Pelan simpanan i-Jauhar semestinya memberikan anda ‘peace of mind’. Ini kerana ia merupakan pelan simpanan takaful yang paling singkat iaitu bermula dari 5 tahun sahaja dan anda akan menerima bayaran tunai setiap tahun selama 30 tahun!
Pelan ini juga sesuai sekiranya anda mempunyai sejumlah wang yang agak besar dan ingin melangsaikan caruman selama 5 tahun sekaligus, kemudian hanya menunggu bayaran tunai diberikan kepada anda selama 30 tahun bermula dari akhir tahun pertama sijil.
Pelan ini mempunyai 3 pilihan tempoh caruman iaitu 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun. Apabila anda mencarum, anda akan diberikan sejumlah nilai yang dipanggil Living Assistance Payout atau LAP. Jumlah ini ditentukan melalui jumlah simpanan tahunan yang anda carumkan. Kemudian, anda akan menerima bayaran tunai setiap tahun berdasarkan peratusan daripada jumlah LAP ini.
Untuk 5 tahun pertama anda akan menerima 20% dari nilai LAP. 5 tahun kedua anda akan menerima 50% dari jumlah nilai LAP. Untuk 10 tahun seterusnya anda akan menerima 100% dan untuk 10 tahun terakhir anda akan menerima sehingga 300% dari jumlah LAP. Jumlah bayaran ini adalah terjamin dan amaunnya tetap tanpa mengira situasi pasaran semasa.
Sekiranya berlaku kematian, jumlah caruman yang telah anda carumkan akan dibayar kembali kepada keluarga anda melalui penamaan hibah atau faraid tertakluk kepada pilihan anda sewaktu membuat penamaan. Anda juga boleh membuat penamaan secara hibah kepada keluarga dan juga bukan waris seperti anak angkat, rumah anak yatim, badan kebajikan dan sebagainya. Jadi, jumlah wang yang anda carumkan di sini tidak akan dibayar kepada keluarga mengikut peraturan faraid sekiranya anda mengambil opsyen hibah bersyarat ketika membuat penamaan.
Bukan itu sahaja, sekiranya pencarum meninggal disebabkan kemalangan, keluarga akan mendapat dua kali ganda dari jumlah yang telah dicarumkan.
Untuk penerangan ringkas, bagi memudahkan anda memahami konsep simpanan i-Jauhar ini, kami menggunakan jadual di bawah berasaskan ilustrasi dengan mengandaikan pelan untuk individu lelaki berumur 44 tahun, kelas pekerjaan 2 serta tidak merokok. Sila rujuk jadual di bawah untuk penerangan selanjutnya.
Mari kita tengok kadar % LAP dibaris paling bawah dalam jadual ini. Untuk ilustrasi ini, sekiranya anda melabur untuk pelan 5 tahun, nilai LAP anda adalah 10% dari caruman tahunan. Seandainya caruman anda RM10,000 setahun, maka nilai LAP anda adalah RM1,000.
Peratusan bayaran tahunan kepada anda akan dibayar berasaskan nilai RM1,000 ini. Contohnya, untuk 5 tahun pertama anda akan dibayar 20% dari RM1,000 iaitu RM200. Bagi tempoh 5 tahun seterusnya anda akan dibayar sebanyak RM500 (50%) setahun. 10 tahun berikutnya RM1,000 (100%) setahun dan 10 tahun terakhir sebanyak RM3,000 (300%) setahun.
Jumlah caruman anda untuk tempoh 5 tahun adalah RM50,000. Pada tahun ke 30, apabila sijil ini matang anda akan menerima 77% dari jumlah modal anda iaitu RM38,500. Jumlah ini tidak termasuk jumlah bayaran yang diberikan kepada anda selama 30 tahun tadi. Menarik bukan?
Sekiranya anda tidak mahu menerima bayaran secara tahunan, anda boleh membuat pilihan untuk mengumpulkan jumlah tersebut untuk dibayar ketika tempoh matang. Ini akan membuatkan jumlah simpanan dan keuntungan yang anda akan terima adalah lebih banyak kerana simpanan anda akan melalui proses faedah berganda (compounding interest) selama 30 tahun! Pilihan untuk bayaran atau terkumpul ini terpulang kepada objektif simpanan anda. Walaupun anda pilih opsyen terkumpul, anda tetap boleh mengeluarkan sejumlah simpanan anda sekiranya memerlukan.
Harus diingat, sekiranya usia anda lebih muda, kadar % LAP di bawah adalah lebih tinggi, jadi bayaran tahunan anda dan nilai matang akan menjadi lebih banyak. Namun sekiranya usia anda lebih dari contoh yang diberikan di atas ini, jumlahnya menjadi lebih sedikit.
Hubungi perunding kami untuk memberikan jumlah yang tepat berdasarkan usia, pekerjaan dan status merokok anda.
Selamat menabung!