Pada 4 – 6 Febuari yang lalu, pihak Millionaire Thrivers telah mengadakan satu seminar dan bengkel iaitu Goal Setting Inspirational Seminar (GSIS) dan Step Up Program. Program ini merupakan sebuah kerjasama antara dua pihak iaitu Millionaire Thrivers Group dibawah kelolaan En Jeff AJ dan pihak Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) selama 3 hari 2 malam bertempat di RHR Hotel UNITEN di Bangi. Seramai 33 orang peserta telah terlibat dalam program ini.
Alhamdulillah, seminar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama yang baik dari semua pihak dan peserta.
Pada hari pertama, seminar dimulakan dengan pembukaan yang penuh bersemangat oleh MTC Nurulniza Idris. Majlis kemudiannya diteruskan oleh Presiden Kumpulan Millionaire Thrivers iaitu En Jeff AJ selaku penceramah untuk program GSIS ini.
Seminar ini memberikan pendedahan kepada para peserta tentang betapa pentingnya meletakkan sesebuah matlamat atau ‘goal setting’ di dalam kehidupan dan kerjaya seseorang. Matlamat yang dimaksudkan adalah perkara yang ingin dicapai mengikut rangka masa yang telah ditetapkan secara sistematik dan terperinci.
Para peserta menulis matlamat atau ‘goal setting’ di kawasan yang memberi ketenangan
Peserta didedahkan dengan cara bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut iaitu dengan meletakkan minda untuk sentiasa berfikiran positif dan yakin tentang apa yang diingini, yang akan menjadi milik individu tersebut sekiranya mereka mempunyai keinginan yang luar biasa, percaya, berusaha dan tidak pernah putus asa.
Pada sebelah malamnya peserta dihidangkan dengan makan malam gaya ‘shellout’ di Restoran D’Tasik yang terletak bersebelahan dengan Hotel RHR@UNITEN.
Para peserta makan malam gaya ‘shellout’ di Restoran D’Tasik
Seminar diteruskan lagi pada hari kedua yang menyaksikan kemuncak program GSIS ini sehingga ramai para peserta yang mengalirkan air mata.
Pada sebelah petang pula, pihak pengurusan HLMT yang terdiri daripada Encik Syed Redzo iaitu Head of Agency Business, Encik Amri iaitu Head of Agency Development, Encik Sidek, Puan Nuruelmi dan Puan Yong Athirah telah mengadakan bengkel kepada para peserta yang dinamakan Step Up Program. Program ini dimulakan dengan menerapkan kefahaman mengenai pentingnya pengurusan kewangan yang teratur di dalam bentuk lakaran.
Pada sebelah malamnya pula para peserta dikehendaki membuat simulasi mengenai cara membuat pembentangan menggunakan lakaran yang telah diajar pada sessi sebelumnya kepada lima orang fasilitator yang terlibat.
Keesokan harinya, bengkel ini diteruskan lagi untuk hari yang ketiga yang dikelolai oleh Puan Nuruelmi, iaitu salah seorang jurulatih dari HLMT untuk slot “Handling Objection and Presentation tools”.
Seminar ini telah memberi satu impak yang baik kepada para peserta dari segi mental dan fizikal untuk sentiasa positif. Disamping itu, bengkel ini juga telah mewujudkan satu kerjasama yang tinggi di kalangan peserta.
Pihak Millionaire Thrivers mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HLMT dan para peserta atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Diucapkan semoga semua peserta berjaya dan terus berkembang untuk menjadi MDRT, COT, TOT dalam bidang insurans dan takaful bersama HLMT serta dalam bidang unit amanah dan penulisan wasiat yang juga menjadi tunggak kepada aktiviti kumpulan Millionaire Thrivers.
Selamat Maju Jaya!!