Apa itu Agihan Pendapatan atau Income Distribution Dalam Unit Amanah

Kita seringkali mendengar perkataan bonus, dividen, income distribution dalam unit amanah. Selalunya ini dipanggil bayaran dividen. Namun begitu ramai yang tidak tahu apa itu agihan pendapatan atau income distribution yang sebenarnya.

Perlu diketahui bahawa income distribution atau nama popular nya dividen ini tidak dibayar oleh semua dana atau syarikat. Kita kena tahu adakah dana yang kita akan laburkan itu membuat pembayaran dividen melalui Product Disclosure Sheet atau Fund Fact Sheet. Di bawah ini saya tunjuk contoh di mana informasi mengenai pembayaran dividen ditulis.

Fund Fact Sheet Dana RHB Islamic Global Developed Market Fund

Ok kalau anda perhatikan, pada bahagian kanan dan paling bawah dinyatakan tarikh dan jumlah dividen yang diberikan bagi setiap unit dalam bentuk RM dan dalam bentuk peratusan pelaburan yang diberikan pada ketika agihan pendapatan dibayar.

Sejarah Peembayaran Agihan Pendapatan

Pembayaran agihan pendapatan ini dibayar tidak kira berapa lama pelaburan itu dimasukkan. Contoh, sekiranya pembayaran agihan dibayar pada 30 Jul 2020, sekiranya anda baru melabur pada 28 Jul 2020 anda tetap akan mendapat jumlah agihan yang sama seperti mereka yang melabur lebih lama dari anda. Tidak seperti ASB yang mana bayaran agihan pendapatan akan dibayar mengikut kadar purata.

Namun begitu jangan terkeliru dan merasa pelaburan dalam unit amanah ini lebih untung sekiranya anda memasukkannya dekat-dekat dengan tarikh pembayaran dividen. Ini kerana ASB mempunyai harga unit yang tetap iaitu RM1 pada setiap masa. Jadi setiap pembayaran dividen yang dibayar dan sekiranya dicampurkan dengan setiap unit yang berharga RM1, maka nilai pelaburan anda akan bertambah.

Berlainan dengan agihan pendapatan unit amanah yang mempunyai harga yang turun naik atau volatility. Harga unit akan turunkan sejurus selepas pembayaran agihan pendapatan. Contohnya seperti di bawah. Seandainya pembayaran dividen pada 30 Jul 2020 dengan harga 3.5 sen seunit.

Pelaburan sedia ada 100,000 unit pada kadar RM1.035. Nilai pelaburan:

100,000 unit x RM1.035 = RM103,500

Selepas agihan pendapatan, harga seunit akan diturunkan sebanyak 3.5 sen sejurus selepas agihan. Jadi pelaburan anda akan jadi begini.

100,000 unit x RM0.035 = RM3,500

Harga selepas agihan akan menjadi RM1.00. Nilai agihan RM3,500 akan dilaburkan semula dalam pelaburan dan ditukarkan menjadi unit.

Jumlah unit yang anda dapat adalah RM3,500 / RM1.00 = 3,500 unit.

Pelaburan anda selepas agihan pendapatan:

100,000 unit + unit percuma 3,500 = 103,500 unit.

Nilai pelaburan baharu: 103,500 unit x RM1.00 = RM103,500.

Anda mempunyai dua pilihan untuk agihan pendapatan ini iaitu untuk melaburkan semula seperti di atas atau meminta pihak syarikat unit amanah untuk membuat pembayaran kepada anda. Seperti yang saya nyatakan, sekiranya anda membuat pengeluaran dengan meminta syarikat membuat pembayaran kepada anda, maka nilai pelaburan anda akan berkurangan.

Jadi, seandainya anda melabur sebelum atau selepas agihan pendapatan, jumlah nilai pelaburan anda tidak akan berubah. Kelebihan yang anda dapat sekiranya anda melabur ketika agihan pendapatan adalah harga unit akan diturunkan jadi anda akan mendapat unit yang banyak tidak kira sebelum atau selepas agihan. Sekiranya anda melabur sebelum agihan, anda akan mendapat unit percuma melalui agihan pendapatan. Sekiranya anda melabur selepas agihan, anda akan membeli unit dengan harga yang murah.

Jadi bila anda akan dapat keuntungan dari agihan pendapatan ini? Anda akan mendapat keuntungan dari agihan ini apabila harga mula naik selepas harga diturunkan (readjusted). Setiap unit unit percuma yang anda dapat akan mula memberikan kenaikan modal.

Sekiranya anda melabur untuk tempoh yang lama dalam dana yang memberikan agihan ini, unit anda akan bertambah tanpa anda sedari dan apabila harga naik ketika itu anda dapat menjual unit unit anda dan mendapatkan keuntungan. lagi lama anda membuat pelaburan, lagi banyak unit anda akan berkembang dan lagi banyak anda akan mendapat keuntungan apabila harga naik.

Andainya anda melabur dalam dana yang tidak memberikan agihan pendapatan, anda perlu membuat tambahan pelaburan sekiranya nilai pelaburan jatuh untuk melakukan DCA atau Dollar Cost Averaging iaitu menambah nilai pelaburan ketika harga unit jatuh bagi mempercepatkan proses mendapatkan keuntungan.

Namun, dengan dana yang mempunyai agihan pendapatan ini, anda dapat unit unit percuma tanpa perlu membuat pelaburan tambahan. Sekiranya anda membuat pelaburan tambahan ketika harga unit murah maka itu akan menjadi lebih baik untuk meningkatkan nilai DCA pelaburan anda.

Ingin bertanya mengenai pelaburan atau memilih dana yang sesuai untuk pelaburan? Jom hubungi kami.