Takaful Training

Hari ini En Amri, iaitu pemangku Head of Family Takaful di HLM Takaful Berhad telah datang ke akademi Millionaire Thrivers di Sepang untuk memberikan latihan berkenaan dengan produk-produk utama HLM Takaful serta memberikan pendedahan lebih lanjut mengenai insentif-insentif terbaru untuk tahun 2016/17.

Kami di Millionaire Thrivers Group amat-amat gembira dan teruja dengan percutian percuma ke Bangkok,  Hanoi,  Gold Coast Australia, Casablanca dan Paris untuk pencapaian bermula serendah RM25K sahaja!

Tambahan pula produk simpanan pendidikan yang hebat iaitu i-Care Al Amin yang melindungi janin dengan perlindungan istimewa sejak dari dalam kandungan sehingga berusia 4 bulan amat mengujakan.  Ibubapa boleh menyimpan untuk pendidikan anak-anak sehingga umur anak yang mereka tetapkan dan perlindungan diberikan kepada kedua-duanya sekali sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap kedua-dua pihak.

image
Agen-agen perunding kewangan kami iaitu Jasni, Shah, Arel dan Dr Afuza begitu khusyuk..
image
MTC Nurulniza dan juga leader-leader iaitu Iszairiz Ismail & Maria Mierza bersama barisan perunding kewangan wanita
image
Destinasi percutian HLM Takaful
image
Jeff AJ bersama kumpulan MT
image
En Amri dan Jeff AJ bersama kumpulan Millionaire Thrivers ‘supper’ setelah kelas selesai.

 

Aktiviti pembelajaran di Millionaire Thrivers Group sememangnya sangat menyeronokkan kerana pihak pengurusan dan leader-leader  yang sangat-sangat memberi semangat dan sokongan moral berterusan kepada kumpulan perunding kewangan di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program keusahawanan bersama Kumpulan Millionaire Thrivers atau berminat dengan produk kami,  bolehlah hubungi kami di sini.

Majlis Iftar Millioinaire Thrivers

Baru-baru ini kumpulan perunding Millionaire Thrivers telahpun mengadakan majlis iftar yang bertempat di pejabat urusan kami di Sepang.

Majlis ini telahpun dijalankan dengan konsep ‘pot luck’ dimana kebanyakan diantara perunding memasak sendiri pelbagai juadah untuk disajikan bersama termasuklah roti jala, serawa durian, daging masak merah, ayam masak black pepper, nasi arab, cendol, kuih-muih dan sebagainya..

Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah sekali.  Ada juga yang membawa anak-anak dan pasangan masing-masing untuk memeriahkan suasana. Semoga ikatan kekeluargaan kami di Millionaire Thrivers ini akan sentiasa berterusan dan diberkati Allah hendaknya.

 

Business Trip Ke New York

Google Office, NY

Baru-baru ini Presiden Millionaire Thrivers Group iaitu Jeff AJ bersama dengan Millionaire Sisters telahpun berpeluang untuk melawat New York City, USA.

Dari kiri- Dato’ Elynn, Dato’ Akmar dan Jeff AJ

Lawatan selama 5 hari ini adalah sangat-sangat meriah dan menyeronokkan, apatah lagi ianya adalah lawatan percuma yang diberikan sempena dengan pencapaian cemerlang mereka pada tahun 2015.

Ini adalah kelebihan perunding-perunding kewangan kerana mereka sentiasa diraikan dengan percutian percuma ke luar negara untuk segala usaha yang mereka lakukan untuk syarikat.

Sekiranya anda juga ingin mendapat peluang yang sama iaitu untuk bercuti ke luar negara, jangan lupa menyertai kumpulan kami di Millionaire Thrivers Group.  Segala latihan dan tunjuk ajar akan diberikan kepada anda untuk membantu anda menjadi seorang yang berjaya.

Ladies shopping at Victoria Secret boutique

 

Limo ride with Millionaire Sister
Jeff AJ dengan Apple Watch barunya..
Brooklyn Ice Cream Factory
Limo ride with Millionaire Sisters
Apple Store