Hibah Saham Koperasi (Khas)

Apakah yang dimaksudkan Hibah Saham Koperasi (Khas)?

MAAB menjalinkan kerjasama dengan Koperasi yang berminat bagi menawarkan satu instrumen Perancangan Harta Pusaka bagi Saham Koperasi yang berlandaskan Syariah yang mana menerapkan konsep Hibah dan Amanah berbanding konsep Penamaan sebelum ini.

Hibah Amanah Saham Koperasi yang ditawarkan MAAB, yang mana pemilik saham/penghibah akan menghibahkan saham koperasinya kepada Penerima Hibah dan akan dipindah milik kepada Penerima Hibah selepas kematian Penghibah. Walaubagaimanapun jalinan kerjasama ini memerlukan pihak keperasi untuk menyemak dan meminda Undang-undang Kecil Koperasi perlaksanaan hibah ini jika perlu.

Apakah rukun dan syarat Hibah Saham Koperasi (Khas)

1. Penghibah
– Beragama Islam
– Pemegang saham mutlak yang berumur 18 tahun ke atas
– Mempunyai baki unit saham minimum RM 1,000
– Tertakluk kepada terma – terma dan syarat – syarat di bawah Suratikatan Hibah/ Amanah dan Surat Kuasa Wakil
– Tidak bankrap / muflis

2. Penerima Hibah
– Individu sahaja
– Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun. Penjaga sah perlu di kalangan:-
i. Ibu atau bapa
ii. Datuk atau nenek
iii. Abang atau kakak
iv. Penjaga berdaftar yang dibenarkan MAAB dan berdasarkan undang – undang berkaitan;
– Terhad kepada 5 orang sahaja*
*bergantung undang – undang kecil koperasi

3. Harta
– RM 1,000 perlu dikekalkan sepanjang tempoh perjanjian Hibah Amanah bagi semua/setiap Saham Koperasi yang dihibahkan
– Dihibahkan kesemua unit (100%) Saham Koperasi

4. Sighah (ijab dan qabul) dan Qabd (penerimaan)
Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah

Bagaimana perlaksanaan Hibah Saham Koperasi (Khas)

  • Hibah akan terlaksana apabila keempat empat rukun Hibah diapatuhi
  • Penghibah dan Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah /Hibah dan Surat Kuasa Wakil
  • Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah/ Hibah untuk melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah Gantian

Apakah jenis Saham Koperasi yang boleh dihibahkan?

  • Saham Koperasi milik mutlak Penghibah dan boleh dihibahkan (tertakluk kepada Undang- undang Kecil Koperasi)
  • Baki Saham Koperasi minimum RM1,000.00

Bilakah tempoh matang Hibah Saham Koperasi (Khas)

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah
  • Harta Hibah akan dipindahmilik kepada Penerima Hibah setelah tempoh matang
    (*Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu)

Apakah Kebaikan / Faedah Hibah Saham Koperasi (Khas)?

  • Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah (saham) yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
  • Pemberian Hibah (saham) adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima Harta Hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid dan tidak memerlukan perlaksanaan Pentadbiran Harta Pusaka.
  • Penghibah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap saham tersebut semasa hidup.

Bagaimana jika Penghibah hendak membatalkan/meminda Hibah Saham Koperasi?

  • Pembatalan dan Pindaan boleh dibuat dengan persetujuan Penghibah dan Penerima Hibah secara reda meredai
  • Pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya pemberian Hibah antara keluarga seperti ibu/bapa kepada anak datuk/nenek kepada cucu
  • Perintah Mahkamah / Keputusan Hakim Mahkamah

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Hibah Saham Koperasi (Khas)?

  • Borang Permohonan Akaun Amanah dan Hibah- hibah Saham Koperasi (khas)
  • Salinan Kad Pengenalan Penghibah
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima Hibah
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan)
  • Penyata Saham dan Maklumat Saham Koperasi terkini;

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!