Amanah Insurans

Apakah dia Amanah Insurans?

Kaedah terbaik untuk memastikan pampasan insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Insurans, dimana pemegang polisi akan melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Bagaimanakah Pemegang Polisi melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD sebagai Pemegang Amanah?

Pemegang Polisi melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan insurans mereka dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat insurans masing-masing.

Bagaimana perlaksanaan Amanah Insurans?

Perlaksanaan Amanah Insurans melalui 2 (dua) peringkat iaitu:-

i) Penyerahan Hak Mutlak Polisi
Pemegang Polisi akan melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan insurans mereka dengan melangkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat insurans masing-masing.

ii) Arahan Pemegang Amanah
MAAB akan menyediakan dokumen yang dikenali sebagai Surat Ikatan Amanah yang mesti dilengkapkan oleh kedua-dua pihak iaitu MAAB dan Pemegang Polisi. Surat Ikatan Amanah ini akan mengandungi terma dan syarat pengmanahan dan pemegang polisi dibenarkan unutk membuat pindaan kepada terma dan syarat tersebut berdasarkan keperluan.

Apakah jenis polisi yang dibenarkan untuk Amanah Insurans ini?

Polisi Insurans Hayat yang dibenarkan untuk Amanah Insurans seperti dibawah ini:

  • Insurans Berkaitan Pelaburan
  • Insurans “Endowment”
  • Insurans Hayat
  • Insurans Bertempoh

Bilakah tempoh matang Amanah Insurans?

  • Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Pampasan insurans diserahkan kepada Penerima/Benefisiari setelah tempoh matang sepertimana arahan/ terma/ syarat peramanahan di dalam Surat Ikatan Amanah.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran Amanah Insurans?

  • Pemegang Amanah/ MAAB akan menjalankan tanggungjawab membuat pengeluaran/pembayaran sepertimana arahan/terma/syarat pengamanahan.
  • Jika benefisiari masih dibawah umur 18 tahun, Pemegang Amanah/ MAAB akan membuat bayaran kepada Penjaga Harta yang dilantik.
  • Pampasan Insurans tersebut akan ditadbir dan diurus mengikut Surat Ikatan Amanah.
  • Fi pengeluaran adalah tertakluk kepada nilai pengeluaran.

Apakah Kebaikan /Faedah Amanah Insurans?

  • Pengagihan pampasan insurans tidak tertakluk kepada Harta Pusaka. Boleh diberikan kepada mana-mana penerima/benefisiari yang dipilih.
  • Pembayaran pampasan insurans melalui Amanah Insurans dibuat kepada Pemegang Amanah. Wujudnya unsurkawalan dipercayai terhadap pengagihan dan pengeluaran wang.
  • Pemegang Amanah akan membahagikan wang insurans kepada benefisiari serta menguruskannya mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah yang disediakan oleh MAAB.
  • Di dalam Surat Ikatan Amanah, Pemegang Polisi berhak menentukan dan mengawal cara wang tersebut dibelanjakan serta dibahagikan kepada benefisiari. Pemegang Amanah (MAAB) adalah badan pelaksana kawalan tersebut.
  • Walaupun benefisiari di bawah umur haknya masih lagi terjamin dan akan segera mendapat manfaat daripada pampasan insurans tersebut mengikut terma dan syarat dalam Surat Ikatan Amanah.

Apakah terma produk untuk Amanah Insurans?

  • Amanah Insurans hanya boleh dilanggan oleh Pemegang Polisi yang sah dan masih aktif.
  • Pemegang Polisi/Penderma boleh membatalkan atau meminda Surat Ikatan Amanah, Amanah Insurans semsa hayatnya/ sebelum polisi matang.
  • Hanya kepada bukan muslim sahaja.
  • Pemegang Polisi boleh menetapkan arahan pembayaran secara berkala mengikut keperluan penerima khususnya bagi penerima yang tidak berkeupayaan mengurus jumlah wang yang besar yang mana dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Amanah Insurans dan Surat Ikatan Amanah ini akan terbatal jika polisi tidak aktif, lucut hak atau dibatalkan oleh pihak Syarikat Insurans.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Amanah Insurans?

  • Borang Pembukaan Akaun Amanah dan Hibah – (Amanah Insurans)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemegang Polisi/Penderma
  • Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan)
  • Polisi Insurans Asal;
  • Borang Serah Hak Mutlak Polisi Insurans

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!