Unit Trust – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips mengenai perkara yang kita perlu nilaikan dalam membuat pelaburan unit amanah atau lebih popular sebagai unit trust.1. Apakah Objektif Pelaburan Anda?

Tentukan dahulu apakah objektif pelaburan anda? Adakah anda menyimpan untuk persaraan atau sekadar untuk menggandakan pulangan. Berapakah jangkaan pulangan yang anda mahukan? Berapa jumlah matang yang anda mahukan? Dari sini kita boleh tentukan jenis dana, skim pelaburan, tempoh pelaburan, jumlah dan jenis caruman yang anda perlu buat.

2. Berapa Lamakah Masa?

Adakah anda ingin menyimpan untuk tempoh singkat, sederhana ataupun jangka panjang? Perlu diingat, simpanan dalam unit trust mestilah dalam jangka masa sederhana atau panjang sahaja. Tetapi kadang-kadang pulangan boleh diperolehi dalam tempoh yang singkat berdasarkan pasaran semasa. Anggaplah ianya sebagai bonus sahaja.

3. Cash atau Skim EPF?

Terdapat dua skim untuk simpanan iaitu melalui cash dan Akaun 1 EPF.

Ada beberapa pilihan dana yang anda boleh pilih untuk skim EPF. Anda boleh rujuk di sini – https://www.fimm.com.my/wp-content/uploads/2016/03/EPF-MIS-Approved-Fund-List-2016-2017.pdf.

Untuk cash pula pilihannya lebih meluas. Anda juga boleh pilih untuk melabur dalam skim persaraan swasta (PRS) yang mana anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM3000 setahun dan caj pengurusan yang lebih rendah. Saya akan tulis mengenai skim ini di lain waktu.

4. Perlukah Pilih Syarikat Tertentu?

Adakah anda  perlu pilih syarikat yang popular untuk untung? Jawapannya tidak. Syarikat yang popular sudah pasti memberikan banyak kelebihan dari segi rangkaian cawangannya di merata-rata tempat, support system yang lebih baik. Tetapi itu bukan penentu keuntungan pelaburan. Kena ikut sistem yang betul. Syarikat yang lebih kecil pun tak mengapa, yang penting prestasi dana adalah terbaik. Rujuk majalah seperti Smart Imvest atau The Edge untuk mengetahui prestasi sesebuah dana dan kedudukannya. Pilih perunding yang bertanggung jawab dan berkaliber.

5. Apakah Dana Yang Saya Perlu Pilih?

Anda boleh rujuk panduan mengenai dana pada tulisan saya yang lalu di http://millionairethrivers.blogspot.my/2015/11/tips-melabur-dalam-unit-amanah.html?m=1.

Lebih tinggi pulangan dana maka lebih tinggi lah risiko selalunya. Pilih berdasarkan objektif pelaburan anda.

6. Dana Baharu Lebih Baik?

Selalunya prestasi masa lalu sesebuah dana tidak menjanjikan prestasi akan datang. Tetapi untuk melabur adakah kita perlu memilih dana yang mempunyai prestasi yang buruk?

Apabila kereta jenama syarikat Baru dikeluarkan dan kereta jenama syarikat yang terkenal dengan prestasi yang bagus dikeluarkan, yang mana pilihan anda? Kita diberi prestasi dan spesifikasinya di atas kertas walaupun belum terbukti bagus. Pasti kita cenderung membeli kereta dari syarikat yang sebelum ini sudah terbukti bagus. Namun begitu, membeli kereta baru belum tentu tidak ada masalah bukan? Begitu juga dengan unit trust.

Kecekapan fund manager sebenarnya mempengaruhi juga prestasi lalu sesebuah dana walaupun ianya tidak menjanjikan prestasi masa hadapan. Kerana apa yang berlaku pada masa hadapan hanya Yang Maha Esa sahaja tahu. Terdapat juga faktor faktor luar jangka dan pasaran semasa yang mempengaruhi prestasi dana.

6. Dengan Siapakah Saya Perlu Melabur?

Sebaiknya pilihlah perunding yang anda kenal dirinya bertanggung jawab. Perunding yang baik akan menjaga pelaburan anda dari hati. Perunding yang sudah lama selalunya menjaga pelaburan anda kerana itu adalah mata pencarian mereka. Perunding yang terlalu baru pula ada kemungkinan tidak bertahan lama dalam industri namun begitu tidak adil untuk tidak memilih mereka kerana semua yang lama bermula dari yang baharu. Kaji karakter mereka dan pengetahuan mereka mengenai industri unit amanah. Pilih mereka yang senang untuk anda berurusan. Saya pasti kita punya ‘sense’ tersendiri dalam menilai seseorang.

– Jeff AJ

Invest atau Tidak?

Keadaan ekonomi semasa tidak menentu. Perlukah saya buat pelaburan dalam Unit Trust, Gold atau Property?Kalau ada duit banyak, better invest semua. Diversify kita punya investment. Semuanya bagus.

Pastikan kita invest duit yang kita tak mahu guna dalam tempoh 3 atau 5 tahun ke atas.

Property selalunya akan naik selepas 2-3 tahun. Especially apabila kita beli pada harga yang agak rendah seperti sekarang. Tetapi apabila terdesak, lambat untuk kita cairkan. Kalau kita nak guna sikit sahaja, kita tak boleh jual bahagian dapur sahaja, atau tangga sahaja… Kita kena jual terus.

Gold pun bagus. Apabila harga naik kita akan dapat untung. Naik cairkan atau gadaikan pun senang sekiranya terdesak. Tetapi perlu ingat, simpan gold tak ada dividen. Selagi harga tak naik selagi itu belum untung. Simpanan dslam gold hanya dalam satu komoditi, tidak diversify. Jadi untuk ada diversifikasi, kena invest juga kat tempat lain.

Simpan dalam Unit Trust.. Bagus invest ketika harga rendah. Apabila kita simpan lama, walaupun harga belum naik tapi kita dapat dividen. Unit berkembang setiap tahun. Apabila harga pulih, semua unit percuma dari pemberian dividen akan memberikan keuntungan yang banyak. Pelaburan dalam Unit Trust sudah diversify. Fund Manager akan sentiasa menukar portfolio pelaburan mengikut situasi semasa. Kalau terdesak kita boleh jual sedikit mengikut keperluan kita.

Andai ada wang lebih semua mode pelaburan di atas amat bagus. Tetapi kalau baru mula nak melabur, boleh cuba unit trust kerana simpanan permulaan boleh dibuat serendah RM500 sahaja untuk buka akaun. Pilihlah dana mengikut kesesuaian. Dana boleh dipilih berdasarkan volatility mengikut umur pelabur atau tahap risiko yang diingini.

Untuk tempoh masa sederhana, dalam waktu ekonomi tidak menentu ini boleh lah cuba Balanced Fund atau sukuk.. Tetapi untuk jangka masa panjang boleh labur dalam ekuiti kerana harga semasa yang rendah serta potensi pulangan jangka panjang yang lebih tinggi.