerima aset yang diberikan dalam melaksanakan kuasa memindahkan Harta Hibah kepada penerima. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf penerimaan harta hibah boleh dibuatakan dilantik pemegang amanah / penjaga harta bagi pihaknya.

Harta

  • Harta tak alih yang bebas daripada bebanan hutang
  • Halal (mengikut undang-undang Syariah)
  • Mempunyai nilai di sisi syarak
  • Boleh dipindah milik
  • Benar-benar wujud ketika hibah dilaksanakan

Sighah (Ijab dan Qabul) dan Qabd (penerimaan)

  • Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah.

Bagaimana perlaksanaan Hibah Hartanah?

  • Hibah akan terlaksana apabila keempat empat rukun Hibah dipatuhi.
  • Penghibah dan Penerima Hibah akan menandatangi Surat Ikatan Amanah / Hibah dan Surat Kuasa Wakil.
  • Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah / Hibah untuk melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah Gantian.

Apakah jenis hartanah yang boleh dihibahkan?

Harta Tak Alih iaitu hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai Surat Hakmilik sahaja. Terpakai di semenanjung sahaja. Hakmilik Asal / Hakmilik Strata mestilah atas nama Penghibah / pemilik mutlak.

Bilakah tempoh matang Hibah Hartanah?

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Harta Hibah akan dipindah milik kepada Penerima Hibah setelah tempoh matang. (Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu)

Apakah Kebaikan / Faedah Hibah Hartanah?

  • Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
  • Pemberian Hibah Hartanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menrima Harta Hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid dan tidak memerlukan perlaksanaan Pentadbiran Harta Pusaka.
  • Penghibah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap Harta Hibah tersebut semasa hidup.

Bagaimana jika Penghibah hendak membatalkan / meminda dokumen Hibah?

  • Pembatalan dan Pindaan boleh dibuat dengan persetujuan Penghibah dan Penerima Hibah secara reda meredai.
  • Pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya pemberian Hibah antara keluarga seperti ibu / bapa kepada anak datuk / nenek kepada cucu.
  • Perintah Mahkamah / Keputusan Hakim Mahkamah.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Hibah Hartanah?

  • Borang Pembukaan Akaun Amanah dan Hibah-Hibah Hartanah;
  • Salinan Kad Pengenalan Penghibah;
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima Hibah;
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan);
  • Salinan Surat Dokumen Hartanah / Hakmilik Tanah (Geran Tanah / Hakmilik Strata);
  • Resit Asal Cukai Tanah / cukai taksiran semasa.
  • Bayaran Pendaftaran.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Pencen Untuk Elakkan Duit Kwsp Anda Cepat Habis!

Siapa yang tak gembira bila pencen atau bersara segala hutang semua dah tak ada. Boleh hidup dengan tenang dan santai tanpa terikat dengan mana-mana komitmen dan kerjaya.

Ketika ini duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Namun kadang kala jumlah duit dalam KWSP ratusan ribu dilihat banyak membuatkan kita gelap mata hingga berbelanja dengan boros. Malah sudah tentu ada yang merancang ubah suai rumah atau memiliki kenderaan baru.

Cukup merisaukan apabila tanpa sedar kita membuat liabiliti terutama pembelian kenderaan baru. Duit ratus ribu pasti cepat habis, tanpa sedar bahawa itulah duit yang akan menjadi saraan hidup semasa kita sudah berusia.

Sebagaimana nasihat Pakar Kewangan ini, Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di facebooknya setelah seorang warganet meluahkan duit pencen suaminya sebanyak RM200,000  telah habis digunakan untuk pelbagai tujuan.

Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua agar menguruskan kewangan dengan yang baik. Seterusnya ikuti perkongsian beliau:

  1. Sebelum pencen, rancang agar semua hutang selesai pada usia 55 tahun. Elakkan ada hutang selepas usia 55 tahun.
  2. Jangan buat hutang baru menjelang usia persaraan. “Rugilah saya tak manfaatkan loan saya sbelum pencen”. Kita rugi atau bank yang sedang untung.
  3. Jual sahaja rumah lama dan biar ada satu rumah sahaja. Jika sewa berbaloi, sewakan sahaja.
  4. Jika dapat ganjaran pencen bawah RM250k, Jangan ghairah nak renovasi rumah, beli kereta baru, buat rumah idaman, kahwin lagi satu. Jangan! Duit akan cepat habis.
  5. Jangan ada impian buat rumah lepas bersara, belilah rumah dari zaman kita bekerja. Banyak belanja dan risiko duit akan hilang nantinya.

Sumber: Duit KWSP 200K Cepat Habis Sebenarnya Jika Tak Buat 5 Ini Sebelum Pencen. – KELUARGA


Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disni!