Amanah Takaful

Apakah dia Amanah Takaful?

Kaedah terbaik untuk memastikan pampasan takaful diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful, di mana pemegang polisi akan melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Bagaimanakah Pemegang Polisi melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD sebagai Pemegang Amanah?

Pemegang Polisi melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan takaful mereka dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat takaful masing-masing.

Bagaimanakah perlaksanaan Amanah Takaful?

Perlaksanaan Amanah Takaful melalui 2(dua) peringkat iaitu:-

  • Penyerahan Hak Mutlak Polisi (Absolute Assignment)
    Pemegang Polisi akan melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan takaful mereka dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat takaful masing -masing.
  • Arahan Pemegang Amanah
    MAAB akan menyediakan dokumen yang dikenali sebagai Surat Ikatan Amanah yang mesti dilengkapkan oleh kedua-dua pihak iaitu MAAB dan Pemegang Polisi. Surat Ikatan Amanah ini akan mengandungi terma dan syarat pengamanahan dan pemegang polisi dibenarkan untuk membuat pindaan kepada terma dan syarat berdasarkan keperluan.

Apakah jenis polisi yang dibenarkan untuk Amanah Takaful ini?

Polisi takaful keluarga yang dibenarkan untuk Amanah Takaful ini.

Bilakah tempoh matang Amanah Takaful?

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Harta Amanah diserahkan kepada Penerima/Benefisiari setelah tempoh matang sepertimana arahan/ terma/ syarat peramanahan di dalam Surat Ikatan Amanah.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran Amanah Takaful?

  • Pemegang Amanah / MAAB akan menjalankan tanggungjawab membuat pengeluaran / pembayaran sepertimana arahan / terma / syarat pengamanahan.
  • Jika benefisiari masih dibawah umur 18 tahun, Pemegang Amanah / MAAB akan membuat bayaran kepada Penjaga Harta yang dilantik.
  • Pampasan Takaful tersebut akan ditadbir dan diurus mengikut Surat Ikatan Amanah.
  • Fi pengeluaran adalah tertakluk kepada nilai pengeluaran.

Apakah Kebaikan / Faedah Amanah Takaful?

  • Pengagihan pampasan takaful tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Boleh diberikan kepada mana – mana penerima / benefisiari yang dipilih.
  • Pembayaran pampasan takaful melalui Amanah Takaful dibuat kepada Pemegang Amanah. Ada unsur kawalan dipercayai terhadap pengagihan dan pengeluaran wang.
  • Pemegang Amanah akan membahagikan kepada benefisiari serta menguruskannya mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah yang disediakan oleh MAAB.
  • Di dalam Surat Ikatan Amanah, Pemegang Polisi berhak menentukan dan mengawal cara wang tersebut dibelanjakan serta dibahagikan kepada benefisiari. Pemegang Amanah (MAAB) adalah badan pelaksana kawalan tersebut.
  • Walaupun benefisiari di bawah umur, haknya masih lagi terjamin dan akan segera mendapat manfaat daripada pampasan takaful tersebut mengikut terma dan syarat dalam Surat Ikatan Amanah.

Apakah terma produk untuk Amanah Takaful?

  • Amanah Takaful hanya boleh dilanggan oleh Peserta Takaful yang sah dan masih aktif.
  • Peserta (Takaful / penderma) Amanah Takaful boleh membatalkan atau meminda Surat Ikatan Amanah, Amanah Takaful semasa hayatnya / sebelum polisi takaful matang.
  • Pelanggan Amanah Takaful boleh menetapkan agar MAAB membuat bayaran pampasan secara berkala mengikut keperluan penerima khususnya bagi penerima yang tidak berkeupayaan mengurus jumlah wang yang besar yang mana dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Amanah Takaful dan Surat Ikatan Amanah ini akan terbatal jika polisi tidak aktif, lucut hak atau dibatalakan oleh pihak Syarikat Takaful.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Amanah Takaful?

  • Borang Permohonan Akaun Amanah – (Amanah Takaful)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemegang Polisi / Penderma
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan)
  • Polisi Takaful Asal;
  • Borang Serah Hak Mutlak Polisi Takaful

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!

Hibah Hartanah

Apakah yang dimaksudkan Hibah?

Hibah ialah memberi milik tanpa balasan harta yang dipunyai oleh Penghibah ketika masih hidup secara sukarela. Suatu akad/kontrak pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan balasan.

Apakah rukun dan syarat Hibah?

Penghibah

  • Mana- mana individu yang beragama Islam, dewasa yang berakal, telah mencapai akil baligh dan golongan rushd, dimana individu ini mampu berfikir dan bertindak untuk membuat keputusan sendiri.
  • Pemilik aset dan mempunyai kuasa penuh ke atasnya.
  • Tidak muflis

Penerima Hibah

  • Mana-mana individu yang beragama Islam atau bukan Islam, mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf.
  • Mampu menerima aset yang diberikan dalam melaksanakan kuasa memindahkan Harta Hibah kepada penerima. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf penerimaan harta hibah boleh dibuatakan dilantik pemegang amanah / penjaga harta bagi pihaknya.

Harta

  • Harta tak alih yang bebas daripada bebanan hutang
  • Halal (mengikut undang-undang Syariah)
  • Mempunyai nilai di sisi syarak
  • Boleh dipindah milik
  • Benar-benar wujud ketika hibah dilaksanakan

Sighah (Ijab dan Qabul) dan Qabd (penerimaan)

  • Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah.

Bagaimana perlaksanaan Hibah Hartanah?

  • Hibah akan terlaksana apabila keempat empat rukun Hibah dipatuhi.
  • Penghibah dan Penerima Hibah akan menandatangi Surat Ikatan Amanah / Hibah dan Surat Kuasa Wakil.
  • Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah / Hibah untuk melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah Gantian.

Apakah jenis hartanah yang boleh dihibahkan?

Harta Tak Alih iaitu hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai Surat Hakmilik sahaja. Terpakai di semenanjung sahaja. Hakmilik Asal / Hakmilik Strata mestilah atas nama Penghibah / pemilik mutlak.

Bilakah tempoh matang Hibah Hartanah?

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Harta Hibah akan dipindah milik kepada Penerima Hibah setelah tempoh matang. (Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu)

Apakah Kebaikan / Faedah Hibah Hartanah?

  • Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
  • Pemberian Hibah Hartanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menrima Harta Hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid dan tidak memerlukan perlaksanaan Pentadbiran Harta Pusaka.
  • Penghibah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap Harta Hibah tersebut semasa hidup.

Bagaimana jika Penghibah hendak membatalkan / meminda dokumen Hibah?

  • Pembatalan dan Pindaan boleh dibuat dengan persetujuan Penghibah dan Penerima Hibah secara reda meredai.
  • Pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya pemberian Hibah antara keluarga seperti ibu / bapa kepada anak datuk / nenek kepada cucu.
  • Perintah Mahkamah / Keputusan Hakim Mahkamah.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Hibah Hartanah?

  • Borang Pembukaan Akaun Amanah dan Hibah-Hibah Hartanah;
  • Salinan Kad Pengenalan Penghibah;
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima Hibah;
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan);
  • Salinan Surat Dokumen Hartanah / Hakmilik Tanah (Geran Tanah / Hakmilik Strata);
  • Resit Asal Cukai Tanah / cukai taksiran semasa.
  • Bayaran Pendaftaran.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!