SureFire Stars Program Musim Ke-4

Apa sahaja yang ada dalam minda kita, pasti kita dapat merealisasikannya menjadi nyata.  Tiada istilah terlambat dalam memulakan sesuatu.  Itulah SureFire Stars Program.  Andai suatu waktu dahulu, sewaktu kita masih kecil,  kita buat apa sahaja tanpa rasa ragu-ragu dan kita boleh melakukannya.

Andai dahulu kita boleh memanjat pokok tanpa rasa gerun, tapi kini kita rasa takut. Kenapa….?  Kerana kita fikirkan kita TIDAK BOLEH.  Fikiran kitalah sebenarnya yang menguasai tindakan kita.  Andai kita rasa boleh pasti kita boleh.  Seandainya kita sudah mengatakan tidak boleh atau ragu-ragu pastinya itulah pencapaian yang kita boleh jangkakan berlaku.  Itulah kuasa minda separa sedar yang boleh menyumbang kepada apa sahaja yang kita lakukan.

GAM Fiona Tahir menerajui SureFire malam ini
Hari ini, program SureFire Stars Program bermula kembali untuk musim yang ke-4.  Ramai yang ingin mengubah pencapaian mereka menyertai program ini.  Lebih mengejutkan ada peserta yang telahpun selesai menjalani SureFire musim yang sebelumnya kembali semula untuk menyertai semula kali ini kerana mereka tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka sebelum ini.
Kata-kata nasihat dan motivasi dari GAM Jeff AJ
Para peserta SureFire 4.0

Ini adalah semangat jati mereka yang ingin berjaya.  Sekali terjatuh tidak bermakna kita akan terus terjatuh.  Seperti juga ketika kita belajar untuk menunggang basikal sewaktu kita kecil dahulu.  Kita tidak terus pandai. Kita seringkali terjatuh berkali-kali tetapi kita tetap bangun dan terus mencuba sehingga berjaya.  Semua orang yang berjaya dalam perniagaan atau dalam apa jua bidang tidak akan terus berjaya.  Kejayaan yang mereka kecapi selalunya adalah hasil dari jerih perih dan jatuh bangun mereka dalam meniti perjalanan kehidupan. Sekali kita berjaya, sukar untuk kita jatuh kembali.  Di saat itu kita akan mengecapi kejayaan demi kejayaan, kenikmatan demi kenikmatan hasil dari segala kepayahan, kesakitan, peluh dan tangis.
Antara barisan mentor

Seperti biasa, SureFire Stars Program sentiasa diserikan oleh semua leader-leader dari Charisma Leadership Club (CLC) yang tidak jemu memberikan semangat dan sokongan kepada orang-orang baru.  Semoga SureFire Stars Program musim ini akan memberikan lebih impak dan hasil yang teramat-amat membanggakan buat semua warga Charisma.
Crew SureFire – Nadia dan Balqis

Bimbingan Keusahawanan – SureFire Stars Program

Baru-baru ini berlangsungnya majlis makan malam sempena ‘graduation’ untuk para peserta program SureFire Star Program musim ke-3.  Program ini direka khas oleh kumpulan Charisma Legacy dimana ianya menggabungkan 5 orang Group Agency Manager dari Charisma Legacy iaitu GAM Fiona Tahir, GAM Farina Husin, GAM Jeff AJ, GAM Fairus Musa dan GAM Khairil Che Kamal.

Barisan Group Agency Manager Charisma Legacy bersama Ms Joo Ean

GAM Fiona Tahir & GAM Jeff AJ

Paduan tenaga ini pastinya memberikan impak yang besar kepada para peserta, apatah lagi mereka diletakkan dibawah jagaan semua leader-leader yang berpengalaman, yang dilantik sebagai mentor untuk memberikan tips dan khidmat nasihat secara percuma.  Segala ilmu juga dicurahkan kepada mentee-mentee bagi memastikan mereka berjaya.

Ucapan penghargaan dari Liyana buat sifu GAM Fiona Tahir

GAM Jeff AJ bersama Syazmil dari Charisma Damansara
Mentor dan mentee sama-sama gembira

Barisan mentor-mentor SFSP

Liyana Jamaludin – juara keseluruhan SFSP 3.0

Barisan mentor menerima plaque dan sijil penghargaan

Tahniah kepada juara-juara ini atas usaha gigih mereka

Di akhir program para peserta yang berjaya diraikan dengan gilang gemilang, bukan itu sahaja malah mentor pun juga diberikan penghargaan atas usaha murni mereka mendidik anak bangsa supaya lebih berjaya.  Mentor-mentor ini mengorbankan masa mereka sehingga ke malam demi memberikan yang terbaik kepada anak didik mereka.  Inilah keistimewaan Academy of Million Elite Member di bawah kumpulan Charisma Legacy.  Semua perunding kewangan diberikan pendedahan ilmu yang mendalam secara teori mahupun secara praktikal.

Anugerah kepada yang layak

GAM Jeff AJ memberikan kata-kata semangat kepada peserta

Barisan GAM Charisma Legacy

Star Challenge to Bali

Baru-baru ini saya menghantar team saya yang baru ke KLIA sempena pencapaian cemerlang mereka dalam CWA.

Penghargaan khas ini ditawarkan khusus bagi mereka yang baru berkecimpung  sebagai penasihat kewangan dengan CWA dengan kriteria yang sangat minimum sesuai bagi orang-orang baru dalam industri ini. 

Teringat ketika saya mula-mula berkecimpung dalam bidang ini, dengan pengalaman yang langsung tidak ada dalam bidang sales tetapi disebabkan keinginan yang membuak-buak untuk berjaya, saya layak mencapai sasaran yang diberikan untuk mendapatkan percutian percuma ke Chiang Mai. 
Ketika percutian tersebut saya amat teruja dengan layanan yang disediakan oleh syarikat, dengan penerbangan full service dan hotel Le Meridian yang cukup mewah… Saya rasa amat bersyukur kerana tidak pernah mendapat pengiktirafan seperti itu walaupun sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara.
Tidak cukup setakat itu, syarikat juga menempah restoran-restoran mewah untuk santapan kami sepanjang berada di sana. Saya tidak pernah menjangkakan layanan cukup high class seperti itu apatah lagi buat kami orang-orang baru. Kalau kita bekerja dalam sektor korporat, layanan seperti itu pastinya hanya untuk orang-orang atasan sahaja. 

Kali ini pemenang untuk Star Challenge ke Bali diberikan penginapan percuma di Hard Rock Hotel Bali dan lain-lain layanan yang cukup hebat. Mereka juga berpeluang untuk makan malam di tepi pantai bersama CEO CIMB Principal Asset Management Berhad yang turut serta meraikan mereka. 

Mereka juga dipersembahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Indonesia di Bali yang cukup unik dan memukau. 
Sesungguhnya kami merasa amat bertuah menjadi seorang penasihat kewangan bertauliah dengan syarikat terkemuka negara, peluang untuk menjalankan perniagaan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar, malah latihan yang cukup lengkap, padat dan intensif juga disediakan terus dari  mereka yang berpengalaman dan berkaliber. 
Sekali lagi, sekalung tahniah buat semua pemenang Star Challenge to Bali 2015.