Pelajar Kolej Didapati Meninggal Selepas Kerugian Matawang Kripto

 

SEOUL: Pelajar kolej, yang kerugian banyak wang selepas melabur dalam mata wang maya, didapati mati di biliknya Rabu, selepas dilaporkan mengalami kemurungan.

Ibu mangsa mendapati anaknya mati di biliknya Rabu pukul 7.50 pagi, menurut Balai Polis Busan Jin pada hari Khamis.

Keluarga pelajar mendakwa bahawa mangsa pada asalnya memperolehi 200mil won Korea (RM720,000) dari pelaburannya.

Oleh kerana peraturan kerajaan Korea Selatan untuk membendung pasaran yang semakin panas, telah menyebabkan nilai mata wang maya jatuh pada akhir Disember, menyebabkan pelaburan pelajar tersebut terjejas teruk.

Selepas mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan, dia dilaporkan bergantung kepada ubat tidur yang ditetapkan untuknya.

Polis mengatakan bahawa dia telah menghadiri kolej peringkat tinggi sebagai pelajar tahun kedua. Pada semester pertama tahun lepas, dia mengambil cuti perubatan dari sekolahnya dan pulang ke kampung halamannya di Busan, di mana dia mula bekerja sebagai pekerja sosial pada bulan Oktober.

Pihak polis akan menyiasat kes ini dengan lebih lanjut. – Rangkaian Berita Korea Herald / Asia

Baca lebih lanjut di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *