Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Merdekakan jiwa kita dari dijajah oleh sifat-sifat negatif, kegagalan, belenggu kewangan serta diri yang dikuasai oleh orang lain dalam menentukan perjalanan hidup dan kejayaan masa hadapan kita. Merdekakan diri kita dari hidup menerima arahan demi sesuap nasi kerana kita berhak serta mampu mengatur perjalanan hidup kita.
Merdeka bukan untuk dirai dengan perayaan bunga api semata-mata kerana negara kita sudah merdeka tetapi untuk dijadikan inspirasi tentang istilah kemerdekaan sebenarnya dalam diri kita sebagai insan harapan keluarga, bangsa dan negara. Lihat diri sendiri, lihat kedalam mata insan-insan yang kita sayangi sedalam-dalamnya, lalu baca dari lubuk hati, adakah kita sudah merdeka atau masih dijajah. Tepuk dada tanya selera.
Tiada istilah terlambat dalam memulakan usaha. Buatlah keputusan untuk MERDEKA!
– Jeff AJ
#Merdeka2016
#IndepedentDay
#Millionairethrivers
#HLMTakaful
#RHBAssetManagement