Apakah dia Amanah Takaful?
Kaedah terbaik untuk memastikan pampasan takaful diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful, di mana pemegang polisi akan melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.
Bagaimanakah Pemegang Polisi melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD sebagai Pemegang Amanah?
Pemegang Polisi melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan takaful mereka dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat takaful masing-masing.
Bagaimanakah perlaksanaan Amanah Takaful?
Perlaksanaan Amanah Takaful melalui 2(dua) peringkat iaitu:-
- Penyerahan Hak Mutlak Polisi (Absolute Assignment)
Pemegang Polisi akan melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah bagi pampasan takaful mereka dengan melengkapkan Borang Serah Hak Mutlak Polisi yang disediakan oleh syarikat takaful masing -masing. - Arahan Pemegang Amanah
MAAB akan menyediakan dokumen yang dikenali sebagai Surat Ikatan Amanah yang mesti dilengkapkan oleh kedua-dua pihak iaitu MAAB dan Pemegang Polisi. Surat Ikatan Amanah ini akan mengandungi terma dan syarat pengamanahan dan pemegang polisi dibenarkan untuk membuat pindaan kepada terma dan syarat berdasarkan keperluan.
Apakah jenis polisi yang dibenarkan untuk Amanah Takaful ini?
Polisi takaful keluarga yang dibenarkan untuk Amanah Takaful ini.
Bilakah tempoh matang Amanah Takaful?
- Tempoh matang adalah sepertimana yang dipersetujui oleh Pemegang Polisi dalam Surat Ikatan Amanah.
- Harta Amanah diserahkan kepada Penerima/Benefisiari setelah tempoh matang sepertimana arahan/ terma/ syarat peramanahan di dalam Surat Ikatan Amanah.
Bagaimana untuk membuat pengeluaran Amanah Takaful?
- Pemegang Amanah / MAAB akan menjalankan tanggungjawab membuat pengeluaran / pembayaran sepertimana arahan / terma / syarat pengamanahan.
- Jika benefisiari masih dibawah umur 18 tahun, Pemegang Amanah / MAAB akan membuat bayaran kepada Penjaga Harta yang dilantik.
- Pampasan Takaful tersebut akan ditadbir dan diurus mengikut Surat Ikatan Amanah.
- Fi pengeluaran adalah tertakluk kepada nilai pengeluaran.
Apakah Kebaikan / Faedah Amanah Takaful?
- Pengagihan pampasan takaful tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Boleh diberikan kepada mana – mana penerima / benefisiari yang dipilih.
- Pembayaran pampasan takaful melalui Amanah Takaful dibuat kepada Pemegang Amanah. Ada unsur kawalan dipercayai terhadap pengagihan dan pengeluaran wang.
- Pemegang Amanah akan membahagikan kepada benefisiari serta menguruskannya mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah yang disediakan oleh MAAB.
- Di dalam Surat Ikatan Amanah, Pemegang Polisi berhak menentukan dan mengawal cara wang tersebut dibelanjakan serta dibahagikan kepada benefisiari. Pemegang Amanah (MAAB) adalah badan pelaksana kawalan tersebut.
- Walaupun benefisiari di bawah umur, haknya masih lagi terjamin dan akan segera mendapat manfaat daripada pampasan takaful tersebut mengikut terma dan syarat dalam Surat Ikatan Amanah.
Apakah terma produk untuk Amanah Takaful?
- Amanah Takaful hanya boleh dilanggan oleh Peserta Takaful yang sah dan masih aktif.
- Peserta (Takaful / penderma) Amanah Takaful boleh membatalkan atau meminda Surat Ikatan Amanah, Amanah Takaful semasa hayatnya / sebelum polisi takaful matang.
- Pelanggan Amanah Takaful boleh menetapkan agar MAAB membuat bayaran pampasan secara berkala mengikut keperluan penerima khususnya bagi penerima yang tidak berkeupayaan mengurus jumlah wang yang besar yang mana dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah.
- Amanah Takaful dan Surat Ikatan Amanah ini akan terbatal jika polisi tidak aktif, lucut hak atau dibatalakan oleh pihak Syarikat Takaful.
Apakah dokumen diperlukan sekiranya ingin melanggan produk Amanah Takaful?
- Borang Permohonan Akaun Amanah – (Amanah Takaful)
- Salinan Kad Pengenalan Pemegang Polisi / Penderma
- Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima
- Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah (jika berkenaan)
- Polisi Takaful Asal;
- Borang Serah Hak Mutlak Polisi Takaful
Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut Klik Disini.
Rancang kewangan anda bersama kami. Dapatkan tips dan ilmu tentang bagaimana untuk merancang kewangan, simpanan, persaraan, pelaburan dan sebagainya. Join group kami dan dapatkan info kewangan secara percuma. Klik Disini!