Amanah Tunai

Apakah dia Amanah Tunai?

  • Amanah Tunai Individu
    Menyediakan sumber kewangan segera kepada benefisiari selepas kematian penderma sementara menunggu pusaka penderma selesai diurus dan diagihkan sepertimana tertakluk kepada undang-undang atau penderma hendak mengagihkan Dana Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu kepada penerima/benefisiari.
  • Amanah Tunai (Korporat)
    Amanah yang berpunca daripada institusi/perbadanan/agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat atau koperasi yang menyediakan tabung amanah unyuk dana amanah diagihkan kepada penerima/benefisiari untuk tujuan dan hasrat tertentu.

Apakah ciri-ciri Amanah Tunai?

Dana Amanah Tunai
Penderma– Individu
– Korporat
Penerima/ Benefisiari– Individu
-Korporat

Bagaimana perlaksanaan Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Amanah ini terlaksana menurut terma dan syarat Surat Ikatan Amanah. Contohnya setelah Penderma meninggal dunia atau Penerima/Benefisiari cukup umur.
    ii) Pemegang Amanah akan melaksanakan tugas seperti yang termaktub di dalam Surat Ikatan Amanah.
  • Korporat
    i) Tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terkandung dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Penerima/benefisiari dinamakan dalam Surat Ikatan Amanah dengan jumlah amanah yang telah diwujudkan mengikut tujuan dan hasrat Institusi/ Perbadanan/ Agensi Kerajaan/ Yayasan/ Kelab/ Syarikat/ Persatuan/ Badan Korporat atau koperasi yang menyertainya.

Berapa minima Dana Amanah untuk Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Modal dengan jumlah minima RM5,000 dan tiada had maksima.
    ii) Wang tunai melebihi RM 25,000 dan ke atas tertakluk kepada Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi wang tunai sahaja.
  • Korporat
    i) Modal minima RM50,000 dan tiada had maksima atau
    ii) Dana Amanah tertakluk kepada kerjasama, surat tawaran di antara Korporat yang terlibat dan MAAB.

Bilakah tempoh matang Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Penderma dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Dana Amanah diserahkan kepada Penerima/ Benefisiari setelah tempoh matang, sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.
    iii) Penerima/ Benefisiari boleh membuka amanah yang baharu.
  • Korporat
    i) Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Penderma dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Dana Amanah akan diserahkan kepada tujuan dan hasrat yang dipersetujui oleh penderma dan MAAB.
    iii) Penderma mempunyai pilihan samada membuat pengeluaran penuh atau melabur semula setelah tempoh matang tertakluk kepada terma yang tergunapakai pada ketika itu.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran Amanah Tunai?

  • Individu
    i) Penderma/ Penjaga Harta boleh membuat pengeluaran sepertimana dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.
    ii) Pengeluaran Dana Amanah akan ditadbir mengikut Surat Ikatan Amanah.
    iii) Fi Pengeluaran dikenakan bagi setiap pengeluaran dibuat.
  • Korporat
    i) Pengeluaran berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.
    ii) Fi Pengeluaran dikenakan bagi setiap pengeluaran dibuat.

Bagaimana jika Penderma hendak membuat penambahan tunai Dana Amanah?

Penambahan tunai Dana Amanah boleh dibuat mengikut budi bicara penderma.

Apakah Kebaikan / Faedah Amanah Tunai?

  • Memastikan Penerima/ Benefisiari dilindungi dan terpelihara daripada masalah kewangan yang membebankan mereka di kemudian hari.
  • Dana Amanah ini tidak termasuk dalam pembahagian Harta Pusaka.
  • Sesuai untuk kepentingan anak angkat dan individu yang mempunyai pertalian kekeluargaan secara sah atau tidak.
  • Penderma boleh mengubah terma dan syarat di dalam Surat Ikatan Amanah pada bila-bila masa (sebelum tempoh matang) melalui Surat Ikatan Amanah tambahan.
  • Membolehkan institusi/perbadanan/ agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat atau koperasi menguruskan Dana Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu melalui pelantikan pemegang amanah/ MAAB.

Bagaimana cara pindaan/ pembatalan Amanah Tunai?

  • Penderma dibenarkan dan boleh meminda syarat/terma peramanahan dan membatalkan Surat Ikatan Amanah semasa hayatnya berdasarkan keperluan penderma.
  • Penderma juga boleh menarik diri daripada Amanah Tunai sekiranya telah dinyatakan dalam terma dan syarat Surat Ikatan Amanah. Pembatalan dan penarikan diri dibenarkan setelah MAAB mengambil fi yang berkaitan daripada harta amanah.
  • Tempoh perlaksanaan pembatalan dan penarikan diri akaun amanah adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima di MAAB.

Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Amanah Tunai?

  • Individu
    a) Borang Pembukaan Akaun Amanah- (Amanah Tunai)
    b) Salinan Kad Pengenalan Penderma
    c) Salinan Kad Pnegenalan atau Sijil Kelahiran Penerima
    d) Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika perlu)
  • Korporat
    a) Surat Jawapan Rasmi Surat Tawaran
    b) Borang Permohonan Akaun Amanah (Amanah Tunai)
    c) Perlantikan jawatankuasa untuk mengurus, mengendali, menerima atau mengeluar wang yang perlu mematuhi Surat Ikatan Amanah beserta kad pengenalan dan contoh tandatangan.
    d) Dokumen-dokumen penubuhan yang berkaitan
    e) Lampiran Resolusi Lembaga Pengarah / Minit Mesyuarat yang meluluskan Pembukaan Akaun Amanah.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.

Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!