Bitcoin Jatuh Menjunam 2018

Bitcoin merosot ke tahap yang rendah untuk 2018, jatuh sejauh $ 8,449 di tengah kebimbangan mengenai peningkatan peraturan dan daya maju terbesar cryptocurrency. Mata wang maya telah kehilangan lebih daripada separuh nilainya sejak 18 Dis, ketika ia memuncak pada $19,511. Kejatuhan dalam bulan Januari mencecah $ 44.2 bilion daripada $ 200 bilion dalam nilai pasaran yang dihasilkan pada tahun lepas, kerugian terbesar dalam sebulan dalam dolar dalam sejarah aset digital yang singkat. Kebanyakan duit syiling maya hilang nilai pada bulan Januari, memandangkan pengawal selia A.S. meningkatkan pengawasan salah satu pertukaran mata wang digital terbesar di dunia. Cryptocurrency di China juga retak pada awal bulan ini.

Diterjemahkan oleh Jeff AJ

Sumber: Bloomberg

Sembilan lagi firma dikenal pasti

Berhati-hatilah dengan pelaburan emas. Banyak skim Pak Man Telo yang menggunakan emas sebagai sandaran untuk mengaburi mata orang ramai…

2012/10/17 – 07:24:39 AM Oleh Ahmad Fiesal Othman


Urus pelaburan, termasuk emas tanpa kebenaran Bank Negara

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenal pasti sembilan lagi syarikat, termasuk lima yang terbabit dalam pelaburan emas, menjalankan kegiatan tanpa mengikut peraturan kewangan. Syarikat berkenaan ialah Azea Property Sdn Bhd, CGF Fine Metal Sdn Bhd, Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution Enterprise, Public Gold Sdn Bhd, Royal Gold Sdn Bhd, SGFM Trading Sdn Bhd dan Urustabil Sdn Bhd.
CGF Fine Metal, Future Trade Indojaya, Public Gold, Royal Gold, dan SGFM Trading terbabit dalam pelaburan emas, manakala Azea Property, Eagle Aeronautics, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution, dan Urustabil aktiviti lain tanpa berlesen.

CGF Fine Metal, Future Trade Indojaya, Public Gold, Royal Gold, dan SGFM Trading terbabit dalam pelaburan emas, manakala Azea Property, Eagle Aeronautics, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution, dan Urustabil aktiviti lain tanpa berlesen.

Entiti tidak sah

Syarikat berkenaan disenaraikan dalam laman web Bank Negara www.bnm.gov.my pada 27 September lalu. Ia menjadikan 87 syarikat atau individu disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan dalam bidang kuasa BNM.

Menurut kenyataan Bank Negara dalam laman web itu, ia sebagai panduan kepada orang ramai berikutan pelbagai maklumat dan pertanyaan yang diterima daripada orang awam dan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.
Katanya, kebanyakan aktiviti ialah pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau pelaburan tidak berlesen. Mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat terbabit perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum menjalankan aktiviti itu di negara ini.

Bank Negara juga menegaskan tidak mengeluarkan sebarang lesen atau surat kebenaran perniagaan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, pembangunan kewangan atau pembangunan kredit.

“Bank Negara ingin mengingatkan orang ramai supaya melabur dengan pihak yang dilesenkan pihak berkuasa.

“Anda dinasihatkan berhati-hati serta meneliti kesan buruk sebelum menyertai mana-mana skim yang menjanjikan pulangan tinggi dalam jangka masa singkat,” katanya.

Bank Negara juga menjelaskan ramai pelabur menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran lumayan penganjur kerana ingin cepat kaya.

Mengambil contoh penipuan kewangan pelaburan emas, Bank Negara berkata, ada beberapa modus operandi yang sering digunakan bagi mengelirukan pelabur.

Antaranya meminta pelabur mengisi borang pelaburan dan menandatangani perjanjian dengan pengendali skim.

Pelabur akan membayar harga emas sama ada menerusi cek atau secara tunai dan diberikan pilihan untuk mengambil emas (bersama sijil pelaburan emas) pada bila-bila masa seperti ditetapkan pengendali skim atau membenarkan pengendali skim menyimpan produk emas.

Pelabur dijanjikan menerima pulangan dalam bentuk dividen atau hibah setiap bulan sepanjang tempoh pelaburan mengikut peratusan ditetapkan dan pengendali skim menjamin pembelian balik ketika tempoh akhir perjanjian pada harga belian asal.

Justeru, Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menggunakan surat perakuan yang dikatakan dikeluarkan oleh bank pusat itu untuk menarik pelaburan dalam pelbagai skim.

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web Bank Negara www.bnm.gov.my atau hubungi talian 1-300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my.