Blog

Bersara Dengan Bijak

Orang ramai perlu mengubah cara pemikiran mereka dan tidak hanya bergantung kepada simpanan KWSP untuk melalui hari-hari persaraan mereka, kata Tan Beng Wah, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Wealth Advisors Bhd. Gambar ihsan CWA
ORANG ramai mahu untuk menghabiskan usia emas mereka dengan selesa, tetapi sering memandang rendah banyak isu-isu kompleks yang berkaitan dengan persaraan, yang sering melampaui aspek kewangan.
Tan Beng Wah, ketua pegawai eksekutif CIMB Wealth Advisors Bhd (CWA), bercakap dengan The Sun baru-baru ini tentang apa makna bersara pada dunia hari ini. Pemerhatiannya yang pertama adalah bahawa kebanyakan orang tidak bersedia untuk bersara, kerana beberapa tanggapan salah, atau ‘tidak ambil endah’.
“Jika anda melihat pada persekitaran semasa, terdapat beberapa asas yang terpinggir,” katanya. “Apabila kehidupan berlalu, kebanyakan orang pada umumnya bertambah baik dari segi pendapatan mereka, sama ada mereka adalah ahli perniagaan atau pekerja pada masa anda bersara, pendapatan anda adalah lebih tinggi, dan oleh itu, anda akan menikmati gaya hidup yang berbeza.
“Anda akan berharap bahawa apabila anda bersara, anda akan dapat menikmati gaya hidup yang serupa, tetapi malangnya, simpanan persaraan kebanyakan orang adalah dari KWSP, yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka.”
Hanya segelintir orang berfikir tentang bentuk dana persaraan alternatifi, dan walaupun lebih ramai orang mula sedar yang mereka perlu mempunyai simpanan tambahan, mereka cenderung untuk mempunyai harapan yang tidak realistik mengenai jumlah yang mereka perlu peruntukkan untuk menyimpan demi untuk bersara dengan selesa.
“Katakan seseorang beranggapan mereka boleh bersara pada RM5,000 sebulan di Kuala Lumpur,” kata Tan. “Ok, tetapi jika orang ini berumur 30, dan mahu bersara pada umur 40, iaitu 10 tahun dari sekarang. Kemudian anda bertanya kepada mereka berapa yang mereka sanggup ketepikan setiap bulan untuk dana persaraan mereka, dan jumlah itu ternyata menjadi RM500.
“RM500 mesti berubah menjadi RM5,000 sebulan dalam tempoh 10 tahun. Bolehkah anda melihat masalahnya di sini? “
Walaupun ini adalah satu contoh yang ekstrem, ia merangkumi kebanyakkan sikap ramai orang di luar sana.
Tan juga berkata orang terlalu bergantung ke atas simpanan KWSP mereka, tidak menyedari bahawa mereka mungkin tidak akan bertahan lama dengan simpanan mereka. “KWSP telah ditubuhkan pada tahun 1951 apabila purata jangka hayat 55 tahun, yang bermaksud bahawa apabila anda bersara,  anda akan mempunyai wang untuk hidup dengan lebih selesa untuk beberapa tahun lagi.
“Hari ini, purata jangka hayat kita adalah 75 tahun bagi lelaki, 79 tahun untuk wanita. Oleh itu, simpanan anda harus mencukupi untuk menampung 20 hingga 25 tahun lagi hidup, yang di mana ianya adalah satu realiti. Ia adalah satu masalah yang besar. “
Minda belia
Alasan untuk tidak mengendahkan, menurut Tan, adalah mudah untuk menyalahkan orang lain. “Ia salah ibu bapa!” seru beliau. “Malah kanak-kanak hari ini yang tidak datang dari keluarga berpendapatan yang sangat tinggi tidak pernah berkehendak, tidak pernah merasa lapar. Apa sahaja yang mereka mahu, dapat dicapai. “
Oleh kerana itu, tidak ramai anak-anak muda hari ini memahami nilai simpanan dan lazimnya tidak mempunyai simpanan langsung.
“Kami telah membuat satu generasi kanak-kanak yang tidak begitu bebas, dan yang mengharapkan untuk dijaga. Ia salah ibu bapa, bukan anak-anak. Mereka dibesarkan dalam persekitaran itu dan oleh itu mereka tidak memikirkan masa depan mereka. “
Minda seperti ini sebenarnya amat mencabar untuk membolehkan anak-anak muda  memahami bahawa mereka perlu menyimpan terlebih dahulu sebelum mereka boleh memulakan perbelanjaan.
Kos sara hidup dan inflasi mata wang yang semakin meningkat juga telah menyumbang kepada wang kehilangan nilai wang berbanding dengan satu generasi lalu.
“Andaikan seseorang mendapat gaji sebanyak RM3,000. Anda meminta mereka untuk menyimpan 10% dari gaji mereka, iaitu RM300, ianya satu pengorbanan yang besar bagi mereka. Tetapi jika anda lihat, apa yang boleh dibelanjakan dengan RM300 pada hari ini? Amat mengecewakan. Tetapi walau bagaimanapun, realitinya adalah  jika anda tidak menyimpan RM300, anda tidak akan menyimpan langsung. “
Menurut Tan, prinsip yang baik adalah seseorang harus mempunyai gaji sekurang-kurangnya enam bulan dalam simpanan. Sekiranya ingin lebih, mereka boleh melihat jenis-jenis pelaburan yang boleh mengembangkan kekayaan mereka.
“Terdapat banyak cara lebihan tunai boleh dilaburkan untuk mengembangkan kekayaan mereka demi masa depan,” kata Tan. “Cuma isunya, berapa banyak risiko seseorang itu sanggup menghadapinya. Tetapi secara umum, anak-anak muda boleh mengambil lebih risiko untuk pelaburan.
“Dan berapa banyak seseorang perlu menyimpan untuk pelaburan, secara mutlaknya adalah terletak pada tangan mereka sendiri.
Ini adalah apa yang kita panggil  sebagai ‘kos melepas’, jika saya melabur atau menyimpan jumlah ini, maka saya terpaksa melepaskan peluang untuk membelanjakanya untuk  sesuatu yang lain “.
Persoalan penting
Terdapat beberapa persoalan penting untuk ditanya apabila orang mahu menentukan berapa banyak yang mereka perlukan untuk bersara.
Pertama, bila mereka mahu bersara? Bagi sesetengah orang, ia mungkin pada usia 55 tahun, manakala yang lain mahu bersara pada umur 40 tahun, atau percaya mereka boleh bekerja sehingga mereka berumur 60 tahun.
Walau bagaimanapun, mereka juga harus mempertimbangkan soalan kedua: berapa lama mereka jangka untuk hidup selepas bersara?  Mereka perlu mampu untuk menyara diri semasa tahun-tahun interim menggunakan dana persaraan mereka.
Ketiga, apakah jenis gaya hidup yang mereka mahu selepas bersara? Kebanyakkannya seboleh-bolehnya mahu menikmati gaya hidup selesa, melancong ke serata dunia, atau mengejar impian yang mereka mahu dalam hidup selama ini.
Tetapi mereka juga perlu mengambil kira isu-isu lain, termasuk kesihatan dan pergaulan dengan rakan-rakan.
Menurut Tan, aspek yang paling penting dalam perancangan untuk persaraan adalah melangkaui nilai angka. “Negara ini mempunyai banyak masalah apabila berurusan dengan persaraan,” katanya.
“Persaraan dan usia emas melangkaui batas kewangan. Kualitatif dan kuantitatif perlu dipertimbangkan juga. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai aspek-aspek material, dan tidak bercakap mengenai aspek-aspek sosial dan kualiti hidup.
“Saya berharap bahawa orang ramai akan berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini, dan bukan hanya bertanya tentang angka.”