Assalamualaikum,
Hari ini saya nak bercerita tentang kad perubatan. Baru-baru ni kecoh tentang harga kad perubatan untuk setiap syarikat insurans dan takaful naik pada 1 Ogos 2019 disebabkan oleh arahan terbaru BNM? Arahan apa tu ya?
Begini, arahan tersebut adalah untuk memastikan bahawa pelan insurans atau sijil takaful yang diambil itu bertahan lama samada 80 tahun atau 100 tahun. Ianya dipanggil sustainability period. Sekiranya tempoh sijil itu lebih lama, maka carumannya adalah lebih tinggi untuk menaikkan jumlah tunai dalam akaun bagi memastikannya bertahan lama. Faham di situ?
Kenapa dahulunya murah? Kalau kita perhatikan, semua pelan – pelan kad perubatan dulu murah tetapi sustainability nya rendah. Kadang-kadang umur 60 sudah lapse disebabkan oleh nilai tunai yang ada di dalam akaun peserta sudah tidak cukup untuk menampung kos kad perubatan kerana apabila umur meningkat, maka risiko yang ditanggung oleh syarikat adalah tinggi. Begitu juga dengan kadar inflasi yang seharusnya diambil kira oleh syarikat pada tempoh masa akan datang. Kenaikan kos perubatan itu sangat tinggi. Kalau itu yang kita rasakan sekarang, apatah lagi pada masa akan datang bukan?
Caruman pelan investment link ni selalunya jarang naik harga kerana nilai tunai yang ada di dalamnya membantu mengekalkan jumlah caruman untuk tempoh yang lama, tidak seperti pelan tradisional yang selalunya naik setiap tempoh 5 tahun.
Tetapi jangan risau, pelan takaful di HLMT ini masih lagi murah… untuk anak anda dengan RM150 pun sudah dapat kad perubatan yang mampu bertahan sehingga umur anak anda 80 tahun tau. Kenapa HLMT lebih murah berbanding dengan syarikat lain ya? Begini, HLMT dan HLA ni merupakan pengendali takaful dan syarikat insurans tempatan. Apabila syarikat tempatan ni, HQ juga berada di Malaysia. Kos pengurusan syarikat adalah dalam nilai Ringgit Malaysia kan…? Kalau syarikat luar ni, kos pengurusan pejabat serantau (regional office), HQ dan sebagainya sama-sama ditanggung. Sekiranya syarikat tersebut berada di negara yang kos sara hidup atau nilai matawang nya tinggi, maka kos juga akan menjadi tinggi. Begitulah ceritanya.
Satu lagi, HL Group ni merupakan salah sebuah syarikat konglomerat yang terbesar di Malaysia. Jadi backup syarikat ni daripada segi financial adalah sangat kuat. Apa syarikat yang berada di bawah HL Group ni ya? Selain dari HLB dan HL Islamic Bank, pernah dengar Guocoland? Yamaha? Thistle Hotel? Sofitel Hotel? Southern Steel Berhad? Banyak lagi lah kalau nak sebut. Nanti pergi tengok dekat website HLG untuk keterangan lanjut. Jadi, rasanya tak perlu risau dengan kekuatan syarikat HLMT dan HLA ni…
HLMT ini juga pemenang untuk syarikat patuh syariah yang paling bagus di Malaysia di bawah
BestBrands in Takaful Solutions Award at The Brandlaureate World Halal Best Brands Awards 2018
manakala HLA pula memenangi Most Valuable Brand Award of the Year by The BrandLaureate BestBrands Awards 2016-2017
Ok bagaimana pula dengan harga kad perubatan yang dikatakan murah itu tadi ya? Untuk umur anak-anak anda, harga kad perubatan termasuk dengan simpanan dalam pelan berkait pelaburan i-Care Rahmat iaitu kad perubatan Medi Auni ni cuma dalam RM150 sahaja sebulan. Untuk umur 20 tahun hingga ke 27 tahun cuma RM190 sebulan, untuk umur 40 tahun cuma RM300 sebulan.
Untuk harga di atas anda mendapat bilik wad RM200 semalaman dan perlindungan perubatan sebanyak RM1.12 juta dalam masa setahun dan jumlah ini berterusan sehingga umur 80 tahun kerana kad perubatan Medi Auni ni had sepanjang hayat (no life limit) berserta dengan perlindungan kematian, hilang upaya dan hilang upaya tua (Old Age Disablement).
Di bawah ini saya sertakan jadual harga pelan perlindungan i-Care Rahmat dengan kad perubatan Medi Auni untuk memudahkan anda semua. Ini merupakan perlindungan Medi Auni sebanyak RM1.12 juta setahun dengan pelan RM200 berserta dengan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil untuk rujukan.
Sekiranya anda berminat untuk mengambil hibah dan simpanan sahaja tanpa memerlukan kad perubatan, di sini pula saya sertakan jadual untuk hibah sebanyak RM100,000 dan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil.
Semua pelan di atas mestilah dirujuk kepada risalah produk dan juga ilustrasi faedah pelan ini. Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan quotation atau sebut harga tersebut, boleh lah menghubungi saya di www.wasap.my/60123023433. Ok?