Apa itu Harta Batil?

 

Harta batil itu adalah memakan atau mengambil hak orang lain.  Berikut adalah beberapa senario untuk memudahkan pemahaman kita berkenaan dengan harta batil.

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak. Anak yang sulung adalah lelaki. Rumah pusaka masih atas nama si mati dan rumah disewakan atas persetujuan semua. Setiap tahun buat kenduri adik beradik dengan duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun tiada lagi kenduri adik beradik dan duit pun tidak diagih pada waris. Si abang hanya diam membisu. Inilah dinamakan memakan harta batil.

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya…1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim….memakan harta batil…

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka…hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya…bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya….Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain….

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya…semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim….

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan.  Duit insuran atas nama bapa si mati.  Selepas kematian…pihak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya…dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak….seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula…apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Kredit: Zie – Perancang Harta Pusaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *