HIBAH & WASIAT – AWAK SANGAT NAKAL

img_4645
Pada hari Sabtu lepas saya menghabiskan masa seharian untuk menonton drama bersiri AWAK SANGAT NAKAL. Saya suka cerita itu kerana penuh dengan keceriaan. Tambahan pula sudah lebih 5 tahun saya tidak mengikuti siri drama di TV, jadi saya ambil peluang untuk merakamkannya menggunakan decoder Astro. Sebelum itu beberapa episod saya sempat saksikan melalui Astro On The Go. Thanks to technology.

By the way, ada satu perkara yang saya rasa ingin kupaskan kerana ianya agak mengelirukan orang ramai mengenai wasiat dan hibah. Mungkin penerbit drama tersebut tidak arif tentang konsep wasiat dan hibah di dalam Islam.

Dalam drama tersebut mengatakan, sekiranya wasiat telahpun ditulis, maka hukum faraid akan TERBATAL dengan sendirinya. Ini adalah sangat SALAH dan TIDAK BENAR. Sebenarnya hukum ALLAH mengatasi dari hukum-hukum ciptaan manusia. Wasiat boleh ditentang dan sekiranya ini terjadi maka hukum FARAID akan diterima pakai sebagai ABSOLUTE solution bagi meredakan pertikaian pembahagian harta.

Isteri berhak mendapat 1/8 dari jumlah harta dan juga boleh menuntut harta sepencarian untuk segala harta yang diusahakan sepanjang tempoh perkahwinan. Manakala anak perempuan pula (sekiranya tiada anak lelaki) cuma berhak mendapat maksima 1/2 bahagian sahaja, sekiranya ada datuk dan nenek, bahagian mereka akan diberikan dan selebihnya akan jatuh kepada waris lelaki sebelah ibu atau bapa atau baitulmal. Tiada istilah anak perempuan mendapat 100% harta hanya melalui wasiat kecuali semua waris yang berhak bersetuju.

Hibah melalui wasiat selepas kematian cuma tertakluk kepada 1/3 dari harta sahaja untuk diberikan kepada individu BUKAN WARIS yang berhak atau sebagai sedekah jariah.

Penamaan untuk KWSP, pencen, simpanan dan sebagainya di dalam Islam hanyalah sebagai lantikan PEMEGANG AMANAH sahaja, bukanlah sebagai penerima yang berhak. Ianya mestilah diberikan kepada waris-waris mengikut hukum faraid KECUALI semua waris sudah bersetuju untuk tidak menuntut. Sekiranya ianya tidak dibahagikan mengikut hukum faraid, maka penama tersebut secara langsung ataupun tidak langsung telahpun mengambil HARTA BATIL, iaitu mengambil hak orang lain. Ini berdosa.

Bagaimana untuk mengatasi hal seperti ini?

1. Penulisan wasiat itu penting walaupun ianya boleh ditentang, sekurang-kurangnya si mati menulis hasrat hatinya. Semoga ianya akan diikuti oleh semua waris. Wasiat boleh diambil melalui beberapa syarikat pengurusan wasiat dan amanah (Trustee Company) yang akan dilantik sebagai pentadbir untuk mempercepatkan proses pembahagian harta terutama sekiranya berlaku pertelingkahan, pembahagian harta tidak akan terhenti dan harta tidak dibekukan.

2. Mengambil simpanan takaful dengan manfaat KEMATIAN yang MENCUKUPI dengan memilih HIBAH BERSYARAT yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat takaful. Wang yang diterima adalah hak mutlak penerima seperti yang diaqadkan. Sekiranya ada anak perempuan tunggal, wang itu boleh lah dijadikan ganti disebabkan beliau tidak mendapat 100% harta dari harta peninggalan. Malah, anak perempuan tersebut boleh juga menggunakan wang hibah takaful itu untuk membayar kepada waris bagi menuntut rumah atau harta lain yang jatuh kepada pakcik-pakciknya.

3. Mengambil produk DEKLARASI HIBAH untuk menghibahkan terus harta kepada anak-anak supaya tidak terjadinya pertikaian selepas kematian. Deklarasi hibah ini merupakan hibah yang berkuat kuasa selepas kematian. Sebelum berlakunya kematian, penerima hibah ini tidak berhak untuk mengambil harta tersebut. Contohnya menghalau ibubapa dari rumah atau menjual rumah sehinggakan ibubapa hilang tempat berteduh.

– Jeff AJ

Hubungi perunding Millionaire Thrivers Group yang anda sukai untuk mengambil wasiat atau hibah bersyarat takaful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *