Blog

Pelan Simpanan i-Care Hasanah

Adakah anda tercari-cari untuk melabur dalan pelan yang terbaik untuk maksa hadapan?  Seperti yang kita sedia maklum, untuk masa hadapan dan juga untuk memastikan kesinambungan warisan kita haruslah mempunyai simpanan yang mampu memberikan pulangan yang cantik dan kita juga harus mempunyai satu pelan perlindungan untuk melindungi diri kita seandainya berlaku perkara yang tidak diingini dan kita tidak mampu untuk meneruskan pekerjaan mahupun menyimpan untuk masa hadapan.

 
Pelan simpanan i-Care Hasanah
 
Dengan pelan simpanan i-Care Hasanah, anda tidak perlu lagi risau kerana pelan ini boleh memberikan semua faedah di atas kerana ia mempunyai pulangan berganda untuk jangka masa panjang. Pelan ini juga memberikan bayaran tunai yang tinggi dari akhir tahun pertama menyimpan bagi memberi peluang kita membuat pelaburan di mana-mana tempat yang kita sukai atau boleh juga dilaburkan semula di dalam pelan simpanan ini untuk memastikan nilai matang yang tinggi.  Malah, sekiranya apa-apa terjadi kepada diri kita, kita juga mampu meninggalkan sejumlah simpanan yang besar dalam bentuk hibah untuk keluarga kita.  Sebab itulah i-Care Hasanah memenangi anugerah The Most Outstanding Takaful Product in Malaysia di KLIFF pada tahun 2016.
 
Anugerah di KLIFF 2016 untuk i-Care Hasanah
 
Bagaimana i-Care Hasanah ini boleh memberikan faedah sedemikian rupa?  Ini kerana ciri-ciri yang ada dalam i-Care Hasanah yang memang sangat hebat seperti di bawah:
 
  • Pilihan tempoh simpanan cuma 8 atau 10 tahun namun tempoh sijil sehingga 20 tahun.
  • Rebat Tunai (Bantuan Sara Hidup) sehingga 50% dari jumlah simpanan tahunan bermula dari tahun pertama menyimpan sehingga ke tarikh matang tahun ke 20 walaupun kita sudah berhenti menyimpan pada tahun ke 20.
  • Pilihan untuk mengeluarkan rebat tunai atau dilaburkan semula.
  • Perlindungan hayat untuk tempoh 20 tahun sedangkan tempoh caruman cuma 8 atau 10 tahun sahaja.
  • Nilai simpanan berganda sekiranya rebat tahunan dilaburkan semula kerana ini adalah pelan simpanan berkait pelaburan.
  • Servis tambahan iaitu Badal Haji, Khidmat Waqaf dan Ibadah Qurban sekiranya berlaku kematian, bagi pihak yang dilindungi
 
1. Pilihan Simpanan 8 atau 10 Tahun Untuk Tempoh Sijil 20 Tahun
 
 
2. Rebat Tunai sehingga 50% setahun selama 20 tahun bermula dari tahun pertama
 
Anda boleh memilih untuk menerima rebat ini bermula pada akhir tahun pertama atau akhir tahun ke 8 atau 10 sehingga tahun ke 20.
 
Nilai rebat ini anda boleh pilih untuk dilaburkan semula sehingga ke tarikh matang iaitu tahun ke 20 atau dikreditkan secara terus ke akaun simpanan anda di mana-mana bank di Malaysia. Menarik kan?
 
 
3. Nilai Simpanan yang Hebat dan Perlindungan Yang Tinggi!
 
 
4. Khidmat Tambahan untuk Amal Jariah Anda!
 
 
 
 
Hebat kan pelan simpanan i-Care Hasanah ni?  Nak tahu lebih lanjut? Jom hubungi team kami di sini: http://elitefin-group.com/hubungikami.  Hanya tap di gambar perunding yang anda sukai dan anda boleh berhubung terus dengan mereka!
 

Melawat Kanak-kanak Menghidap Kanser

Pada 13 September 2019 baru-baru ini, pihak Hong Leong MSIG Takaful Berhad telahpun mengadakan lawatan Corporate Social Responsibility (CSR) ke Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL).
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendekati kanak-kanak yang menghidap kanser disamping memberikan bantuan dari segi kewangan dan juga menjalankan aktiviti untuk menggembirakan kanak-kanak ini.

 

Jumlah sumbangan dari HLMT
Kami merasa amat-amat tersentuh melihat kanak-kanak yang bernasib istimewa ini.  Hampir kesemua pesakit tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser sebelum ini.  Ia membuatkan kita merasa kita semua ni, sesiapa sahaja pada bila-bila masa sahaja boleh menghidap kanser.
Ada yang demam denggi dan darah tidak normal tetapi apabila diperiksa secara lanjut menghidap leukimia.  Ada juga yang tiba-tiba leher membengkak dan apabila ke hospital disahkan menghidap kanser limfoma. Sedih sangat sedih apatah lagi kanak-kanak ini dahulunya sihat walafiat.
Kakitangan HLMT dan Perunding Cemerlang yang terpilih untuk sessi CSR ini
CSO HLMT, En Yasser bersama Pengurus Agensi, Dato Zach
Pihak HLMT membawa bersama  clowndan Mickey Mouse untuk menghiburkan kanak-kanak ini.  Selain bantuan kewangan kami juga menyerahkan mainan untuk menghiburkan mereka.
CTC Jeff AJ Bergambar bersama CTC Dato Zach, Jawatankuasa Syariah HLMT, CSO HLMT dan Trainer HLMT
Mainan untuk anak-anak comel
Menyerahkan sumbangan dari pihak HLMT untuk keluarga yang istimewa
Adik ini meghidap kanser limfoma ini gembira dengan kehadiran clown yang dibawa oleh pihak HLMT
CEO HLMT, En Asri berbual dengan anak ini yang menghidap kanser otak
CTC Jeff AJ dan CTC Dato Zach bersama anak istimewa dan clown
Bersama adik ini yang menghidap leukimia

Sungguh apa yang terjadi kepada mereka ini sangat-sangat menginsafkan kita semua.  Sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan kesembuhan bagi mereka dan memberikan kekuatan buat ibu bapa ini dalam menghadapi ujiannya.

Pesanan kami, ambillah pelan takaful kerana kita semua tidak tahu bila musibah akan melanda.  Berdoa agar kita semua dijauhkan dari ujian sebesar ini.

Amin

Kad Perubatan Murah

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak bercerita tentang kad perubatan.  Baru-baru ni kecoh tentang harga kad perubatan untuk setiap syarikat insurans dan takaful naik pada 1 Ogos 2019 disebabkan oleh arahan terbaru BNM?  Arahan apa tu ya?

Begini, arahan tersebut adalah untuk memastikan bahawa pelan insurans atau sijil takaful yang diambil itu bertahan lama samada 80 tahun atau 100 tahun.  Ianya dipanggil sustainability period.  Sekiranya tempoh sijil itu lebih lama, maka carumannya adalah lebih tinggi untuk menaikkan jumlah tunai dalam akaun bagi memastikannya bertahan lama. Faham di situ?

Kenapa dahulunya murah?  Kalau kita perhatikan, semua pelan – pelan kad perubatan dulu murah tetapi sustainability nya rendah.  Kadang-kadang umur 60 sudah lapse disebabkan oleh nilai tunai yang ada di dalam akaun peserta sudah tidak cukup untuk menampung kos kad perubatan kerana apabila umur meningkat, maka risiko yang ditanggung oleh syarikat adalah tinggi.  Begitu juga dengan kadar inflasi yang seharusnya diambil kira oleh syarikat pada tempoh masa akan datang.  Kenaikan kos perubatan itu sangat tinggi.  Kalau itu yang kita rasakan sekarang, apatah lagi pada masa akan datang bukan?

Caruman pelan investment link ni selalunya jarang naik harga kerana nilai tunai yang ada di dalamnya membantu mengekalkan jumlah caruman untuk tempoh yang lama, tidak seperti pelan tradisional yang selalunya naik setiap tempoh 5 tahun.

Tetapi jangan risau, pelan takaful di HLMT ini masih lagi murah… untuk anak anda dengan RM150 pun sudah dapat kad perubatan yang mampu bertahan sehingga umur anak anda 80 tahun tau.  Kenapa HLMT lebih murah berbanding dengan syarikat lain ya? Begini, HLMT dan HLA ni merupakan pengendali takaful dan syarikat insurans tempatan.  Apabila syarikat tempatan ni, HQ juga berada di Malaysia. Kos pengurusan syarikat adalah dalam nilai Ringgit Malaysia kan…?  Kalau syarikat luar ni, kos pengurusan pejabat serantau (regional office), HQ dan sebagainya sama-sama ditanggung.  Sekiranya syarikat tersebut berada di negara yang kos sara hidup atau nilai matawang nya tinggi, maka kos juga akan menjadi tinggi. Begitulah ceritanya.

Satu lagi, HL Group ni merupakan salah sebuah syarikat konglomerat yang terbesar di Malaysia.  Jadi backup syarikat ni daripada segi financial adalah sangat kuat.  Apa syarikat yang berada di bawah HL Group ni ya?  Selain dari HLB dan HL Islamic Bank, pernah dengar Guocoland? Yamaha? Thistle Hotel? Sofitel Hotel? Southern Steel Berhad? Banyak lagi lah kalau nak sebut.  Nanti pergi tengok dekat website HLG untuk keterangan lanjut. Jadi, rasanya tak perlu risau dengan kekuatan syarikat HLMT dan HLA ni…

HLMT ini juga pemenang untuk syarikat patuh syariah yang paling bagus di Malaysia di bawah
BestBrands in Takaful Solutions Award at The Brandlaureate World Halal Best Brands Awards 2018
manakala HLA pula memenangi  Most Valuable Brand Award of the Year by The BrandLaureate BestBrands Awards 2016-2017

Ok bagaimana pula dengan harga kad perubatan yang dikatakan murah itu tadi ya?  Untuk umur anak-anak anda, harga kad perubatan termasuk dengan simpanan dalam pelan berkait pelaburan i-Care Rahmat iaitu kad perubatan Medi Auni ni cuma dalam RM150 sahaja sebulan.  Untuk umur 20 tahun hingga ke 27 tahun cuma RM190 sebulan, untuk umur 40 tahun cuma RM300 sebulan.

Untuk harga di atas anda mendapat bilik wad RM200 semalaman dan perlindungan perubatan sebanyak RM1.12 juta dalam masa setahun dan jumlah ini berterusan sehingga umur 80 tahun kerana kad perubatan Medi Auni ni had sepanjang hayat (no life limit) berserta dengan perlindungan kematian, hilang upaya dan hilang upaya tua (Old Age Disablement).

Di bawah ini saya sertakan jadual harga pelan perlindungan i-Care Rahmat dengan kad perubatan Medi Auni untuk memudahkan anda semua.  Ini merupakan perlindungan Medi Auni sebanyak RM1.12 juta setahun dengan pelan RM200 berserta dengan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil untuk rujukan.

Sekiranya anda berminat untuk mengambil hibah dan simpanan sahaja tanpa memerlukan kad perubatan, di sini pula saya sertakan jadual untuk hibah sebanyak RM100,000 dan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil.

Semua pelan di atas mestilah dirujuk kepada risalah produk dan juga ilustrasi faedah pelan ini.  Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan quotation atau sebut harga tersebut, boleh lah menghubungi saya di www.wasap.my/60123023433. Ok?

Bimbingan untuk Hong Leong MSIG Takaful & Hong Leong Assurance di Sungai Petani

Setiap bidang yang kita ceburi mestilah mempunyai satu sistem latihan yang lengkap dan sempurna.  Sama juga dengan bidang kewangan yang saya ceburi di RHB Asset Management dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Latihan mengenai produk selalunya ditekankan oleh pihak syarikat.  Namun begitu ia memerlukan didikan dan latihan dari leader untuk mendapat sentuhan pengalaman di tahap industri atau pengalaman di lapangan yang sebenar.

Hari ini saya memandu kereta dari rumah di Sepang ke Sungai Petani di Kedah untuk memberi latihan mengenai takaful dan insurans kepada kumpulan Fusion Financial Group yang terdiri dari agensi Millionaire Thrivers Group dan agensi Legacy Jutawan Resources.  Saya merupakan Chief Takaful Consultant untuk Millionaire Thrivers Group, manakala Puan Liza Jab merupakan Chief Takaful Consultant untuk Legacy Jutawan Resources yang baru menyertai Hong Leong MSIG Takaful dan Hong Leong Assurance di bawah struktur agensi saya.  Jadi kami menggunakan cara ‘leverage’ untuk memastikan latihan dijalankan dengan secara gabungan di bawah nama Fusion Financial Group.

Memandangkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani agak mencabar disebabkan trafik yang sibuk dan beberapa kali terhenti, saya sampai ke pusat latihan di pejabat Hong Leong Assurance Sungai Petani pada jam  4.00 petang.  Sessi dipecahkan kepada dua iaitu latihan pengetahuan produk dan teknikal untuk Hong Leong MSIG Takaful dan diikuti pula dengan Hong Leong Assurance Berhad.

Saya menekankan kepada kedua-dua bidang Takaful dan Insurans memandangkan saya mempunyai pelanggan dan downline berbangsa Cina dan India.  Pejabat di HLA ditutup pada jam 5.30 petang, namun memandangkan latihan masih banyak yang perlu ditekankan, kami menyambung pembelajaran di Old Town White Coffee yang terletak di mall bersebelahan dengan bangunan pejabat HLA Sungai Petani.

Sessi pembelajaran kali ini sangat ceria dan sangat-sangat menggembirakan.  Saya berharap selepas ini team Financial Fusion Group akan lebih maju jaya di Hong Leong MSIG Takaful dan Hong Leong Assurance.

– Jeff AJ –

 

RHB Asset Management Lancar Dana Artificial Intelligence & Dana Shariah China Focus

Semalam saya telahpun berkesempatan untuk menghadiri sessi pelancaran dua dana baru RHB Asset Management iaitu RHB Artificial Intelligence Fund dan RHB Shariah China Focus Fund. Sessi ini bermula pada jam 9.30 pagi di Hotel Majestic Kuala Lumpur yang dikhaskan untuk tetamu VIP, Group Agency Manager dan juga perunding-perunding RHB Asset Management yang terpilih. Manakala sessi sebelah petangnya pula dikhaskan untuk semua agent RHB Asset Management.

Sessi pelancaran ini diserikan lagi dengan kehadiran robot bagi menggambarkan sektor teknologi yang digunakan oleh pihak RHB Asset Management untuk dijadikan asas dalam pelaburan dana ini.

Bergambar bersama Ms Eliza Ong Group Managing                                  Director, RHBAM

Teknologi AI merupakan sebuah teknologi baru yang sedang berkembang dan banyak diterapkan ke dalam sistem peranti mudah alih seperti iPhone, iPad dan peranti Android.  Ini merupakan satu peluang keemasan untuk para pelabur melabur dalam satu sektor pelaburan yang mula rancak dan RHB Asset Management menggunakan kesempatan ini untuk memberi peluang kepada para pelabur untuk menjana pelaburan dalam bidang AI ini melalui dana baru yang dilancarkan.

Manakala dana RHB Shariah China Focus pula mensasarkan pelaburan di Negara China memandangkan kestabilan matawang RMB dan perkembangan GDP yang paling hebat iaitu 6.90% pada tahun 2017 berbanding sembilan negara lain termasuk Jepun, UK, Australia, Jerman, Amerika Syarikat, Korea, Thailand, Malaysia dan India.  Sasaran sektor pelaburan untuk China Focus Equity ini lebih kepada barangan pengguna, sektor kesihatan, teknologi, internet dan kuasa bersih (clean energy) seperti nuklear, hydro, angin, solar, gas semulajadi dan pengurusan sisa buangan.

Di bawah ini merupakan petikan artikel dari Berita Harian untuk bacaan anda.

RHBAM sasar langganan RM200 juta bagi dua dana baharu

KUALA LUMPUR: RHB Asset Management Sdn Bhd (RHBAM) dijangka memperoleh langganan RM200 juta untuk setiap Dana RHB Syariah China Focus dan Dana RHB Global Artificial Intelligence (AI) dalam tempoh 12 hingga 18 bulan.
Pengarah Urusan dan Ketua Wilayahnya, Eliza Ong, berkata menerusi Dana RHB Syariah China Focus, para pelabur berpeluang melabur dalam pasaran modal Islam yang berkembang pesat di China, dengan memanfaatkan ekonomi kuasa besar bagi nilai pelaburan saham A dan saham H di semua sektor.
Akan diuruskan oleh pengurus dana China terkemuka, China Asset Management (Hong Kong) Ltd (ChinaAMC HK), Dana RHB Syariah China Focus juga akan melabur dalam portfolio Islam lain seperti amanah pelaburan hartanah, Dana Dagangan Pertukaran Islam, instrumen pasaran wang, skim deposit dan pelaburan kolektif.
“Kami merancang melancarkan dana China yang patuh Syariah pertama di Indonesia pada Januari 2019 dan yakin ia akan berjalan lancar di pasaran. Kami juga akan melancarkan produk di pasaran lain yang kami beroperasi,” katanya.
Pengurus Portfolio Kanan ChinaAMC HK, Raymond Jing, berkata penilaian semasa ekuiti China telah mencapai paras terendah dalam sejarah.
“Bersama-sama dengan kemasukan saham A ke dalam indeks global, ia membuka pelbagai peluang dan masa yang baik untuk para pelabur,” katanya.
Sementara itu, Dana RHB Global AI, yang diperkenalkan dengan kerjasama Allianz Global Investors (AllianzGI), akan melabur dalam syarikat yang mendapat manfaat daripada penggunaan infrastruktur AI, pembangunan dan penggunaan perisian.
Pengarah dan Pengurus Portfolio AllianzGI, Stephen B Jue, berkata terdapat 60 sektor berpotensi yang boleh dikaitkan dengan industri AI yang akan manfaatkan.
“Kami sedang bekerjasama dengan RHBAM untuk membawa dana AI kami kepada para pelabur di sini, kerana kami percaya ia akan memberi peluang pelaburan yang menarik bagi mereka yang ingin melabur dalam syarikat inovatif dengan memanfaatkan teknologi AI,” katanya.
RHBAM, anak syarikat RHB Investment Bank Bhd, kini menguruskan produk konvensional dan Islam dengan aset di bawah pengurusan bernilai RM49.2 bilion setakat 30 September 2018. –BERNAMA

Percutian Percuma Ke Bangkok dan Hua Hin

Baru-baru ini pada 27 Jul – 30 Jul 2018, pihak RHB Asset Management telah menaja sebuah percutian percuma ke Bangkok dan Hua Hin selama 4 hari 3 malam.  Percutian ini diberikan khas untuk perunding-perunding unit amanah baharu dibawah RHB Asset Management yang telahpun memberikan pencapaian yang memberangsangkan sepanjang tahun 2017.
Percutian ke Bangkok dan Hua Hin ini dinamakan Regional Sales Convention 2017.  Apa yang menariknya, target yang diberikan untuk percutian percuma ini tidaklah banyak bersesuaian dengan pengkhususan yang diberikan hanya untuk perunding-perunding baharu.  Perunding-perunding baharu cuma dikehendaki mengumpul RM500,000 jumlah pelaburan sepanjang tahun 2017.  Sungguh mudah sekali.
Disebabkan jumlah yang layak agak ramai, maka percutian ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.  Kumpulan A bercuti lebih awal sehari dan pulang lebih awal sehari dari Kumpulan B.  Saya turut serta menyertai percutian ini bagi menemani perunding-perunding di bawah jagaan saya yang telahpun layak.
Saya rasa cukup gembira melihat mereka sangat-sangat enjoy dengan percutian bertaraf 5 Bintang ini.  Bagi semua perunding RHB Asset Management, percutian yang paling utama adalah Premier Sales Convention yang mana perunding dikehendaki mengumpulkan pelaburan berjumlah RM2,000,000 bagi melayakkan mereka untuk bercuti.  Percutian itu pastinya lebih mewah dan destinasinya lebih jauh.  Untuk pencapaian pada tahun 2017, RHB Asset Management membawa kami bercuti ke Munich selama seminggu.  Semoga mereka yang berjaya dan menikmati percutian Regional Sales Convention ini merasa teruja dan lebih bersemangat untuk melayakkan diri mereka ke Premier Sales Convention RHB Asset Management yang akan membawa semua perunding ke Paris pada tahun hadapan.
HARI PERTAMA
Kami bertolak ke Bangkok menaiki pesawat Thai Airways dengan layanan yang cukup menarik bersesuaian dengan taraf penerbangan 5 bintang mereka.  Pesawat TG416 mengambil masa lebih kurang 2 jam dari KLIA ke Suvarnabumi Airport di Bangkok.

 

 

 

 

Sesampainya di airport, kami dijemput oleh ejen pelancongan yang dilantik khas oleh pihak RHBAM.  Kami kemudiannya dibawa menaiki tourist coach ke Hua Hin. Perjalanan ke Hua Hin mengambil masa lebih kurang 4 jam kerana keadaan jalan yang agak sesak.  Setibanya kami di Hua Hin lebih kurang jam 8 malam, kami dijamu disebuah restoran makanan laut.  Menu makanan yang dihidangkan memang terlalu banyak sehingga semuanya kekenyangan.  Thailand terkenal dengan makanan masakan Thai yang sedap, apatah lagi apabila kami dapat menikmati makanan Thai yang asli atau authentic.
Selesai makan kami dibawa berjalan-jalan ke pasar malam.  Disebabkan kepenatan berada di dalam bas dan kapal terbang serta perjalanan yang agak jauh, kami mengambil peluang untuk mengurut kaki di pusat-pusat urutan yang bertebaran seperti cendawan tumbuh di pasar malam tersebut.  Harga urutan sejam sangat murah iaitu BHT100 atau RM12.00.  Kami diberi masa selama sejam untuk berada di sana dan kemudian kami dihantar ke hotel yang ditempah khas oleh pihak RHBAM iaitu The Imperial Hua Hin Beach Resort.  Proses check in sangat senang, sampainya di hotel semua kunci beserta nama kami sudahpun tersedia.  Apa lagi semua masuk ke bilik dan terus beradu kerana kepenatan.
HARI KEDUA

 

 

Keesokan paginya kami bersarapan di hotel sebelum menaiki bas menuju ke tempat-tempat menarik sekitar Hua Hin. Tempat pertama yang kami pergi adalah Huahin Sam Phan Nam Floating Market.  Di Thailand floating market sangatlah terkenal dan hampir ada di semua tempat. Di sini terdapat banyak makanan, buah-buahan, pakaian dan barangan cenderahati yang cukup murah.  Sejam lebih berada di sana kami berpeluang shopping dan menaiki boat meronda kawasan floating market.
Kemudiannya kami dihantar ke sebuah restoran tempatan untuk menikmati makan tengahari. Seperti yang dijangka, makan tengahari kali ini pun cukup banyak lauk pauk.  Habis sahaja makan tengahari kami dihidangkan pula dengan pulut mangga dan durian Thai yang sangat sedap.
Selesai makan, kami di bawa ke Swiss Sheep Farm.  Ini merupakan theme park yang berkonsepkan pertanian di mana pengunjung boleh memberi makan kepada kambing biri-biri yang ada di sana disamping terdapat beberapa tempat menarik untuk bergambar.  Selepas itu kami bertolak ke Santorini Park di Hua Hin.  Ini merupakan pusat membeli belah berkonsepkan Pulau Santorini yang terletak di Greece.  Santorini terkenal dengan pulau yang mempunyai bangunan dengan hanya dua warna iaitu biru dan putih. Selesai bergambar di Santorini Park kami menaiki bas dan bertolak ke Bangkok untuk makan malam bersama Kumpulan A atau ‘Get Together Dinner’.

 

 

 

 

GET TOGETHER DINNER
Setibanya kami di Bangkok, kami singgah dulu bersolat di sebuah masjid di tengah-tengah bandaraya Bangkok.  Di Bangkok ini tidak begitu susah untuk mencari masjid kerana umat Islamnya agak ramai.  Selesai bersolat, kami menuju ke Chao Praya Princess Cruise untuk menikmati makan malam bersama-sama Kumpulan A.  Sebelum menaiki kapal kami diminta untuk bergambar bersama dengan penyambut tetamu cruise tersebut.
Suasana di dalam kabin kapal sungguh mewah.  Kami bertuah kerana semua urusan makanan diuruskan oleh pihak RHBAM supaya ianya halal.  Kami dihiburkan dengan live band semasa menikmati juadah makan malam yang dihidangkan secara buffet.  Selesai makan kami lepak-lepak di dek kapal.
Cruise tersebut kemudiannya telah sampai ke pelabuhan apabila semua orang telahpun selesai makan dan menikmati suasana di atas cruise yang cukup menarik terutamanya apabila kami dapat melihat bangunan-bangunan di kotaraya Bangkok yang dilimpahi cahaya lampu yang sungguh indah.

 

 

 

Namun begitu kami tidak dibenarkan keluar setelah semua tetamu-tetamu lain turun dari cruise tersebut.  Ada kejutan katanya.  Kami kemudiannya telah di bawa ke tengah-tengah sungai Chao Praya yang besar itu.  Di dalam kegelapan, kami melihat sebuah kapal dengan cahaya bertulis RHBAM berada di tengah-tengah sungai yang gelap.  Tiba-tiba bunga api melayang ke udara dengan tulisan RHB Asset Management dan diikuti dengan bunga api yang menarik dilantunkan ke udara.  Terasa diri kami ini sangat-sangat istimewa dengan layanan yang sungguh memukau oleh RHBAM.
Selesai makan malam, kami terus pulang ke hotel. Kali ini hotel kami adalah di Centre Point Hotel Pratunam.  Bilik yang diberikan kepada kami agak besar, siap dengan ruangan pantry dan peti sejuk.  Mewah sekali hotel ini.  Hotel ini dipilih kerana perunding-perunding RHBAM meminta agar pihak pengurusan memilih hotel di tengah-tengah bandar untuk memudahkan kami berjalan free and easy pada sebelah malam.

 

HARI KETIGA
Selesai bersarapan pagi, kami telahpun dibawa untuk bershopping di Chartuchak Weekend Market.  Kalau pergi ke Bangkok dan tidak singgah ke Chatuchak ni memanglah rugi. Tempat ini sangat-sangat besar. Terdapat lebih 8,000 kedai di Chatuchak ni!! Dari sekecil-kecil barang, gerai makanan sehinggalah ke kedai-kedai menjual perabot cantik dan aksesori yang berharga ribuan ringgit.  Kebanyakan hotel datang membeli perabot di sini kerana ianya cantik, unik dan murah.  Ketika saya bekerja di Golden Lounge, Malaysia Airlines, kami juga datang ke sini untuk membeli tray, kotak tisu, tong sampah dan sebagainya.

 

 

 

Saya banyak membeli cenderahati untuk kawan-kawan, saudara mara dan downline saya di RHBAM dan Hong Leong MSIG Takaful.  Ianya sangat-sangat murah berbanding dengan harga di Malaysia.  Hampir 5 kali ganda lebih murah!
Kemudian kami telah berkumpul dibawa ke Gem Gallery iaitu tempat menjual batu permata, barang kemas dan aksesori yang menarik.  Memang murah dan sangat-sangat memukau kecantikan batu permata di situ. Ramai perunding-perunding RHBAM mengambil peluang untuk bershopping di situ.  Ada juga yang hanya window shopping sahaja.
Setelah selesai bershopping di Gem Gallery, kami telahpun dibawa ke MBK Centre untuk bershopping.  Harga barangan di sana tersangatlah murah.  Aksesori handphone, gajet, beg troli, pakaian, makanan semuanya murah!!  Memang rambang mata kami kelihatnya.  Pada mulanya saya hanya menukar RM500 untuk ke Bangkok kerana tidak berniat untuk bershopping.  Namun, iman saya kalah. Hehehe…  Terpaksalah swipe credit card…
Habis sahaja shopping kami di bawa ke tingkat atas di mana terdapatnya restoran makanan laut yang halal milik orang Islam.  Seperti biasa, makanan yang dihidangkan terlalu banyak sehingga kami tidak lagi mampu untuk menghabiskannya.  Selesai makan kami pulang ke hotel.

 

 

 

 

 

Pada sebelah malamnya kami mengambil Grab untuk menyinggah di Hard Rock Cafe.  Biasalah, kalau pergi ke negara luar pasti nak beli T-Shirt Hard Rock dari sana sebagai koleksi.  Kami pergi agak lewat, iaitu pukul 11 malam.  Selesai shopping, kami singgah sekejap untuk melihat live band di dalam Hard Rock cafe sebelum ianya di tutup pada jam 12 malam.

 

HARI KE EMPAT
Ini merupakan hari terakhir kami di sini.  Selesai sahaja bersarapan kami telahpun di bawa ke Healthland untuk menikmati Thai Massage.  Teknik urutan di sini adalah berlapik iaitu mereka tidak menyentuh tubuh kita.  Namun begitu teknik urutan sangatlah sedap sehingga kami tertidur ketika diurut.  Tempat ini juga cukup besar dan menarik.  Di kawasan lobinya pula mereka menjual ‘body care’ yang berteraskan aroma terapi dan spa.  Selesai sahaja mengurut selama 2 jam yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak RHBAM, kami dibawa menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Di sana kami check in dan menikmati makan tengahari sebelum berlepas pulang menaiki Thai Airway TG417.  Walaupun trip ini cuma 4 hari namun pengalaman yang kami alami sangatlah hebat.  Terima kasih RHBAM di atas layanan yang hebat ini.  Insya Allah, semoga kami dapat ke Paris pada tahun hadapan secara percuma untuk RHBAM Premier Sales Convention 2018.

Latihan Mingguan: Close Client melalui Carian Fakta

Agensi Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy Venture sememangnya sudah hampir setahun bergabung untuk mengadakan kelas latihan setiap minggu secara bersama.  Kelas latihan ini selalunya diadakan pada setiap hari Selasa, jam 8.30 malam bertempat di agensi Empire Legacy di Seri Kembangan.

Pada hari ini giliran AS Ady Soleh atau Soleh Ahmad untuk mengadakan kelas.  Setiap minggu kami akan rotate tenaga pengajar untuk memastikan ilmu yang diberikan itu mempunyai variasi yang berbeza kerana setiap perunding mempunyai kekuatan dan kelebihan mereka masing masing.

Pada hari ini Ady Soleh berkongsi bagaimana untuk mendapatkan client melalui pencarian fakta atau perbualan dengan client. Kadang-kadang sebagai perunding kewangan dan mempunyai banyak produk, kita mempunyai kecenderungan untuk merasa keliru apa yang perlu diberikan kepada client. Tetapi melalui pencarian fakta ini, kita dapat menilai tahap kewnngan pelanggan dan apa keperluan kewangan yang sebenarnya untuk pelanggan tersebut.

Paling penting kita tidak boleh menjual sesuatu yang kita suka.  Kita kena syorkan kepada client sesuatu yang mereka perlukan dengan memberikan kesedaran kepada pelanggan mengenai cara pengurusan wang yang berhemah.

Malam ini saya menggunakan peluang ini juga untuk berkongsi bagaimana menggunakan teknik perbualan carian fakta atau fact finding ini untuk mencari apakah produk yang sesuai untuk pelanggan dan bagaimana cara untuk membuatkan pelanggan mengambil beberapa produk sekaligus seperti simpanan unit amanah, pembiayaan ASB, skim persaraan swasta dan perlindungan takaful pada satu masa.

Alhamdulillah, melalui perkongsian pada malam ini para perunding Millionaire Thrivers dan Empire Legacy nampak lebih bersemangat untuk memperaktikkan cara yang baru mereka belajar ini.  Melalui cara ini, kami boleh menunjukkan kemampuan kepada pelanggan melalui cara pendedahan kewangan dan khidmat nasihat secara jujur dan professional.

Kelas malam ini diakhiri dengan perkongsian dari GAM Dr. Norhayati mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap perunding unit amanah dan takaful kami serta cara-cara bagaimana untuk mengatasinya dan menanganinya dengan berkesan. Pada malam ini kelas berakhir hampir jam 10.45 malam.

Semoga perkongsian pada kali ini memberikan faedah dan ilmu yang berguna untuk semua yang hadir.  Insyaallah…