Caruman KWSP Majikan 13% Bermula Januari 2012

Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan akan dinaikkan berkuat kuasa gaji Januari 2012. Kenaikan caruman KWSP majikan adalah 1%  iaitu daripada 12% kepada 13%.
Caruman KWSP pekerja tidak akan mengalami perubahan iaitu akan tetap apda 11% sahaja. Selain itu, bagi pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000, golongan ini juga akan menikmati manfaat apabila majikan diwajibkan mencarum 6.5% iaitu tambahan 0.5%  manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5%.

Kenaikan caruman KWSP telah dibentangkan pada Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Objektif kenaikan caruman KWSP majikan adalah untuk meningkatkan simpanan hari tua. Kajian menunjukkan hampir 70 peratus pesara menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

Tindakan kerajaan meningkatkan caruman KWSP ini dapat meningkatkan simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *