Baru baru ini pihak Millionaire Thrivers dengan kerjasama pihak MillionaireSisters EXP Business telah mengadakan sebuah bengkel dan forum takaful. Pada awalnya bengkel ini sepatutnya diadakan di pejabat Millionaire Thrivers di Sepang, namun begitu oleh kerana sambutan yang diluar jangkaan, ianya terpaksa dibuat di Hong Leong MSIG Takaful, PJ.
Alhamdulillah, pihak HLMT telah memberikan sokongan yang tiada taranya dengan menyediakan ruang untuk kami malah juga menyediakan makan tengahari dan minum petang untuk kami secara percuma. Majlis bermula dengan pembukaan oleh MTC Nurulniza Idris selaku pengerusi majlis diikuti oleh Ketua bahagian Family Agency iaitu Syed Redzo yang juga turut serta bersama-sama untuk hadir dan memberikan sepatah dua kata bagi memberikan semangat kepada peserta.
Bengkel kemudiannya diteruskan dengan sessi motivasi dari Chief Takaful Consultant HLMT iaitu Jeff AJ. Para hadirin sangat teruja dan bersemangat. Kemudiannya sessi pembelajaran produk HLMT diteruskan oleh Business Development Manager iaitu En. Amri.
Sebelah petangnya forum bermula di mana empat panel terpilih telahpun dijemput untuk memberikan motivasi serta tips-tips yang bernas untuk para hadirin belajar bagaimana mereka harus mulakan untuk berjaya dalam bidang perunding kewangan terutama dalam bidang takaful dan insurans. Forum ini telah dipengerusikan oleh CTC Jeff AJ.
Mungkin aura mereka ini terlalu kuat sehinggakan semua peserta begitu teruja sekali dengan pembentangan yang dibuat. Semoga kumpulan MillionaireSisters EXP Business di HLMT akan terus berkembang dan menjadi MDRT, COT dan TOT.
Selamat Maju Jaya!
- Untuk galeri gambar sila klik pautan ini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10209901443630397&type=1&l=9db10d6fcf