Hibah Hartanah

Apakah yang dimaksudkan Hibah?

Hibah ialah memberi milik tanpa balasan harta yang dipunyai oleh Penghibah ketika masih hidup secara sukarela. Suatu akad/kontrak pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan balasan.

Apakah rukun dan syarat Hibah?

Penghibah

  • Mana- mana individu yang beragama Islam, dewasa yang berakal, telah mencapai akil baligh dan golongan rushd, dimana individu ini mampu berfikir dan bertindak untuk membuat keputusan sendiri.
  • Pemilik aset dan mempunyai kuasa penuh ke atasnya.
  • Tidak muflis

Penerima Hibah

  • Mana-mana individu yang beragama Islam atau bukan Islam, mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf.
  • Mampu menerima aset yang diberikan dalam melaksanakan kuasa memindahkan Harta Hibah kepada penerima. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf penerimaan harta hibah boleh dibuatakan dilantik pemegang amanah / penjaga harta bagi pihaknya.

Harta

  • Harta tak alih yang bebas daripada bebanan hutang
  • Halal (mengikut undang-undang Syariah)
  • Mempunyai nilai di sisi syarak
  • Boleh dipindah milik
  • Benar-benar wujud ketika hibah dilaksanakan

Sighah (Ijab dan Qabul) dan Qabd (penerimaan)

  • Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah.

Bagaimana perlaksanaan Hibah Hartanah?

  • Hibah akan terlaksana apabila keempat empat rukun Hibah dipatuhi.
  • Penghibah dan Penerima Hibah akan menandatangi Surat Ikatan Amanah / Hibah dan Surat Kuasa Wakil.
  • Penerima Hibah akan menandatangani Surat Ikatan Amanah / Hibah untuk melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah Gantian.

Apakah jenis hartanah yang boleh dihibahkan?

Harta Tak Alih iaitu hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai Surat Hakmilik sahaja. Terpakai di semenanjung sahaja. Hakmilik Asal / Hakmilik Strata mestilah atas nama Penghibah / pemilik mutlak.

Bilakah tempoh matang Hibah Hartanah?

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Harta Hibah akan dipindah milik kepada Penerima Hibah setelah tempoh matang. (Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu)

Apakah Kebaikan / Faedah Hibah Hartanah?

  • Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
  • Pemberian Hibah Hartanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menrima Harta Hibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid dan tidak memerlukan perlaksanaan Pentadbiran Harta Pusaka.
  • Penghibah masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap Harta Hibah tersebut semasa hidup.

Bagaimana jika Penghibah hendak membatalkan / meminda dokumen Hibah?

  • Pembatalan dan Pindaan boleh dibuat dengan persetujuan Penghibah dan Penerima Hibah secara reda meredai.
  • Pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya pemberian Hibah antara keluarga seperti ibu / bapa kepada anak datuk / nenek kepada cucu.
  • Perintah Mahkamah / Keputusan Hakim Mahkamah.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Hibah Hartanah?

  • Borang Pembukaan Akaun Amanah dan Hibah-Hibah Hartanah;
  • Salinan Kad Pengenalan Penghibah;
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima Hibah;
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan);
  • Salinan Surat Dokumen Hartanah / Hakmilik Tanah (Geran Tanah / Hakmilik Strata);
  • Resit Asal Cukai Tanah / cukai taksiran semasa.
  • Bayaran Pendaftaran.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!