Cold Calling Session

Pernahkah anda mendapat panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali bagi mempromosikan produk-produk mereka?  Itulah yang dinamakan cold calling.  Bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti saya, cold calling adalah sangat penting untuk mendapatkan pelanggan.  Kami selalunya akan mendapatkan business card melalui cara face-to-face approach dan kemudiannya membuat panggilan.  Ada juga kami dapat senarai nombor telefon melalui rujukan dari kawan-kawan mahupun pelanggan kami sendiri.

Sessi cold calling ini selalunya lebih seronok sekiranya kita buat secara berkumpulan kerana ianya bukan sahaja memberi semangat, malah kita rasa lebih berani dan dapat belajar cara percakapan yang berlainan dari rakan-rakan.  Rakan-rakan kita pula dapat mendengar dan menilai cara kita membuat panggilan telefon serta memperbetulkannya sekiranya perlu.

Hari ini kami di Millionaire Thrivers mengadakan sessi cold calling.  Saya memberi downline-downline saya senarai nombor telefon dan business card untuk mereka membuat panggilan.  Alhamdulillah, semua telah mendapat sessi temujanji dari panggilan yang mereka buat itu.

Selesai sahaja sessi cold call ini, kami telah pun beramai-ramai mengunjungi Restoran Minang untuk menikmati ikan bakar mereka yang cukup terkenal di kawasan Salak Tinggi, Sepang ini.  Cara bekerja kami sebagai perunding unit amanah RHB Asset Management dan perunding takaful Hong Leong MSIG Takaful ini sememangnya sangat enjoy dan mengembirakan.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar Millionaire Thrivers dibawah bimbingan saya, anda semua di alu-alukan untuk menghubungi saya di 012-3023433.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *