MTG Open House Raya

Setiap tahun kami di Milllionaire Thrivers Group pastinya tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.  Maklumlah sewaktu hari raya masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri.  Jadi kami mengambil peluang untuk meraikan bersama-sama di agensi kami.  Selalunya pada setiap tahun kami akan meraikannya secara pot luck supaya suasana raya terasa lebih meriah.

AS Adham dan AS Ashie datang jauh dari Kota Bharu membantu mempersiapkan agensi dengan hiasan untuk sambutan hari raya sehari sebelum majlis bermula.  Segalanya dilakukan bersama-sama.  Tidak lupa juga buat AS Maria yang sanggup datang vakum agensi walaupun sibuk untuk menyediakan hidangan pot luck.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi.  Kami semua bertungkus lumus untuk menyiapkan agensi dengan susunan juadah sempena hari raya.  Masing-masing datang dengan pakaian hari raya dan terasa sangat meriah sekali.

Pada pukul 10.00 pagi, kami menerima kunjungan dari pegawai atasan atau pihak pengurusan dari RHB Asset Management yang datang melawat agensi kami.  Ms Eliza Ng iaitu Managing Director dan juga CEO RHB Asset Management turut hadir disamping Chief Investment Officer.  Kami merasa sangat-sangat bertuah dapat mendengar ucapan dari CEO RHBAM, Ms Eliza di agensi kami.  Beliau juga agak terpesona dengan juadah-juadah yang disediakan.  Alhamdulillah…
Bergambar bersama barisan pihak pengurusan RHB Asset Management
Ucapan dari Ms Eliza, CEO RHB Asset Management
Pada sebelah tengahari pula kami menerima kunjungan dari pelabur-pelabur dan juga rakan-rakan yang datang untuk sama-sama memeriahkan majlis MTG Raya pada tahun ini.  Perunding-perunding kami juga menjemput pelabur-pelabur dan bakal pelabur mereka.  Alhamdulillah, ada yang dapat close deal pada waktu open house ini untuk jumlah yang agak besar!  Pelanggan gembira dan yakin apabila melihat agensi Millionaire Thrivers.
AS Ady Soleh bersama downlinenya UTC Mawardi dan prospek mereka.

 

Perunding MTG yang sentiasa ceria

 

Menerima kunjungan dari pelabur setia saya
Juadah kali ini banyak yang sedap-sedap semuanya.  Paling ditunggu-tunggu adalah serawa durian dari AS Maria yang paling diminati oleh semua perunding kami di Millionaire Thrivers Group.  Ada nasi lemak, rendang ayam, krim karamel, roti jala, laksa utara, cocktail buah, nasi himpit dan kuah kacang, dan macam-macam lagi.  Terima kasih buat semua yang sudi membawa makanan ni.
Serawa Durian dan Roti Jala

Pada sebelah petang pula kami menerima pula kunjungan dari pihak pengurusan Hong Leong MSIG Takaful Berhad termasuk En. Syed Redzo iaitu Head of Agency Business, En. Amri, Head of Sales, serta pihak pengurus dan eksekutif lain.  Kami juga menerima kunjungan dari wakil MyAngkasa Amanah Berhad, iaitu penyedia khidmat pengurusan harta pusaka yang kami tawarkan kepada pelanggan.

En. Syed Redzo dari HLMT dan En. Jauhari dari MyAngkasa Amanah

 

Pihak pengurusan HLMT

Majlis kemudiannya menjemput En. Syed Redzo memberikan ucapan beliau manakala En. Amri pula mengumumkan tawaran-tawaran baru sempena tahun kewangan 2018/2019 yang baru bermula.  Apa yang menarik adalah tawarang tunai dan peraduan ke Jogjakarta yang sangat mudah untuk dicapai. Wow…!!

Ucapan dari En. Syed Redzo

En. Syed Redzo juga bersama-sama membuat cabutan bertuah untuk perunding-perunding kami yang berjaya menyahut cabaran Aidilfitri Bonanza yang diadakan selama sebulan. Majlis akhirnya bersurai pada jam 7.00 petang. Sebelum bersurai sekali lagi kami bergotong royong membersihkan perkakasan dan juga agensi agar kembali seperti sedia kala.

Terima kasih semua perunding-perunding Millionaire Thrivers yang hebat….. semoga kejayaan milik kita semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *