Taklimat Kerjaya GBOP RHB Asset Management – Kuala Lumpur

Team Millionaire Thrivers dibawah GAM Jeff AJ

GBOP untuk RHB Asset Management telah berlangsung pada malam ini. GBOP selalunya diadakan untuk setiap kawasan sekali dalam setiap suku tahunan. Kali ini GBOP RHBAM diadakan di Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dan pengenalan kepada RHB Asset Management oleh Mr Francis Lai, diikuti oleh pembentangan pelan pemasaran RHB Asset Management oleh GAM Kazai.

GAM Kazai sedang memberikan taklimat

Sessi testimoni kejayaan pertama telah diutarakan oleh pasangan Pengurus Agensi Kumpulan atau Group Agency Manager (GAM) iaitu Mr Patrick dan Ms Hazel. GAM Hazel datang dari keluarga yang susah dan hanya lulusan SPM sahaja. Beliau memulakan kerjaya sebagai reporter di The Star. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran beliau sambil bekerja.

 

Testimoni dari GAM Patrick dan GAM Hazel

Manakala GAM Patrick juga datang dari keluarga yang susah. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang IT. Mereka berkenalan dan telah sama-sama hadir ke majlis GBOP dan menyertai dunia unit amanah. Ketika mereka mula-mula berkahwin, kedua-duanya tidak ada pekerjaan tetap. Selepas enam bulan, mereka telah membuat keputusan untuk fokus sepenuh masa dalam bidang unit amanah secara lebih serius. Hari ini kedua-duanya telahpun dinaikkan pangkat sebagai GAM.

Hari ini mereka berdua telahpun mengembara ke 7 benua seperti Jepun, Italy, USA, Switzerland, Venice, Croatia, Budapest, Prague dan banyak lagi negara….!

Teknik-teknik menjana pendapatan

Menurut Robert T. Kiyosaki, untuk berjaya kita mestilah mempunyai pendapatan pasif yang membolehkan kita menjana pendapatan secara tetap.  Ada dua cara untuk mendapatkan pendapatan pasif, pertama melalui pelaburan.  Hanya orang-orang yang kaya dan mempunyai wang yang banyak mampu menjadi pelabur seperti ini.  Keduanya, menjadi business owner dimana kita mempunyai kumpulan orang-orang yang mampu memberikan kita pendapatan pasif.  Di RHB Asset Management, kita akan mampu menjadi seorang business owner yang membolehkan kita mendapat pendapatan pasif secara bulanan.  Malah kita juga boleh bersara awal.  Retire young, retire rich!

 

Sessi motivasi oleh GAM Dato Mahathir BZ

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi motivasi oleh GAM Dato Mahathir BZ. Beliau telahpun berjaya dalam bidang pengurusan kewangan. Dalam hidup ini katanya adalah ‘Selling Game’. Apabila kita terlibat dalam bidang perniagaan, pelanggan suka menyebut perkataan ‘NO’. Itu adalah lumrah. Mereka cuma mahu melihat apa yang kita boleh buat, barulah mereka katakan ‘YES’. Bagaimana untuk kita berjaya? Cuma buka mulut! Promote dan biarkan orang tahu tentang perniagaan kita. Sebagai ahli perniagaan kita tidak akan berjaya kalau kita menyembunyikan perniagaan kita dari orang ramai… Betul kan?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang kerjaya bersama RHB Asset Management, boleh lah menghubungi Jeff AJ di 012-3023433 atau mana-mana perunding di bawah kumpulan Millionaire Thrivers Group.

.

Leader Millionaire Thrivers KB – Ashie & Adham turut sama turun padang

GBOP RHB Asset Management di Pulau Pinang

Hari ini GAM Jeff AJ masih lagi berada di Pulau Pinang kerana menghadiri majlis GBOP RHB Asset Management untuk kawasan Pulau Pinang yang telah berlangsung di Sunway Hotel, Seberang Jaya malam tadi.  GBOP itu bermaksud Grand Business Opportunity Presentation atau dengan kata lain taklimat kerjaya.  Kenapa ianya dipanggil Business Opportunity? Ini kerana sebagai seorang perunding unit amanah bersama dengan RHB atau mana-mana syarikat unit amanah, anda sebenarnya memulakan kerjaya sendiri sebagai seorang usahawan atau businessman untuk perniagaan anda sendiri.  RHB Asset Management hanya menyediakan platform untuk membekalkan produk-produk kewangan untuk anda pasarkan.  Sudah tentunya imbuhan yang diberikan adalah sangat-sangat lumayan sebagai balasan kepada usaha anda.
Bergambar bersama GAM Dato’ Mahathir BZ
Seperti yang anda ketahui, GAM Jeff AJ telahpun memulakan kerjaya beliau sebagai seorang Perunding Unit Amanah sejak tahun 2011.  Pada tahun 2015 beliau telahpun dinaikkan pangkat sebagai Group Agency Manager ataupun Pengurus Agensi Kumpulan.  Pangkat ini merupakan pangkat tertinggi yang membawa beliau sebagai ketua di dalam agensi Millionaire Thrivers Group yang telah beliau asaskan.  Akan tetapi disebabkan oleh peluang dan imbuhan yang ditawarkan oleh pihak RHB Asset Management, beliau telahpun beralih dan menjadi perunding di bawah syarikat ini. Beliau sangat-sangat tertarik dengan imbuhan yang diberikan seperti percutian mewah percuma setiap tahun dengan kadar kelayakan yang lebih rendah dan mudah untuk dicapai serta percutian yang lebih lama dari syarikat lama.  Kalau dahulu percutian ke luar negara cuma 5 hari 4 malam, tetapi dengan RHB Asset Management, percutian adalah selama  7 hari 6 malam tidak termasuk tempoh perjalanan pergi balik dari Malaysia.
GAM Jeff AJ berselfe bersama GAM Liza Jab
Orang kuat Pulau Pinang – Mr Yew, Regional Agency Development Director
Sangat menarik, sejak menjadi perunding kewangan ini, cita-cita GAM Jeff AJ untuk melawat negara-negara luar sudah tercapai.  Berikut adalah negara yang beliau kunjungi sejak menjadi perunding unit amanah:
2012 – Chiang Mai, Thailand – small trip untuk perunding baru
2013 – San Francisco, USA
2014 – London, UK
2015 – Switzerland kemudian beliau teruskan percutian ke Paris, France.
2016 – New York, USA
2017 – Croatia kemudian beliau teruskan percutian ke Bosnia Herzegovina, Montenegro, Albania dan Greece.
2018 – Munich, Germany & Salzburg, Austria pada bulan April nanti.  Insyaallah GAM Jeff AJ akan kunjungi Amsterdam dan Istanbul selepas itu.
GAM Liza Jab berkongsi kisah kejayaan beliau sebagai perunding unit amanah RHB
Berbalik kepada GBOP, pada malam GBOP yang selalunya diadakan sekali setiap suku tahunan, peluang pemasaran akan dibentangkan.  Maksudnya di sini, berapa imbuhan dalam bentuk komisen, bonus akan diberitahu serta apakah peraduan peraduan tahunan yang tersedia.  Untuk menjadi perunding unit amanah, anda harus mendaftarkan diri untuk mengambil peperiksaan yang dikelolakan oleh FIMM atau Federation of Investment Managers Malaysia.  FIMM merupakan satu badan yang dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk memantau industri unit amanah.  Jadi untuk menjadi perunding unit amanah, kita mestilah mempunyai lesen dengan FIMM.  Pada malam GBOP, RHB selalunya memberikan tawaran untuk mendaftar peperiksaan dengan FIMM dengan kadar diskaun!  Malah, bayaran tersebut akan dipulangkan balik kepada anda semua sekiranya anda menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak RHB Asset Management!  Bagus kan…..!
Kimchi!!!!
Selalunya perunding-perunding yang telahpun berjaya dalam bidang unit amanah ini akan dipanggil untuk memberikan perkongsian kisah-kisah kejayaan mereka atau menjadi testimoni.  GBOP merupakan satu landasan yang terbaik untuk kita belajar mengenali sesebuah syarikat sebelum kita mengambil peluang untuk mendaftarkan diri sebagai seorang perunding.  Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang RHB Asset Management, bolehlah menghubungi GAM Jeff AJ di 012-3023433.

Cold Calling Session

Pernahkah anda mendapat panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali bagi mempromosikan produk-produk mereka?  Itulah yang dinamakan cold calling.  Bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti saya, cold calling adalah sangat penting untuk mendapatkan pelanggan.  Kami selalunya akan mendapatkan business card melalui cara face-to-face approach dan kemudiannya membuat panggilan.  Ada juga kami dapat senarai nombor telefon melalui rujukan dari kawan-kawan mahupun pelanggan kami sendiri.

Sessi cold calling ini selalunya lebih seronok sekiranya kita buat secara berkumpulan kerana ianya bukan sahaja memberi semangat, malah kita rasa lebih berani dan dapat belajar cara percakapan yang berlainan dari rakan-rakan.  Rakan-rakan kita pula dapat mendengar dan menilai cara kita membuat panggilan telefon serta memperbetulkannya sekiranya perlu.

Hari ini kami di Millionaire Thrivers mengadakan sessi cold calling.  Saya memberi downline-downline saya senarai nombor telefon dan business card untuk mereka membuat panggilan.  Alhamdulillah, semua telah mendapat sessi temujanji dari panggilan yang mereka buat itu.

Selesai sahaja sessi cold call ini, kami telah pun beramai-ramai mengunjungi Restoran Minang untuk menikmati ikan bakar mereka yang cukup terkenal di kawasan Salak Tinggi, Sepang ini.  Cara bekerja kami sebagai perunding unit amanah RHB Asset Management dan perunding takaful Hong Leong MSIG Takaful ini sememangnya sangat enjoy dan mengembirakan.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar Millionaire Thrivers dibawah bimbingan saya, anda semua di alu-alukan untuk menghubungi saya di 012-3023433.

3 Rahsia Kejayaan Pelaburan Hartanah

Hai semua, hari ini saya ingin kongsikan artikel mengenai 3 rahsia kejayaan dalam pelaburan hartanah.  Artikel ini saya terjemahkan dari artikel asal 3 Secrets to Real Estate Investment Success yang ditulis oleh  Pauline Mendoza dalam Inc Southeast Asia. Artikelnya adalah seperti di bawah.

Selain melabur untuk memulakan perniagaan di Asia Tenggara, melabur dalam hartanah adalah salah satu pilihan yang menguntungkan di luar sana. Potensi keuntungan adalah menarik kepada pelabur baru dan juga yang berpengalaman, tetapi ia adalah perniagaan yang berisiko.

Nilai pasaran hartanah berubah dari semasa ke semasa, dan mana-mana pelabur bijak harus tahu strategi yang betul untuk memaksimumkan keuntungan. Seperti tulisan Rahul Varshneya dalam artikel Inc., “Sudah tidak ada lagi hari kestabilan – di mana kita boleh menghabiskan 40 tahun bekerja untuk syarikat yang sama dan bersara dengan selesa. Kini, orang mencari cara alternatif untuk menjana kekayaan dan keselamatan kewangan”.

Sekiranya kita pandai menggunakan peluang dengan betul, pelaburan hartanah yang berjaya boleh menjadi kunci kepada kejayaan portfolio pelaburan serta persaraan yang selesa. Jadi, bagaimana kita boleh berjaya dalam perniagaan ini? Berikut adalah beberapa petua yang bagus untuk kita ikuti:

1. Buat Kajian Terlebih Dahulu

“‘Penawaran dan permintaan’ adalah faktor utama yang mempengaruhi pergerakan nilai harta benda,” kata Icel Dy, Naib Presiden di perusahaan pengurusan portfolio hartanah Spectrum Investments. Beliau menasihatkan para pelabur untuk melakukan penyelidikan dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang mereka dapat mengenai harta yang mereka minat.

“Adakah terdapat pembangunan infrastruktur yang akan membuat hartanah lebih menyenangkan, dan juga dapat diakses? Adakah terdapat pembangunan di sekitar pejabat, hospital, dan sekolah yang akan meningkatkan permintaan perumahan?” Tambah Dy.

Tetapi jangan terperangkap dalam mod kajian seperti ini. “Memang benar, kita tidak boleh melabur atau mencari rumah tanpa pengetahuan asas, tetapi melabur adalah satu permainan diantara hubungan yang pertama dan utama,” kata Cody Sperber, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CleverInvestor, dalam artikel Varshneya.

2. Fikirkan Untuk Jangka Panjang

Kejayaan dalam pelaburan hartanah tidak berlaku semalaman. Dalam perniagaan ini, masa adalah permainannya. “Pelaburan secara jangka panjang membolehkan kita menggunakan sepenuhnya peluang yang ada, menikmati pendapatan sewa sementara menunggu masa yang tepat untuk membuat keputusan ke atas pelaburan yang kita buat tanpa terjejas oleh turun naik pasaran jangka pendek,” kata Dy.

3. Kenal Pasti Objektif Anda

Seseorang itu melabur dalam hartanah atas pelbagai sebab – untuk kegunaan peribadi, kenaikan modal jangka panjang, atau aliran tunai. Perkara pertama seseorang itu  harus bertanya, kenapa dia mahu melabur dalam harta tertentu kerana matlamat seseorang adalah penting dalam penyediaan dan perancangan pelaburan.

Kata Dy, “Matlamat yang jelas akan membawa kita ke pandangan yang lebih jelas mengenai jenis pelaburan hartanah yang kita perlukan dan untuk kita kejar.”

Tips Bonus: Jangan Beremosi

“Ada perkara yang kita sukai, perkara-perkara yang membuat kita kecewa, teruja, gugup, dan sebagainya. Tetapi pelaburan hartanah, sama seperti perniagaan, tidak harus melibatkan perasaan atau emosi,” kongsi Dy.

“Hanya gunakan emosi anda apabila membeli rumah untuk anda diami sendiri. Gunakan akal kita – kita perlu menganalisa ‘tawaran dan permintaan’ serta faktor penting lain apabila kita membuat pelaburan hartanah. “

Terjemahan oleh Jeff AJ

RHB Asset Management NYKO 2018

Alhamdulillah, hari ini berakhir sudah penantian kami sebagai perunding unit amanah di RHB Asset Management. NYKO ini bermaksud New Year Kick Off yang dibentangkan oleh pihak pengurusan dengan pelbagai peraduan atau cabaran yang harus kami semua capai untuk mendapatkan ganjarannya.

Sebagai perunding unit amanah, percutian ke luar negara merupakan lumrah. Jadi, setiap tahun kami sentiasa tertunggu-tunggu ke manakah destinasi yang seterusnya. Percutian anjuran syarikat unit amanah terutamanya oleh RHB Asset Management sangat-sangat menarik dan bertaraf lima bintang. Semua perunding hanya perlu membawa wang saku untuk membeli belah di luar negara kerana segala perbelanjaan lain telahpun di tanggung oleh pihak syarikat.

Untuk peraduan 2018, hadiah utama merupakan percutian percuma ke Paris. Seronok kan…? Manakala untuk perunding-perunding baru, mereka layak untuk mencapai satu lagi percutian tambahan percuma iaitu percutian ke Shanghai dan Hang Zhou.

Sebahagian dari Perunding Unit Amanah kami

 

Pengumuman ini selalunya diadakan dengan gaya yang meriah dan mendebarkan kerana semua perunding tertunggu tunggu dan tertanya tanya ke manakah destinasi yang mereka akan lawati pada tahun hadapan.

Wow…Were going to Shanghai Hangzhou…!!!!

Posted by Jeff AJ on Monday, 8 January 2018

Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou

Where are we going next year….?

Posted by Jeff AJ on Monday, 8 January 2018

Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou

Regional Convention Trip 2018

Premier Convention Trip 2018

Presiden Millionaire Thrivers Group, merangkap Group Agency Manager di RHB Asset Management – En. Jeff AJ

ELMT Agency Awards Presentation

Pada 7 January 2018 baru-baru ini telah berlangsungnya Agency Awards Presentation untuk agensi Millionaire Thrivers Group yang diketuai oleh GAM/CTC Jeff AJ dan juga Empire Legacy Venture yang diketuai oleh GAM/CTC Dr Norhayati.

Saya bersama GAM Dr. Nor dan Mr Chan Kok Hin

Majlis ini telahpun berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur yang ditaja sepenuhnya oleh Jeff AJ dan Dr Norhayati.  Majlis ini telahpun diserikan dengan kehadiran Mr. Chan Kok Hin selaku Chief Agency Officer di RHB Asset Management untuk menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima anugerah untuk Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy.

Majlis ini berkonsepkan hi-tea mewah Majestic Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.  Sememangnya hotel Majestic ini terkenal dengan susun atur dan rekabentuk dalaman yang hebat.

Sebagai Group Agency Manager atau Chief Takaful Consultant, Jeff AJ sentiasa memberikan anugerah atau reward di atas kecemerlangan perunding-perunding di bawah kumpulan beliau.

Millionaire Thrivers Group  |  Empire Legacy Venture

Selain piala, kami juga memberikan sijil kecemerlangan yang ditandatangani oleh Group Agency Manager dan juga Chief Agency Officer RHB Asset Management.

Anugerah-anugerah ini merupakan anugerah Premier Convention ke Munich, Germany dan Regional Convention ke Bangkok dan Hua Hin.

Sedang menandatangani sijil-sijil anugerah

Semoga dengan adanya anugerah ini akan lebih memberikan inspirasi kepada semua perunding-perunding di bawah agensi Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy.

Wajah wajah ceria kumpulan kami

Kami juga sangat merasakan bersyukur dan terharu di atas sokongan dari pihak pengurusan RHB Asset Management yang turut sama-sama memeriahkan majlis anugerah kami ini.  Semoga pada tahun hadapan, lebih ramai lagi yang layak ke Premier Convention di Paris dan Regional Convention yang akan berlangsung di Shanghai dan Hangzhou.

Gambar bersama barisan kumpulan pengurusan RHB Asset Management

 

Alhamdulillah syukur dengan segala kelancaran majlis ini

 

Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Adham

 

Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Ashie
Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Ady Soleh
Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Shahrul Zamri
Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Maria Ahmad

 

Gambar kenangan bersama penerima-penerima anugerah

 

Jom sertai kami….

 

Pasangan Pengantin Baru – Ashie & Adham

 

Jom sertai saya menuju ke puncak

 

Shazmeem dari Empire Legacy sedang memeriksa trofi yang bakal disampaikan

Sekalung tahniah buat semua pemenang.  Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.  Saya sangat-sangat berbangga dengan anda semua.