Passion for XO Performance Seminar

Alhamdulillah,  berakhir sudah seminar Passion for XO Performance oleh  Dr. Lawrence Walter Ng.  Pada bulan November 2014 Presiden Millionaire Thriver, Jeff AJ telah mengikuti kursus selama seminggu oleh Dr. Lawrence Walter Ng di The Mines, iaitu seminar Train The Trainer (TTT).  Seminar ini melatih para peserta untuk menjadi jurulatih atau seseorang yang mampu untuk mengadakan seminar dengan berkesan.  Semua lepasan pelajar dari TTT ini digelar ‘Master Trainer’ dan mereka perlu melalui proses internship selama setahun sebelum mereka boleh diberikan sijil dan bergelar ‘Certified Master Trainer’.

Peserta meminta angels untuk mengira pencapaian mereka

Seminar yang sangat hebat dan menarik

Dalam proses internship ini, semua Master Trainer dikehendaki untuk menghadiri beberapa siri seminar yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dari Lawrence Walter Seminars (LWS) dalam usaha mempelajari serta mendalami konsep, pendekatan, teknik dan sumber-sumber yang digunakan dalam menghasilkan sesebuah seminar yang berkesan.

Sepanjang setahun melalui proses internship ini, semua seminar yang dijalankan oleh LWS adalah sangat-sangat memberikan impak yang maksima kepada para pesertanya.  Apatah lagi dengan kehadiran ‘angels’ dari kalangan gadis-gadis comel yang menceriakan lagi seminar dan juga bertindak sebagai pembantu kepada penceramah dalam menyampaikan seminar mereka.  Penggunaan muzik latar yang berlainan untuk setiap keadaan sangat-sangat menarik.

Antara buku-buku tulisan Dr. Lawrence

Sebagai Master Trainer, peserta diajar oleh Dr Lawrence untuk menggunakan segala kaedah ini dalam menjalankan seminar.  Bukan itu sahaja, mereka diajar bagaimana menggunakan suara profesional dan tidak menggunakan suara percakapan biasa dalam seminar, audio visual yang menarik serta poster-poster yang memaparkan kata-kata positif yang mana digunakan sepanjang seminar berlangsung.

Seminar dari LWS ini banyak mengajar peserta untuk berubah menjadi lebih positif dengan mengubah corak hidup lama yang negatif tanpa disedari dan menggunakan kuasa minda dalam kehidupan seharian untuk menghasilkan sesuatu yang positif dalam usaha mengejar cita-cita atau bekerja dengan penuh produktif.

Seminar selama dua hari ini telah dijalankan untuk syarikat NIDEC Corporation.  LWS banyak diangkat oleh syarikat-syarikat terkemuka seperti Samsung, Starbucks, Air Asia dan lain-lain lagi untuk menjalankan latihan bagi syarikat mereka dan ianya terbukti amat-amat berkesan. LWS juga telah dilantik untuk menjalankan seminar syarikat-syarikat besar bukan sahaja di Malaysia malah negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia, China dan sebagainya.

Bersama Dr. Lawrence

Pastinya Jeff AJ amat-amat bertuah kerana menjadi salah seorang dari pelajar Dr Lawrence.  Malah semua perunding dibawah didikan Jeff AJ juga sangat bertuah kerana mempunyai seorang leader yang mampu mendidik pengikutnya serta berpengetahuan yang tinggi.

Semoga maju jaya Jeff AJ dan team Millionaire Thrivers!

SureFire Stars Program Musim Ke-4

Apa sahaja yang ada dalam minda kita, pasti kita dapat merealisasikannya menjadi nyata.  Tiada istilah terlambat dalam memulakan sesuatu.  Itulah SureFire Stars Program.  Andai suatu waktu dahulu, sewaktu kita masih kecil,  kita buat apa sahaja tanpa rasa ragu-ragu dan kita boleh melakukannya.

Andai dahulu kita boleh memanjat pokok tanpa rasa gerun, tapi kini kita rasa takut. Kenapa….?  Kerana kita fikirkan kita TIDAK BOLEH.  Fikiran kitalah sebenarnya yang menguasai tindakan kita.  Andai kita rasa boleh pasti kita boleh.  Seandainya kita sudah mengatakan tidak boleh atau ragu-ragu pastinya itulah pencapaian yang kita boleh jangkakan berlaku.  Itulah kuasa minda separa sedar yang boleh menyumbang kepada apa sahaja yang kita lakukan.

GAM Fiona Tahir menerajui SureFire malam ini
Hari ini, program SureFire Stars Program bermula kembali untuk musim yang ke-4.  Ramai yang ingin mengubah pencapaian mereka menyertai program ini.  Lebih mengejutkan ada peserta yang telahpun selesai menjalani SureFire musim yang sebelumnya kembali semula untuk menyertai semula kali ini kerana mereka tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka sebelum ini.
Kata-kata nasihat dan motivasi dari GAM Jeff AJ
Para peserta SureFire 4.0

Ini adalah semangat jati mereka yang ingin berjaya.  Sekali terjatuh tidak bermakna kita akan terus terjatuh.  Seperti juga ketika kita belajar untuk menunggang basikal sewaktu kita kecil dahulu.  Kita tidak terus pandai. Kita seringkali terjatuh berkali-kali tetapi kita tetap bangun dan terus mencuba sehingga berjaya.  Semua orang yang berjaya dalam perniagaan atau dalam apa jua bidang tidak akan terus berjaya.  Kejayaan yang mereka kecapi selalunya adalah hasil dari jerih perih dan jatuh bangun mereka dalam meniti perjalanan kehidupan. Sekali kita berjaya, sukar untuk kita jatuh kembali.  Di saat itu kita akan mengecapi kejayaan demi kejayaan, kenikmatan demi kenikmatan hasil dari segala kepayahan, kesakitan, peluh dan tangis.
Antara barisan mentor

Seperti biasa, SureFire Stars Program sentiasa diserikan oleh semua leader-leader dari Charisma Leadership Club (CLC) yang tidak jemu memberikan semangat dan sokongan kepada orang-orang baru.  Semoga SureFire Stars Program musim ini akan memberikan lebih impak dan hasil yang teramat-amat membanggakan buat semua warga Charisma.
Crew SureFire – Nadia dan Balqis

Tips Melabur Dalam Unit Amanah

Ramai yang belum betul-betul terdedah untuk membuat pelaburan dalam Unit Trust atau Unit Amanah.  Tak kiralah dengan syarikat apa sekalipun tetapi yang penting kita mesti mempunyai ilmu sebelum membuat pelaburan. Kalau kita lepaskan sahaja peluang tersebut, sudah pasti kita akan rugi kerana jangkaan pulangan dalam saham unit amanah ini agak tinggi berbanding dengan jenis-jenis simpanan lain yang ada.

Kadar pulangan unit amanah adalah berbeza mengikut kategorinya.  Terdapat beberapa kategori dalam unit amanah yang mana bermula dengan simpanan yang langsung tidak berisiko sehinggalah kepada simpanan yang agak agresif. Lebih agresif kadar perubahan saham tersebut bermakna lebihlah kadar pulangan pelaburan.  Mat saleh kata, high risk – high return, low risk low return.  Sekiranya kadar risiko rendah bermaksud pulangan pun akan jadi rendah, begitulah sebaliknya.

Apabila kita mengetahui jenis-jenis atau kategori unit amanah, maka tidaklah sewajarnya kita membuat perbandingan prestasi atau pulangan unit amanah tersebut dengan unit amanah lain di dalam kategori yang berbeza seperti membuat perbandingan buah epal dan buah oren.

Kategori Unit Amanah

Berikut adalah kategori unit amanah yang saya susun mengikut kadar agresif setiap saham daripada yang paling agresif kepada yang paling konservatif.

1. Dana Ekuiti atau Equity Fund
Ekuiti atau equity merupakan jenis unit amanah yang paling agresif berbanding dengan jenis-jenis unit amanah yang lain.  Selalunya 98% daripada portfolio pelaburannya menjurus kepada saham-saham mewah.  Walaupun begitu tidak semestinya semua ekuiti adalah sama.  Contohnya, sekiranya pelaburan ekuity itu berkait langsung dengan bursa seperti dan KLCI-linked investment atau Small Cap, saham ini kadar turun naiknya (volatility) lebih agresif kerana impaknya lebih cepat terutama apabila berdepan dengan isu-isu spekulatif dalam pelaburan.  
Sekiranya kita memilih equity-growth fund, ianya lebih stabil dan selalunya bayaran dividen atau agihan pendapatan diberikan untuk jenis saham seperti ini.  Saham seperti ini sesuai untuk kita simpan dalam tempoh masa sederhana atau tempoh yang panjang kerana agihan pendapatan tersebut akan memberikan kita unit-unit saham percuma, dimana dalam jangka masa yang panjang akan mengurangkan kos setiap unit saham melalui kos nilai purata atau dollar-cost-averaging.  Potensi pulangan dalam dana ekuiti ini secara purata dalam lingkungan 10% – 15% setahun.  Ia boleh memberi pulangan yang jauh lebih tinggi sekiranya pelaburan dilakukan dalam keadaan yang rendah seperti semasa krisis ekonomi dan dijual semula ketika ekonomi pulih kembali.
Ada juga ekuiti yang memfokuskan pelaburan di luar negara.  Sudah tentu ini mempengaruhi pulangan pelaburan ekuiti tersebut.  Contohnya, Asia-Pacific ex-Japan Equity Fund, saham ini mempunyai kadar turun naik yang lebih tinggi.  Ada yang bertanya kenapa ex-Japan?  Ini bermaksud, pelaburan dalam negara-negara Asia Pasifik kecuali negara Jepun kerana ekonomi negara tersebut sukar diramal dan pengurus dana jarang berminat untuk membuat pelaburan di negara tersebut.
Selain itu ada juga pelaburan yang melibatkan negara Asia Tengah, Negara Cina, Australia dan sebagainya.  Sebaik-baiknya anda harus melihat berapakah sejarah pulangan saham tersebut bagi tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan semenjak dilancarkan.  Caranya mudah sahaja, cuma pergi ke laman web Bloomberg.com dan Search nama penuh saham yang anda bercadang untuk membelinya. 
Contohnya seperti ini: http://www.bloomberg.com/quote/SBBIKLS:MK. Daripada link ini anda boleh melihat graf serta kadar pulangan seperti yang saya sebutkan tadi.
2. Dana Seimbang atau Balanced Fund
Dana ini mempunyai kombinasi ekuiti, bon atau sukuk serta simpanan tunai.  Saham ini lebih rendah kadar turun naik nya kerana portfolio pelaburannya lebih seimbang.  Berbanding dana ekuiti yang sesuai untuk mereka yang mempunyai citarasa berisiko tinggi atau orang muda, dana seimbang ini sesuai untuk mereka yang tidak sukakan risiko yang lebih tinggi dan juga untuk mereka yang berada dalam umur pertengahan.
Dana ini agak unik kerana sekiranya berlaku kejatuhan bursa, ia tidak terjejas teruk disebabkan ianya mempunyai pelaburan dalam sukuk atau bon.  Namun begitu, pulangannya tidaklah setinggi dana ekuiti.  Pulangan dana ini adalah dalam lingkungan 8% – 10% setahun.
3. Dana Bon/Sukuk atau Bond/Sukuk Fund
Dana ini memberikan pulangan yang agak stabil terutama bagi mereka yang tidak berani mengambil risiko masa atau berada dalam umur yang agak lewat.  Ini kerana tahap turun naiknya adalah rendah, begitu juga dengan kadar pulangannya.  Kadang-kadang syarikat korporat lebih gemar melabur dalam saham seperti ini kerana mereka cuba mengelakkan berlakunya penguncupan modal yang boleh menjejaskan prestasi syarikat.
Dana ini juga boleh digunakan sebagai pelapik atau kusyen bagi sesebuah pelaburan bagi mengelakkan kejatuhan yang agak teruk.  Selalunya kadar pulangan dalam saham ini adalah sekitar 6% – 8% setahun.
4. Dana Pendapatan Terjamin atau Guaranteed Income Fund
Dana ini selalunya ditawarkan dalam tempoh yang agak terhad.  Pelaburan dalam pulangan ini adalah lebih  terjamin dari segi pulangan serta modalnya.  Namun begitu ianya jarang terdapat dalam pelaburan yang berasaskan syariah.  Pulangan pelaburannya juga adalah lebih rendah berbanding dengan bon atau sukuk sesuai dengan jaminan yang diberikan di dalam pelaburan ini.
5. Dana Pasaran Wang atau Money Market Fund
Dana ini adalah merupakan dana yang paling konservatif.  Selalunya dana ini memberikan agihan pendapatan atau dividen secara bulanan.  Ianya tidak berisiko dan pulangannya sangat rendah, adakalanya lebih rendah berbanding dengan simpanan tetap.  Money market fund ini selalunya digunakan sebagai ‘parking facility’ atau simpanan sementara dengan memindahkan sejumlah wang dari dana ekuiti bagi mengekalkan nilainya sekiranya berlaku kejatuhan pasaran yang agak teruk.  Dengan cara pemindahan ini, pelabur dapat mengelak daripada dikenakan caj berganda.
Sekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan, bolehlah berhubung dengan agen unit amanah yang berkaliber bagi memberikan anda khidmat nasihat yang sewajarnya.  Anda juga perlu tahu kadar caj pengurusan yang dikenakan oleh syarikat pengurus unit amanah. Khidmat nasihat yang berterusan itu penting kerana dalam satu-satu masa kita perlu mengubah strategi pelaburan berdasarkan kepada situasi ekonomi negara.
Pelaburan unit amanah boleh dibuat secara tunai dan juga melalui Akaun 1 KWSP (untuk dana-dana terpilih dan diluluskan oleh pihak KWSP).  Berbeza dengan simpanan takaful, simpanan dalam unit amanah ini tiada komitmen bulanan kerana ianya seratus peratus fleksibel.  Anda boleh memilih untuk membuat simpanan sekaligus, simpanan berjadual secara bulanan atau hanya ketika anda berhasrat untuk menambah pelaburan sahaja.
Sekiranya anda berhasrat untuk melabur dengan kumpulan kami, hubungi kami di link ini: 

Bimbingan Keusahawanan – SureFire Stars Program

Baru-baru ini berlangsungnya majlis makan malam sempena ‘graduation’ untuk para peserta program SureFire Star Program musim ke-3.  Program ini direka khas oleh kumpulan Charisma Legacy dimana ianya menggabungkan 5 orang Group Agency Manager dari Charisma Legacy iaitu GAM Fiona Tahir, GAM Farina Husin, GAM Jeff AJ, GAM Fairus Musa dan GAM Khairil Che Kamal.

Barisan Group Agency Manager Charisma Legacy bersama Ms Joo Ean

GAM Fiona Tahir & GAM Jeff AJ

Paduan tenaga ini pastinya memberikan impak yang besar kepada para peserta, apatah lagi mereka diletakkan dibawah jagaan semua leader-leader yang berpengalaman, yang dilantik sebagai mentor untuk memberikan tips dan khidmat nasihat secara percuma.  Segala ilmu juga dicurahkan kepada mentee-mentee bagi memastikan mereka berjaya.

Ucapan penghargaan dari Liyana buat sifu GAM Fiona Tahir

GAM Jeff AJ bersama Syazmil dari Charisma Damansara
Mentor dan mentee sama-sama gembira

Barisan mentor-mentor SFSP

Liyana Jamaludin – juara keseluruhan SFSP 3.0

Barisan mentor menerima plaque dan sijil penghargaan

Tahniah kepada juara-juara ini atas usaha gigih mereka

Di akhir program para peserta yang berjaya diraikan dengan gilang gemilang, bukan itu sahaja malah mentor pun juga diberikan penghargaan atas usaha murni mereka mendidik anak bangsa supaya lebih berjaya.  Mentor-mentor ini mengorbankan masa mereka sehingga ke malam demi memberikan yang terbaik kepada anak didik mereka.  Inilah keistimewaan Academy of Million Elite Member di bawah kumpulan Charisma Legacy.  Semua perunding kewangan diberikan pendedahan ilmu yang mendalam secara teori mahupun secara praktikal.

Anugerah kepada yang layak

GAM Jeff AJ memberikan kata-kata semangat kepada peserta

Barisan GAM Charisma Legacy