Alhamdulillah, hari ini berakhir sudah penantian kami sebagai perunding unit amanah di RHB Asset Management. NYKO ini bermaksud New Year Kick Off yang dibentangkan oleh pihak pengurusan dengan pelbagai peraduan atau cabaran yang harus kami semua capai untuk mendapatkan ganjarannya.
Sebagai perunding unit amanah, percutian ke luar negara merupakan lumrah. Jadi, setiap tahun kami sentiasa tertunggu-tunggu ke manakah destinasi yang seterusnya. Percutian anjuran syarikat unit amanah terutamanya oleh RHB Asset Management sangat-sangat menarik dan bertaraf lima bintang. Semua perunding hanya perlu membawa wang saku untuk membeli belah di luar negara kerana segala perbelanjaan lain telahpun di tanggung oleh pihak syarikat.
Untuk peraduan 2018, hadiah utama merupakan percutian percuma ke Paris. Seronok kan…? Manakala untuk perunding-perunding baru, mereka layak untuk mencapai satu lagi percutian tambahan percuma iaitu percutian ke Shanghai dan Hang Zhou.
Pengumuman ini selalunya diadakan dengan gaya yang meriah dan mendebarkan kerana semua perunding tertunggu tunggu dan tertanya tanya ke manakah destinasi yang mereka akan lawati pada tahun hadapan.
Wow…Were going to Shanghai Hangzhou…!!!!
Posted by Jeff AJ on Monday, 8 January 2018
Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou
Where are we going next year….?
Posted by Jeff AJ on Monday, 8 January 2018
Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou
Regional Convention Trip 2018
Premier Convention Trip 2018