Keikhlasan Dalam Kerjaya

Keikhlasan adalah sangat penting dalam setiap apa yang kita lakukan, tidak kira dalam berkawan, bekerja mahupun berniaga. Apabila kita buat sesuatu dengan rasa penuh keihklasan tanpa inginkan balasan, insyaallah manfaatnya yang datang adalah menggunung.

Andai kita berkawan dengan ikhlas sudah pasti kita akan ada ramai kawan walaupun itu bukan yang kita cari.

Apabila kita rasa tidak punya wang, utamakan orang lain dahulu dengan bersedekah semampu yang boleh dan dari situ rezeki kita akan bertambah.

Andai kita berniaga kedai makan, kita memasak penuh keikhlasan untuk memberikan orang ramai merasai makanan yang sedap, sudah pasti orang akan datang kembali tanpa perlu kita suruh.

Kalau kita sediakan khidmat pelancongan, pastikan kita buat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan bagi setiap sen yang mereka keluarkan.

Andai kita menjadi Perunding Kewangan, pastikan kita jujur untuk melihat pelanggan kita mempunyai wang yang banyak dengan menggandakan wang mereka di dalam pelaburan demi masa hadapan mereka, bukanlah poket kita matlamat utama.

Jadi bagaimana kita ingin bina network dalam perniagaan sedangkan kita tidak punya ramai kenalan? Jawabnya buat sahaja dengan ikhlas untuk menambah nilai kehidupan orang lain, nescaya Allah akan menghantar hamba-hamba Nya yang berdoa dalam solat meminta diberikan kejayaan itu datang berjumpa dengan kita. Allah menghantar mereka kerana kita ikhlas. Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba Nya.

Jadi ikhlaskan diri kita untuk kebahagiaan, kejayaan dan nilai hidup orang lain maka Allah akan memberikan kita yang lebih hebat dari itu. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *