PERKONGSIAN | Agihan Dividen EPFAlhamdulillah, walaupun negara kita dan dunia amnya dilanda pandemik tetapi EPF masih memberikan kita agihan dividen yang memuaskan hati demi persaraan kelak.
Kita seringkali mendengar perkataan bonus, dividen, income distribution dalam unit amanah. Selalunya ini dipanggil bayaran dividen. Namun begitu ramai yang tidak tahu apa itu agihan pendapatan atau income distribution yang sebenarnya.
Perlu diketahui bahawa income distribution atau nama popular nya dividen ini tidak dibayar oleh semua dana atau syarikat. Kita kena tahu adakah dana yang kita akan laburkan itu membuat pembayaran dividen melalui Product Disclosure Sheet atau Fund Fact Sheet. Di bawah ini saya tunjuk contoh di mana informasi mengenai pembayaran dividen ditulis.
Ok kalau anda perhatikan, pada bahagian kanan dan paling bawah dinyatakan tarikh dan jumlah dividen yang diberikan bagi setiap unit dalam bentuk RM dan dalam bentuk peratusan pelaburan yang diberikan pada ketika agihan pendapatan dibayar.
Pembayaran agihan pendapatan ini dibayar tidak kira berapa lama pelaburan itu dimasukkan. Contoh, sekiranya pembayaran agihan dibayar pada 30 Jul 2020, sekiranya anda baru melabur pada 28 Jul 2020 anda tetap akan mendapat jumlah agihan yang sama seperti mereka yang melabur lebih lama dari anda. Tidak seperti ASB yang mana bayaran agihan pendapatan akan dibayar mengikut kadar purata.
Namun begitu jangan terkeliru dan merasa pelaburan dalam unit amanah ini lebih untung sekiranya anda memasukkannya dekat-dekat dengan tarikh pembayaran dividen. Ini kerana ASB mempunyai harga unit yang tetap iaitu RM1 pada setiap masa. Jadi setiap pembayaran dividen yang dibayar dan sekiranya dicampurkan dengan setiap unit yang berharga RM1, maka nilai pelaburan anda akan bertambah.
Berlainan dengan agihan pendapatan unit amanah yang mempunyai harga yang turun naik atau volatility. Harga unit akan turunkan sejurus selepas pembayaran agihan pendapatan. Contohnya seperti di bawah. Seandainya pembayaran dividen pada 30 Jul 2020 dengan harga 3.5 sen seunit.
Pelaburan sedia ada 100,000 unit pada kadar RM1.035. Nilai pelaburan:
100,000 unit x RM1.035 = RM103,500
Selepas agihan pendapatan, harga seunit akan diturunkan sebanyak 3.5 sen sejurus selepas agihan. Jadi pelaburan anda akan jadi begini.
100,000 unit x RM0.035 = RM3,500
Harga selepas agihan akan menjadi RM1.00. Nilai agihan RM3,500 akan dilaburkan semula dalam pelaburan dan ditukarkan menjadi unit.
Jumlah unit yang anda dapat adalah RM3,500 / RM1.00 = 3,500 unit.
Pelaburan anda selepas agihan pendapatan:
100,000 unit + unit percuma 3,500 = 103,500 unit.
Nilai pelaburan baharu: 103,500 unit x RM1.00 = RM103,500.
Anda mempunyai dua pilihan untuk agihan pendapatan ini iaitu untuk melaburkan semula seperti di atas atau meminta pihak syarikat unit amanah untuk membuat pembayaran kepada anda. Seperti yang saya nyatakan, sekiranya anda membuat pengeluaran dengan meminta syarikat membuat pembayaran kepada anda, maka nilai pelaburan anda akan berkurangan.
Jadi, seandainya anda melabur sebelum atau selepas agihan pendapatan, jumlah nilai pelaburan anda tidak akan berubah. Kelebihan yang anda dapat sekiranya anda melabur ketika agihan pendapatan adalah harga unit akan diturunkan jadi anda akan mendapat unit yang banyak tidak kira sebelum atau selepas agihan. Sekiranya anda melabur sebelum agihan, anda akan mendapat unit percuma melalui agihan pendapatan. Sekiranya anda melabur selepas agihan, anda akan membeli unit dengan harga yang murah.
Jadi bila anda akan dapat keuntungan dari agihan pendapatan ini? Anda akan mendapat keuntungan dari agihan ini apabila harga mula naik selepas harga diturunkan (readjusted). Setiap unit unit percuma yang anda dapat akan mula memberikan kenaikan modal.
Sekiranya anda melabur untuk tempoh yang lama dalam dana yang memberikan agihan ini, unit anda akan bertambah tanpa anda sedari dan apabila harga naik ketika itu anda dapat menjual unit unit anda dan mendapatkan keuntungan. lagi lama anda membuat pelaburan, lagi banyak unit anda akan berkembang dan lagi banyak anda akan mendapat keuntungan apabila harga naik.
Andainya anda melabur dalam dana yang tidak memberikan agihan pendapatan, anda perlu membuat tambahan pelaburan sekiranya nilai pelaburan jatuh untuk melakukan DCA atau Dollar Cost Averaging iaitu menambah nilai pelaburan ketika harga unit jatuh bagi mempercepatkan proses mendapatkan keuntungan.
Namun, dengan dana yang mempunyai agihan pendapatan ini, anda dapat unit unit percuma tanpa perlu membuat pelaburan tambahan. Sekiranya anda membuat pelaburan tambahan ketika harga unit murah maka itu akan menjadi lebih baik untuk meningkatkan nilai DCA pelaburan anda.
Ingin bertanya mengenai pelaburan atau memilih dana yang sesuai untuk pelaburan? Jom hubungi kami.
Hari ini perunding-perunding RHBAM MTG telah menghadiri sesi goal setting yang telahpun dikendalikan oleh Agency Development Manager iaitu Ms Siew Lan dan Regional Agency Development Director, Ms Adelyn Tan.
Hari ini kami diajar cara cara untuk mendapatkan target untuk ke Premier Sales Convention di New York, USA dan juga Regional Sales Convention ke Perth, Australia. Dari pengiraan target ini, para perunding dikehendaki untuk mengisi borang Business Plan dengan pecahan target untuk Unit Amanah secara keseluruhan bagi tahun 2020, target bulanan, target untuk pelaburan tunai dan juga target untuk pelaburan melalui KWSP.
Para perunding juga telahpun diajar cara cara untuk berjumpa dengan pelanggan dan cara untuk present secara spontan dimana mereka telahpun diarahkan untuk berlakon untuk sessi role play bagi memastikan mereka faham dan mampu untuk menjalankan kerja mereka dengan lancar.
Alhamdulillah, semua sangat-sangat bersemangat, excited dan determined untuk melancong secara percuma dan menjana pendapatan yang diimpikan. Di MTG kami menekankan pendapatan lumayan dan juga masa pekerjaan yang fleksibel tanpa perlu menggunakan apa-apa modal!
Sessi latihan sentiasa disediakan di MTG dan juga di pusat-pusat latihan RHB Asset Management di Seri Petaling, Shah Alam, Melaka, Johor Bahru dan seluruh Malaysia. Jadi, kita tidak perlu risau untuk bekerja di mana-mana negeri di dalam Malaysia. Malah, di RHB Asset Management, perunding juga di benarkan untuk mendapatkan pelabur di Indonesia. Jom join team kami untuk masa depan yang hebat dan gaya hidup yang menarik!
Pada 15 Januari 2020 baru-baru ini telahpun berlangsung acara NYKO iaitu New Year Kick Off untuk RHB Asset Management. Ini merupakan acara tahunan setiap syarikat pengurusan unit amanah mahupun syarikat insurans dan takaful. Tujuan acara NYKO ini adalah untuk memberitahu para perunding syarikat mengenai contest yang disediakan untuk tahun 2020, negara-negara yang bakal dilawati oleh perunding
Acara NYKO RHB Asset Management kali ini telahpun berlangsung dengan meriahnya di Nexus Bangsar South dengan bertemakan Denim & Diamond. Acara ini bermula pada jam 2 petang. Para perunding unit amanah RHB Asset Management mengambil peluang bergambar di photo booth yang disediakan.
Tepat jam 3 petang dewan ballroom telahpun dibuka dan para perunding mengambil tempat masing-masing. Program ini dimulakan dengan persembahan opening gambit dan ucapan-ucapan dari Group Managing Director, Ms Eliza Ong dan juga dari Chief Agency Officer iaitu Mr. Chan Kok Hin. Selepas itu anugerah telahpun diberikan kepada mereka yang berjaya untuk tahun 2019 iaitu bagi kategori jualan tertinggi kumpulan, jualan tertinggi peribadi, top recruiter dan lain lain lagi.
Setelah selesai sessi penganugerahan bagi mereka yang mencapai kecemerlangan di dalam RHB Asset Management, majlis diteruskan dengan pengumuman untuk contest terbaru tahun 2020. Kali ini RHB Asset Management telahpun mengejutkan semua dengan mengumumkan destinasi untuk Regional Sales Convention iaitu di Perth, Australia dan juga destinasi Premier Sales Convention di New York, USA!
Semua perunding sangat-sangat bersemangat dan begitu senang hati dengan pengumuman yang dibuat itu terutamanya perunding dari Millionaire Thrivers Group di bawah bimbingan GAM Jeff AJ dan juga kumpulan-kumpulan dibawah naungan beliau yang lain termasuk kumpulan Maqbul Financial Group yang diketuai oleh Dato Hamzaki. Semoga tahun 2020 ini menjanjikan kejayaan yang cemerlang buat kumpulan kami.
Agensi Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy Venture sememangnya sudah hampir setahun bergabung untuk mengadakan kelas latihan setiap minggu secara bersama. Kelas latihan ini selalunya diadakan pada setiap hari Selasa, jam 8.30 malam bertempat di agensi Empire Legacy di Seri Kembangan.
Pada hari ini giliran AS Ady Soleh atau Soleh Ahmad untuk mengadakan kelas. Setiap minggu kami akan rotate tenaga pengajar untuk memastikan ilmu yang diberikan itu mempunyai variasi yang berbeza kerana setiap perunding mempunyai kekuatan dan kelebihan mereka masing masing.
Pada hari ini Ady Soleh berkongsi bagaimana untuk mendapatkan client melalui pencarian fakta atau perbualan dengan client. Kadang-kadang sebagai perunding kewangan dan mempunyai banyak produk, kita mempunyai kecenderungan untuk merasa keliru apa yang perlu diberikan kepada client. Tetapi melalui pencarian fakta ini, kita dapat menilai tahap kewnngan pelanggan dan apa keperluan kewangan yang sebenarnya untuk pelanggan tersebut.
Paling penting kita tidak boleh menjual sesuatu yang kita suka. Kita kena syorkan kepada client sesuatu yang mereka perlukan dengan memberikan kesedaran kepada pelanggan mengenai cara pengurusan wang yang berhemah.
Malam ini saya menggunakan peluang ini juga untuk berkongsi bagaimana menggunakan teknik perbualan carian fakta atau fact finding ini untuk mencari apakah produk yang sesuai untuk pelanggan dan bagaimana cara untuk membuatkan pelanggan mengambil beberapa produk sekaligus seperti simpanan unit amanah, pembiayaan ASB, skim persaraan swasta dan perlindungan takaful pada satu masa.
Alhamdulillah, melalui perkongsian pada malam ini para perunding Millionaire Thrivers dan Empire Legacy nampak lebih bersemangat untuk memperaktikkan cara yang baru mereka belajar ini. Melalui cara ini, kami boleh menunjukkan kemampuan kepada pelanggan melalui cara pendedahan kewangan dan khidmat nasihat secara jujur dan professional.
Kelas malam ini diakhiri dengan perkongsian dari GAM Dr. Norhayati mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap perunding unit amanah dan takaful kami serta cara-cara bagaimana untuk mengatasinya dan menanganinya dengan berkesan. Pada malam ini kelas berakhir hampir jam 10.45 malam.
Semoga perkongsian pada kali ini memberikan faedah dan ilmu yang berguna untuk semua yang hadir. Insyaallah…
Setiap tahun kami di Milllionaire Thrivers Group pastinya tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama. Maklumlah sewaktu hari raya masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri. Jadi kami mengambil peluang untuk meraikan bersama-sama di agensi kami. Selalunya pada setiap tahun kami akan meraikannya secara pot luck supaya suasana raya terasa lebih meriah.
AS Adham dan AS Ashie datang jauh dari Kota Bharu membantu mempersiapkan agensi dengan hiasan untuk sambutan hari raya sehari sebelum majlis bermula. Segalanya dilakukan bersama-sama. Tidak lupa juga buat AS Maria yang sanggup datang vakum agensi walaupun sibuk untuk menyediakan hidangan pot luck.
Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami semua bertungkus lumus untuk menyiapkan agensi dengan susunan juadah sempena hari raya. Masing-masing datang dengan pakaian hari raya dan terasa sangat meriah sekali.
Pada pukul 10.00 pagi, kami menerima kunjungan dari pegawai atasan atau pihak pengurusan dari RHB Asset Management yang datang melawat agensi kami. Ms Eliza Ng iaitu Managing Director dan juga CEO RHB Asset Management turut hadir disamping Chief Investment Officer. Kami merasa sangat-sangat bertuah dapat mendengar ucapan dari CEO RHBAM, Ms Eliza di agensi kami. Beliau juga agak terpesona dengan juadah-juadah yang disediakan. Alhamdulillah…
Bergambar bersama barisan pihak pengurusan RHB Asset Management
Ucapan dari Ms Eliza, CEO RHB Asset Management
Pada sebelah tengahari pula kami menerima kunjungan dari pelabur-pelabur dan juga rakan-rakan yang datang untuk sama-sama memeriahkan majlis MTG Raya pada tahun ini. Perunding-perunding kami juga menjemput pelabur-pelabur dan bakal pelabur mereka. Alhamdulillah, ada yang dapat close deal pada waktu open house ini untuk jumlah yang agak besar! Pelanggan gembira dan yakin apabila melihat agensi Millionaire Thrivers.
AS Ady Soleh bersama downlinenya UTC Mawardi dan prospek mereka.
Perunding MTG yang sentiasa ceria
Menerima kunjungan dari pelabur setia saya
Juadah kali ini banyak yang sedap-sedap semuanya. Paling ditunggu-tunggu adalah serawa durian dari AS Maria yang paling diminati oleh semua perunding kami di Millionaire Thrivers Group. Ada nasi lemak, rendang ayam, krim karamel, roti jala, laksa utara, cocktail buah, nasi himpit dan kuah kacang, dan macam-macam lagi. Terima kasih buat semua yang sudi membawa makanan ni.
Serawa Durian dan Roti Jala
Pada sebelah petang pula kami menerima pula kunjungan dari pihak pengurusan Hong Leong MSIG Takaful Berhad termasuk En. Syed Redzo iaitu Head of Agency Business, En. Amri, Head of Sales, serta pihak pengurus dan eksekutif lain. Kami juga menerima kunjungan dari wakil MyAngkasa Amanah Berhad, iaitu penyedia khidmat pengurusan harta pusaka yang kami tawarkan kepada pelanggan.
En. Syed Redzo dari HLMT dan En. Jauhari dari MyAngkasa Amanah
Pihak pengurusan HLMT
Majlis kemudiannya menjemput En. Syed Redzo memberikan ucapan beliau manakala En. Amri pula mengumumkan tawaran-tawaran baru sempena tahun kewangan 2018/2019 yang baru bermula. Apa yang menarik adalah tawarang tunai dan peraduan ke Jogjakarta yang sangat mudah untuk dicapai. Wow…!!
Ucapan dari En. Syed Redzo
En. Syed Redzo juga bersama-sama membuat cabutan bertuah untuk perunding-perunding kami yang berjaya menyahut cabaran Aidilfitri Bonanza yang diadakan selama sebulan. Majlis akhirnya bersurai pada jam 7.00 petang. Sebelum bersurai sekali lagi kami bergotong royong membersihkan perkakasan dan juga agensi agar kembali seperti sedia kala.
Terima kasih semua perunding-perunding Millionaire Thrivers yang hebat….. semoga kejayaan milik kita semua.
Pada 4hb April 2018 baru-baru ini, telah berlangsungnya majlis makan malam RHB Asset Management yang lebih dikenali sebagai RHB Achievers’ Award Dinner 2017 untuk meraikan perunding-perunding RHB Asset Management yang telahpun berjaya mencapai anugerah-anugerah yang diberikan sepanjang tahun 2017 yang lepas.
Kali ini majlis makan malam ini mengetengahkan konsep Fashionista sebagai tema majlis makan malam pada tahun ini. Jadi tidak hairanlah sekiranya semua perunding-perunding RHB Asset Management pada malam ini kelihatan bergemerlapan dan memukau pandangan mata. Presiden Millionaire Thrivers Group, iaitu Group Agency Manager, Jeff AJ mengenakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen selebriti iaitu Taufik Idros Creation (TIC). TIC banyak merekacipta fesyen fesyen untuk majlis-majlis yang berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Gegar Vaganza, Gema Gegar Vaganza, Bintang RTM dan lain-lain.
Majlis berprestij ini telah dimulakan dengan penyampaian anugerah Top 10 GAM Nationwide. GAM Jeff AJ adalah merupakan salah seorang daripada penerima anugerah ini. Untuk kesekian kalinya, Jeff AJ menerima lagi anugerah Premier Convention Award yang kali ini membawa beliau ke percutian percuma di Munich & Salzburg.
Berikut merupakan anugerah yang diterima oleh GAM Jeff AJ sepanjang beliau berkecimpung di dalam bidang Unit Amanah semenjak pertengahan tahun 2011.
2011 – Chiang Mai (Anugerah Perunding Baru Cemerlang)
2012 – San Francisco, USA
2013 – London, UK
2014 – Switzerland
2015 – New York, USA
2016 – Croatia
2017 – Munich & Salzburg
Pada malam ini, selain dari GAM Jeff AJ yang menerima anugerah Premier Convention ini, Pengurus Agensi (AM) Iszairisuwarty juga telah diberikan anugerah yang sama sempena pencapaian beliau pada tahun lepas.
Selain dari itu, malam ini menyaksikan beberapa perunding baru dibawah agensi Millionaire Thrivers Group menerima anugerah Regional Convention yang membawa mereka untuk menikmati percutian bertaraf 5 bintang secara percuma selama 4 hari 3 malam ke Bangkok dan Hua Hin. Mereka adalah:
1. Maria Ahmad
2. Ashie Yakub
3. Adham Arifin
4. Soleh Ahmad
5. Arief Hamdan
6. Shahrul Zamri
Semestinya, seluruh agensi Millionaire Thrivers Group sangat-sangat berbangga dengan pencaaian mereka semua. Semoga pada tahun 2018 ini melakar lebih banyak kejayaan bagi perunding-perunding MTG untuk menerima anugerah Premier Convention ke Paris dan Regional Convention ke Shanghai & Hangzhou.
Sekiranya anda semua berminat untuk menjadi sebahagian dari perunding kami, sila hubungi GAM Jeff AJ di www.wasap.my/60123023433 atau tekan saja mana-mana gambar perunding ‘Diamond’ kami yang terdapat pada homepage yang akan membawakan anda ke laman Facebook peribadi mereka untuk anda hubungi.
KUALA LUMPUR: The Employees Provident Fund (EPF) today declared a dividend rate of 6.90 per cent for Simpanan Konvensional (conventional savings) 2017, with payout amounting to RM44.15 billion; and 6.40 per cent for Simpanan Syariah (Syariah savings) 2017, with payout amounting to RM3.98 billion.
The payout for conventional savings is the highest since 1997.
In total, the payout for 2017 amounts to RM48.13 billion, an increase of 29.8 per cent from 2016.
EPF Chairman Tan Sri Samsudin Osman said he was pleased with the overall performance in 2017, which is also a landmark year for the EPF as it is now managing two savings schemes and declaring two dividend rates.
“Simpanan Shariah has shown a strong performance considering that this is its first dividend declaration. This reaffirms the strength and health of EPF’s shariah asset and should come as good news to our members who have switched to Simpanan Shariah.
“As for Simpanan Konvensional, the 6.90 per cent was the highest rate ever announced since 1997,” he said in a statement today.
GBOP untuk RHB Asset Management telah berlangsung pada malam ini. GBOP selalunya diadakan untuk setiap kawasan sekali dalam setiap suku tahunan. Kali ini GBOP RHBAM diadakan di Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dan pengenalan kepada RHB Asset Management oleh Mr Francis Lai, diikuti oleh pembentangan pelan pemasaran RHB Asset Management oleh GAM Kazai.
Sessi testimoni kejayaan pertama telah diutarakan oleh pasangan Pengurus Agensi Kumpulan atau Group Agency Manager (GAM) iaitu Mr Patrick dan Ms Hazel. GAM Hazel datang dari keluarga yang susah dan hanya lulusan SPM sahaja. Beliau memulakan kerjaya sebagai reporter di The Star. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran beliau sambil bekerja.
Manakala GAM Patrick juga datang dari keluarga yang susah. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang IT. Mereka berkenalan dan telah sama-sama hadir ke majlis GBOP dan menyertai dunia unit amanah. Ketika mereka mula-mula berkahwin, kedua-duanya tidak ada pekerjaan tetap. Selepas enam bulan, mereka telah membuat keputusan untuk fokus sepenuh masa dalam bidang unit amanah secara lebih serius. Hari ini kedua-duanya telahpun dinaikkan pangkat sebagai GAM.
Hari ini mereka berdua telahpun mengembara ke 7 benua seperti Jepun, Italy, USA, Switzerland, Venice, Croatia, Budapest, Prague dan banyak lagi negara….!
Menurut Robert T. Kiyosaki, untuk berjaya kita mestilah mempunyai pendapatan pasif yang membolehkan kita menjana pendapatan secara tetap. Ada dua cara untuk mendapatkan pendapatan pasif, pertama melalui pelaburan. Hanya orang-orang yang kaya dan mempunyai wang yang banyak mampu menjadi pelabur seperti ini. Keduanya, menjadi business owner dimana kita mempunyai kumpulan orang-orang yang mampu memberikan kita pendapatan pasif. Di RHB Asset Management, kita akan mampu menjadi seorang business owner yang membolehkan kita mendapat pendapatan pasif secara bulanan. Malah kita juga boleh bersara awal. Retire young, retire rich!
Majlis kemudian diteruskan dengan sesi motivasi oleh GAM Dato Mahathir BZ. Beliau telahpun berjaya dalam bidang pengurusan kewangan. Dalam hidup ini katanya adalah ‘Selling Game’. Apabila kita terlibat dalam bidang perniagaan, pelanggan suka menyebut perkataan ‘NO’. Itu adalah lumrah. Mereka cuma mahu melihat apa yang kita boleh buat, barulah mereka katakan ‘YES’. Bagaimana untuk kita berjaya? Cuma buka mulut! Promote dan biarkan orang tahu tentang perniagaan kita. Sebagai ahli perniagaan kita tidak akan berjaya kalau kita menyembunyikan perniagaan kita dari orang ramai… Betul kan?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang kerjaya bersama RHB Asset Management, boleh lah menghubungi Jeff AJ di 012-3023433 atau mana-mana perunding di bawah kumpulan Millionaire Thrivers Group.
Pernahkah anda mendapat panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali bagi mempromosikan produk-produk mereka? Itulah yang dinamakan cold calling. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti saya, cold calling adalah sangat penting untuk mendapatkan pelanggan. Kami selalunya akan mendapatkan business card melalui cara face-to-face approach dan kemudiannya membuat panggilan. Ada juga kami dapat senarai nombor telefon melalui rujukan dari kawan-kawan mahupun pelanggan kami sendiri.
Sessi cold calling ini selalunya lebih seronok sekiranya kita buat secara berkumpulan kerana ianya bukan sahaja memberi semangat, malah kita rasa lebih berani dan dapat belajar cara percakapan yang berlainan dari rakan-rakan. Rakan-rakan kita pula dapat mendengar dan menilai cara kita membuat panggilan telefon serta memperbetulkannya sekiranya perlu.
Hari ini kami di Millionaire Thrivers mengadakan sessi cold calling. Saya memberi downline-downline saya senarai nombor telefon dan business card untuk mereka membuat panggilan. Alhamdulillah, semua telah mendapat sessi temujanji dari panggilan yang mereka buat itu.
Selesai sahaja sessi cold call ini, kami telah pun beramai-ramai mengunjungi Restoran Minang untuk menikmati ikan bakar mereka yang cukup terkenal di kawasan Salak Tinggi, Sepang ini. Cara bekerja kami sebagai perunding unit amanah RHB Asset Management dan perunding takaful Hong Leong MSIG Takaful ini sememangnya sangat enjoy dan mengembirakan.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar Millionaire Thrivers dibawah bimbingan saya, anda semua di alu-alukan untuk menghubungi saya di 012-3023433.