3 Rahsia Kejayaan Pelaburan Hartanah

Hai semua, hari ini saya ingin kongsikan artikel mengenai 3 rahsia kejayaan dalam pelaburan hartanah.  Artikel ini saya terjemahkan dari artikel asal 3 Secrets to Real Estate Investment Success yang ditulis oleh  Pauline Mendoza dalam Inc Southeast Asia. Artikelnya adalah seperti di bawah.

Selain melabur untuk memulakan perniagaan di Asia Tenggara, melabur dalam hartanah adalah salah satu pilihan yang menguntungkan di luar sana. Potensi keuntungan adalah menarik kepada pelabur baru dan juga yang berpengalaman, tetapi ia adalah perniagaan yang berisiko.

Nilai pasaran hartanah berubah dari semasa ke semasa, dan mana-mana pelabur bijak harus tahu strategi yang betul untuk memaksimumkan keuntungan. Seperti tulisan Rahul Varshneya dalam artikel Inc., “Sudah tidak ada lagi hari kestabilan – di mana kita boleh menghabiskan 40 tahun bekerja untuk syarikat yang sama dan bersara dengan selesa. Kini, orang mencari cara alternatif untuk menjana kekayaan dan keselamatan kewangan”.

Sekiranya kita pandai menggunakan peluang dengan betul, pelaburan hartanah yang berjaya boleh menjadi kunci kepada kejayaan portfolio pelaburan serta persaraan yang selesa. Jadi, bagaimana kita boleh berjaya dalam perniagaan ini? Berikut adalah beberapa petua yang bagus untuk kita ikuti:

1. Buat Kajian Terlebih Dahulu

“‘Penawaran dan permintaan’ adalah faktor utama yang mempengaruhi pergerakan nilai harta benda,” kata Icel Dy, Naib Presiden di perusahaan pengurusan portfolio hartanah Spectrum Investments. Beliau menasihatkan para pelabur untuk melakukan penyelidikan dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang mereka dapat mengenai harta yang mereka minat.

“Adakah terdapat pembangunan infrastruktur yang akan membuat hartanah lebih menyenangkan, dan juga dapat diakses? Adakah terdapat pembangunan di sekitar pejabat, hospital, dan sekolah yang akan meningkatkan permintaan perumahan?” Tambah Dy.

Tetapi jangan terperangkap dalam mod kajian seperti ini. “Memang benar, kita tidak boleh melabur atau mencari rumah tanpa pengetahuan asas, tetapi melabur adalah satu permainan diantara hubungan yang pertama dan utama,” kata Cody Sperber, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CleverInvestor, dalam artikel Varshneya.

2. Fikirkan Untuk Jangka Panjang

Kejayaan dalam pelaburan hartanah tidak berlaku semalaman. Dalam perniagaan ini, masa adalah permainannya. “Pelaburan secara jangka panjang membolehkan kita menggunakan sepenuhnya peluang yang ada, menikmati pendapatan sewa sementara menunggu masa yang tepat untuk membuat keputusan ke atas pelaburan yang kita buat tanpa terjejas oleh turun naik pasaran jangka pendek,” kata Dy.

3. Kenal Pasti Objektif Anda

Seseorang itu melabur dalam hartanah atas pelbagai sebab – untuk kegunaan peribadi, kenaikan modal jangka panjang, atau aliran tunai. Perkara pertama seseorang itu  harus bertanya, kenapa dia mahu melabur dalam harta tertentu kerana matlamat seseorang adalah penting dalam penyediaan dan perancangan pelaburan.

Kata Dy, “Matlamat yang jelas akan membawa kita ke pandangan yang lebih jelas mengenai jenis pelaburan hartanah yang kita perlukan dan untuk kita kejar.”

Tips Bonus: Jangan Beremosi

“Ada perkara yang kita sukai, perkara-perkara yang membuat kita kecewa, teruja, gugup, dan sebagainya. Tetapi pelaburan hartanah, sama seperti perniagaan, tidak harus melibatkan perasaan atau emosi,” kongsi Dy.

“Hanya gunakan emosi anda apabila membeli rumah untuk anda diami sendiri. Gunakan akal kita – kita perlu menganalisa ‘tawaran dan permintaan’ serta faktor penting lain apabila kita membuat pelaburan hartanah. “

Terjemahan oleh Jeff AJ

RHB Asset Management NYKO 2018

Alhamdulillah, hari ini berakhir sudah penantian kami sebagai perunding unit amanah di RHB Asset Management. NYKO ini bermaksud New Year Kick Off yang dibentangkan oleh pihak pengurusan dengan pelbagai peraduan atau cabaran yang harus kami semua capai untuk mendapatkan ganjarannya.

Sebagai perunding unit amanah, percutian ke luar negara merupakan lumrah. Jadi, setiap tahun kami sentiasa tertunggu-tunggu ke manakah destinasi yang seterusnya. Percutian anjuran syarikat unit amanah terutamanya oleh RHB Asset Management sangat-sangat menarik dan bertaraf lima bintang. Semua perunding hanya perlu membawa wang saku untuk membeli belah di luar negara kerana segala perbelanjaan lain telahpun di tanggung oleh pihak syarikat.

Untuk peraduan 2018, hadiah utama merupakan percutian percuma ke Paris. Seronok kan…? Manakala untuk perunding-perunding baru, mereka layak untuk mencapai satu lagi percutian tambahan percuma iaitu percutian ke Shanghai dan Hang Zhou.

Sebahagian dari Perunding Unit Amanah kami

 

Pengumuman ini selalunya diadakan dengan gaya yang meriah dan mendebarkan kerana semua perunding tertunggu tunggu dan tertanya tanya ke manakah destinasi yang mereka akan lawati pada tahun hadapan.

Wow…Were going to Shanghai Hangzhou…!!!!

Posted by Jeff AJ on Monday, 8 January 2018

Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou

Where are we going next year….?

Posted by Jeff AJ on Monday, 8 January 2018

Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou

Regional Convention Trip 2018

Premier Convention Trip 2018

Presiden Millionaire Thrivers Group, merangkap Group Agency Manager di RHB Asset Management – En. Jeff AJ

ELMT Agency Awards Presentation

Pada 7 January 2018 baru-baru ini telah berlangsungnya Agency Awards Presentation untuk agensi Millionaire Thrivers Group yang diketuai oleh GAM/CTC Jeff AJ dan juga Empire Legacy Venture yang diketuai oleh GAM/CTC Dr Norhayati.

Saya bersama GAM Dr. Nor dan Mr Chan Kok Hin

Majlis ini telahpun berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur yang ditaja sepenuhnya oleh Jeff AJ dan Dr Norhayati.  Majlis ini telahpun diserikan dengan kehadiran Mr. Chan Kok Hin selaku Chief Agency Officer di RHB Asset Management untuk menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima anugerah untuk Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy.

Majlis ini berkonsepkan hi-tea mewah Majestic Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.  Sememangnya hotel Majestic ini terkenal dengan susun atur dan rekabentuk dalaman yang hebat.

Sebagai Group Agency Manager atau Chief Takaful Consultant, Jeff AJ sentiasa memberikan anugerah atau reward di atas kecemerlangan perunding-perunding di bawah kumpulan beliau.

Millionaire Thrivers Group  |  Empire Legacy Venture

Selain piala, kami juga memberikan sijil kecemerlangan yang ditandatangani oleh Group Agency Manager dan juga Chief Agency Officer RHB Asset Management.

Anugerah-anugerah ini merupakan anugerah Premier Convention ke Munich, Germany dan Regional Convention ke Bangkok dan Hua Hin.

Sedang menandatangani sijil-sijil anugerah

Semoga dengan adanya anugerah ini akan lebih memberikan inspirasi kepada semua perunding-perunding di bawah agensi Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy.

Wajah wajah ceria kumpulan kami

Kami juga sangat merasakan bersyukur dan terharu di atas sokongan dari pihak pengurusan RHB Asset Management yang turut sama-sama memeriahkan majlis anugerah kami ini.  Semoga pada tahun hadapan, lebih ramai lagi yang layak ke Premier Convention di Paris dan Regional Convention yang akan berlangsung di Shanghai dan Hangzhou.

Gambar bersama barisan kumpulan pengurusan RHB Asset Management

 

Alhamdulillah syukur dengan segala kelancaran majlis ini

 

Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Adham

 

Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Ashie
Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Ady Soleh
Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Shahrul Zamri
Anugerah Regional Convention ke Bangkok – AS Maria Ahmad

 

Gambar kenangan bersama penerima-penerima anugerah

 

Jom sertai kami….

 

Pasangan Pengantin Baru – Ashie & Adham

 

Jom sertai saya menuju ke puncak

 

Shazmeem dari Empire Legacy sedang memeriksa trofi yang bakal disampaikan

Sekalung tahniah buat semua pemenang.  Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.  Saya sangat-sangat berbangga dengan anda semua.

 

Grand Business Opportunity Presentation (GBOP) RHBAM

Grand Business Opportunity Presentation (GBOP) merupakan satu acara di mana satu perkongsian mengenai peluang pekerjaan diadakan oleh syarikat untuk memberi pendedahan kepada orang ramai yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang-peluang yang mereka boleh kecapi sekiranya menjadi seorang perunding kewangan.

Keluarga Millionaire Thrivers yang ‘Awesome’

Kali ini GBOP telah diadakan oleh RHB Asset Management untuk wilayah Lembah Klang. GBOP yang berlangsung di Sunway Putra Hotel semalam (23 Ogos 2017) itu telah dihadiri juga oleh bakal-bakal perunding kewangan RHBAM untuk memahami dengan lebih lanjut akan kerjaya perundingan kewangan dan ingin turut sama berjaya seperti yang lain. Dewan yang penuh dengan kehadiran menunjukkan betapa bersemangatnya mereka untuk mengecapi kejayaan lebih-lebih lagi setelah melihat bukti-bukti kejayaan daripada beberapa orang perunding kewangan yang telah bergiat lama dalam bidang ini.

Dewan yang padat dengan kehadiran perunding kewangan RHBAM

Pada malam itu juga, Puan Iszairiz Ismail yang merupakan salah seorang warga Millionaire Thrivers telah berjaya merangkul anugerah ‘Winners of i-Challenge’ kerana pencapaian cemerlang beliau sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini. Sebagai penghargaan, beliau telah dihadiahkan sebuah iPad pemberian dari RHB Asset Management. Tahniah diucapkan.

Iszairiz merangkul anugerah ‘Winners of i-Challenge’

Semoga dengan anugerah ini dapat memberi perangsang kepada yang lain untuk lebih maju jaya dalam bidang ini.

Sekiranya anda sudah terlepas peluang tersebut dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang-peluang yang ditawarkan oleh RHB Asset Management, anda bolehlah menghubungi Jeff AJ di 012-3023433 atau kakitangan beliau iaitu Ema & Zira di 012-3013433 / 03-87053240.

RHB Asset Management Achievers Award 2016

“A Night of Glitz and Glitter” menjadi tema pilihan untuk malam yang berprestij bagi RHB Asset Management (RHBAM) iaitu RHBAM Achievers Award 2016 pada 19 April 2017 yang berlangsung baru-baru ini. Semua yang hadir tampak begitu hebat dan memukau dalam pakaian yang berkemilauan sesuai dengan tema ‘Glitz and Glitter’ pada malam itu.

Warga Millionaire Thrivers elegan dan tampan berpakaian ‘Glitz and Glitter’

Majlis RHB Achievers Award 2016 yang bertempat di One World Hotel, Damansara ini diceriakan dengan pelbagai persembahan yang berjaya memukau pandangan semua yang hadir. Hidangan makanan lazat yang berkonsepkan ‘Chinese Cuisine’ dalam suasana yang meriah dengan lampu berwarna-warni pasti membuatkan sesiapa yang berada di sana seperti tidak mahu pulang.

Warga Millionaire Thrivers kelihatan hebat bergambar bersama
Barisan Kumpulan Millionaire Thrivers cawangan Kota Bharu turut hadir memeriahkan malam berprestij

Malam tersebut merupakan malam yang cukup bermakna kerana ia adalah malam penyampaian anugerah kepada perunding kewangan berprestasi tinggi yang bernaung di bawah RHB Asset Management. Jeff AJ, Pengerusi Agensi Kumpulan Millionaire Thrivers merupakan salah seorang yang berjaya ke pentas bagi merangkul anugerah “Premier Sales Convention 2016″ yang bakal membawa semua yang layak untuk bercuti ke Croatia selama 8hari 6 malam iatu pada 9 Mei sehingga 17 Mei 2017 nanti.

Jeff AJ tersenyum gembira menerima anugerah. Tahniah!!!

Majlis berprestij ini pastinya memberi peransang kepada semua yang terlibat dalam bidang ini untuk mencapai suatu pencapaian yang membanggakan dalam industri kewangan pada masa hadapan.

Selamat Maju jaya!